Isu perbalahan mulut MB Kelantan dgn Bekas Ketua Penerangan PAS Kelantan, Mohd Noor Ideris sudah menjadi isu panas dalam blog dan you-tube. Pertengkaran antara dua orang yang ilmuan [ jika benar ilmuan la ] menjadi bahan perbincangan pro dan anti PAS. Sepatutnya perbalahan kecil itu tidak seharusnya terjadi,lebih-lebih lagi di rumah orang yang sdg sakit.Mereka berdua adalah tetamu,tidak sepatutnya tercetus pertikaman lidah tersebut.Lebih tidak elok ialah orang yang memulakan perkara biadap itu.Kalau pun ingin meluahkan rasa tidak puasa hati bukannya menyerang di rumah orang.Tidak manis sangat-sangat.Nak tunjuk alim bukan di situ.Kalau benar berilmu agama, sepatutnya tidak di ruang tamu rumah orang untuk berhujah.Memalukan.Ilmu agama tinggi tetapi tidak memberi manfaat kepada diri sendiri.Mungkin tokguru terkejut bila disergah begitu.Namun tokguru tidak sepatutnya melayan isu tersebut.Biarkan sahaja.
Tindakan berhemah Datok Nik Mohd Ammar begitu terpuji.Dia bijak menenangkan suasana.Tokguru juga ambil sikap mulia untuk terus duduk.Kata Nabi kalau marah hendaklah duduk, kalau marah lagi ambillah wuduk.Melihatkan video yang terakam, Mohd Noor ada dendam kesumat antara dia dengan tokguru.Namun sikapnya boleh dipertikai kerana ingin menunjuk pandai salah gelanggang.Setelah ditenangkan pun masih ingin bangun melawan.Begitukah contoh orang yang beragama?.Mana sikap berhemah dan hikmah yang perlu diamalkan?.Mengapa begitu kurang ajar?.Sepatutnya contoh tauladan yang baik perlu diterjemahkan kerana di rumah Omar Mohamad [ Bekas Adun Galas ] tu terdapat ramai tetamu yang lain.Mereka sedang memerhati apa yang berlaku.Mereka punya pertimbangan dan penilaian masing-masing.Apa yang tersirat dan tersurat dalam hati mereka,hanya mereka yang tau.
No comments:
Post a Comment