Monday, November 8, 2010

DATUK ZAID IBRAHIM LETAK SEMUA JAWATAN DALAM PKR

PKR terus bergolak.Terbaru calon Timbalan Presiden PKR meletak semua jawatannya dalam PKR.Perletakan jawatan tersebut adalah protes kerana rasa tidak puas hatinya  di atas segala masalah dan kelompangan yang wujud dalam PKR.Proses pemilihan jawatan dalam PKR antara penyebab utama beliau berundur dari semua jawatannya.Dgn nada sinis dan penuh sadis beliau menegaskan, dengan perletakan jawatannya itu akan melepaskan dirinya dari dituding menjadi penghalang atau pengacau kepada rombongan DSAI untuk ke PUTRAJAYA.

Peluang untuknya memenangi jawatan Timbalan Presiden PKR masih cerah kerana jumlah undi yang dikumpulnya masih mengekori rapat undi yang diterima Azmin Ali.Namun mungkin dengan sikap dan perkembangan semasa melibatkan DSAI seolah-olah berkempen untuk kemenangan Azmin membuatkan Datuk Zaid kecewa.Pemilihan yang pada asalnya telus dan bebas, seperti menjadi indah khabar dari rupa.Manipulasi undi dan kertas undi dikatakan boleh dibeli.Ini membuatkab ketelusan pemilihan menimbulkan seribu tanda tanya.Rentetan dari itu telah menghilangkan keyakinan Datuk Zaid untuk menawarkan diri bertanding jawatan yang Timbalan Presiden dalam PKR.

Pergolakan dan perkembangan terbaru ini akan membuatkan PKR berada dalam keadaan cukup runcing.Mustafa Kamil Ayub juga pernah menyuarakan rasa tidak puas hatinya terhadap perjalanan pemilihan jawatan yang sedang berjalan.Bila dua calon timbalan presiden bersuara berkaitan isu yang boleh dipertikaikan maka dipercayai apa yang didakwa itu memang berlaku.Nampak gayanya DSAI begitu 'takut' dengan Azmin Ali.Sedangkan UMNO dan sekutunya cukup gerun dengan hujah DSAI dalam berpolitik rupa-rupanya 'harimau politik' yang menakutkan roh DSAI ialah mentenya sendiri,iaitu AZMIN ALI.Apakah yang tersurat dan tersirat sebenarnya pernah dilontarkan oleh puluhan bekas sahabat dan anak didik DSAI sendiri.

Kedudukan PKR semakin genting dan memungkinkan perpecahan sehingga membawa kepada PKR akan terkubur.Dalam mengorak langkah untuk Pakatan Rakyat menghadapi tentang UMNO-BN dalam PRU13 nanti, berita terbaru ini amat-amat tidak mahu didengar oleh DAP dan PAS.PKR perlu kembali kukuh dengan segera.Perpecahan dalam PKR akan membawa kelebihan untuk UMNO-BN.PKR menjadi duri dalam daging kepada UMNO-BN.Majoriti ahli PKR akan ahli UMNO.Jika PKR terus berdiri teguh sehingga PRU akan datang maka UMNO-BN mungkin menghadapi kesukaran yang kekal berkuasa.

Dalam politik, sebarang perkara sukar dimengerti.Macam-macam hal boleh terjadi dalam masa singkat.Tidak ada perkataan mustahil atau tidak mungkin.Sebaliknya semuanya mungkin.Musuh menjadi kawan,kawan menjadi musuh.Berperang bagai nak rak,last2 duduk semeja minum2 dan gelak ketawa bersama.Tipah juga yang tertipu.Apakah Datuk Zaid akan rujuk semula dengan UMNO?Satu persoalan yang rumit namun menarik untuk dibincangkan.Apakah Datuk Zaid menjadi 'banduan politik' yang dilepaskan dari 'penjara UMNO' untuk masuk ke dalam PKR,membuat onar kemudian lari ke dalam penjara semula?.Segalanya mungkin.

