Monday, November 15, 2010

PRESIDEN KAFA : Sukan tidak harus dipolitikkan,betul ke?.


TS Annuar Musa menjelaskan bahawa sukan tidak harus dipolitikkan.Penegasan ini dizahirkan berikutan ada pihak tertentu yang tidak puas hati dengan sikapnya yang seolah-olah cuba mempolitikkan kemenangan Kelantan menjuarai Piala Malaysia yang julung-julung kali berjaya dibawa ke Kelantan setelah 89 tahun menunggu.

Namun pada pandangan penulis, perarakan Piala Malaysia ke Dun Galas yang jelas hanya melibatkan pemimpin UMNO setempat dan tidak 'berorientasikan' seluruh rakyat Kelantan sebenarnya secara jelas,sukan telah dipolitikkan.Sekalipun dinafikan namun jika terlihat dengan jelas sikap politik yang dimaksudkan mengapa perlu ditolak.Sepatutnya kalau tidak MB Kelantan yang perlu dipersembahkan piala tersebut,pihak yang sepatutnya dipersembahkan ialah Baginda Sultan Muhammad Ke-5 bukannya hamba rakyat yang terlebih dahulu melihat, memegang dan menjulang piala kemegahan bola sepak tempatan berkenaan.Seolah-olah sultan melihat piala 'bekas tangan' hamba rakyat.Baginda seperti menjadi orang kedua sahaja.

Secara sopannya MB Kelantan perlu dijemput bersama dengan rakyat di Gua Musang untuk meraikan kemenangan tersebut bukannya pemimpin UMNO negeri yang bertaraf pembangkang yang didahulukan.Di sini  Annuar secara jelas bukan lagi secara halus,telah mempolitikkan kemenangan tersebut untuk keuntungan UMNO Kelantan.Pemerintah Kelantan ketika ini ialah PAS maka Kerajaan PAS yang wajar didahulukan untuk meraikan kemenangan tersebut bukan pemimpin UMNO Kelantan.Bukan Tengku Razaleigh,bukan Dato' Mustapa Mohamad, bukan Awang Adek,bukan dan bukan.MB Kelantan dan barisan EXCOnya yang perlu menerima kepulangan piala itu ke Kelantan.

Apapun penafian yang dilakukan, Annuar sebenarnya telah mempolitikkan sukan khususnya bola sepak Kelantan.Dia merupakan pemimpin UMNO Bahagian Ketereh, secara langsung dia adalah orang politik maka seboleh mungkin segala peluang yang terhidang akan dipergunakan untuk kepentingan UMNO dan dirinya sendiri.Wajar sebenarnya, rasa tidak puas hati di atas sikapnya yang cuba mempolitikkan kemenangan Kelantan dalam Piala Malaysia tahun ini disuarakan.Memang terlihat secara jelas sikap tersebut.


No comments:

Post a Comment