Namun mungkin juga Datuk Zaid amat terbuka dan telus dalam setiap tindakannya.Dia mungkin cuba untuk menegakkan kebenaran dan cuba untuk memperbaiki ikatan Pakatan Rakyat lebih kukuh dan telus.Berdasarkan komennya sebelum mengumumkan perletakan jawatannya dalam PKR,ada sesuatu yang perlu direnungi.Datuk /zaid melepaskan rasa kecewanya kerana juga dituduh sebagai pengacau dalam PKR.Menjadi Trojan Horse, menjadi penganggu kepada perjalanan pemimpin tertinggi PKR ke Putrajaya.Begitu kejam rupanya ahli-ahli PKR terhadapnya.Datuk Zaid bukan sedikit mencurahkan tenaga,masa malahan wang ringgit juga bukan sedikit.Mungkin mencecah jutaan jumlahnya.Namun apa yang dia dapat cuma cacian dan tuduhan yang langsung tidak menepati kebenaran.Semuanya lebih kepada mempastikan Azmin menang jawatan yang ditandinginya.

Keadaan yang terjadi ekoran perletakan jawatan dan penarikan diri dari bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR itu benar-benar menguji kekuatan kepimpinan PKR.Hari ini, PKR terus diserang dari segenap penjuru.Dari sekecil-kecil jawatan sehingga ke peringkat tertinggi media masa arus perdana terus melontarkan bom dan tembakan membabi buta untuk mempastikan keretakan dalam PKR terus merekah.Pemimpin dilaga-lagakan.Kenyataan pihak tertentu diputarbelitkan.Isu kecil diperbesarkan.Benda yang tiada diada-adakan.Semuanya menjurus kepada ingin melihat PKR itu terkubur.

Kekalahan Pakatan Rakyat dalam PRK Batu Sapi dan Dun Galas menjadi pemangkin untuk melaungkan bahawa pengundi sudah mula kembali kepada UMNO-BN semula.Undi kaum Cina meningkat,undi kaum Melayu juga meningkat.Ini menjadi penanda aras bahawa UMNO-BN mula mendapat kepercayaan rakyat yang selama ini begitu kuat memprotes UMNO-BN.Cuma, betulkah begitu?.Kalau benar,tunggu apa lagi,bubarkan parlimen.Tengok apakah lonjakan undi kuam Cina dan Melayu di Batu Sapi dan Galas itu adalah kenyataan atau sekadar permainan wayang kulit pihak tertentu sahaja.Beranikah kerajaan untuk bubarkan parlimen?.Rasanya baik tunggu dulu.Dapatkan kepastian betul-betul.

Berbalik kepada isu perletakan semua jawatan Datuk Zaid dalam PKR dan pengumumannya berundur dari bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR akan menjadi bahan paling berharga pihak lawan untuk membuktikan  PKR memang sebuah parti yang layak dianggotai ahli keluarga terdekat dan kroni DSAI sahaja.Kalau orang lain ingin join,mereka perlu menjadi pengikut atau pencacai sahaja.Hanya mereka yang terpilih dan 'ahlu-bait' sahaja yang digazet untuk menjadi pemimpin dalam PKR.Selain dari golongan tersebut, mereka hanya layak menyumbang tenaga, wang dan masa sahaja.Bila habis semua dikikis,anda akan dibuang dan terbuang.Hilang tidak bernesan.Begitulah nampaknya bakal terjadi kepada PKR sedikit masa lagi.

Tan Sri Khalid Ibrahim juga menanti masa sesuai untuk mengikut jejak langkah Datuk Zaid Ibrahim tersebut.Dengar2nya kumpulan Azmin juga ingin menyingkarkan TS Khalid dari kerusi MB Selangor.Semua manusia dalam PKR yang boleh menghalang Azmin membolot semua kuasa dan kedudukan dalam PKR akan disingkir atau tersingkir atau membawa diri yang lara.Begitu ramai bekas pimpinan dalam PKR telah menjauhkan diri,ramai nama-namai besar dalam PKR telah membebaskan diri, menjadi ahli UMNO, atau diam seribu bahasa.Kecewa,frust dan sakit hati yang amat dalam terhadap DSAI, Azmin dan kroni mereka berdua khususnya.Dalam sehari dua ini, berita perletakan jawatan dan pengunduran Datuk Zaid dari bertanding jawatan dalam PKR akan terus mendapat perhatian media arus perdana.

PKR dan Pakatan Rakyat perlu berhati jika benar ingin menguasai Putrajaya selepas PRU13 nanti.UMNO-BN juga perlu bijak memanipulasi isu kerana kelemahan sedikit sahaja akan membuatkan keadaan menjadi terbalik dan berpusing 360 darjah.Lumat nanti jika terleka menyerang,sekali kena 'counter attack' terus longlai.Dalam pertarungan politik umpanan dari feeder sebelum killer melibas cukup berbahaya.Silap percaturan, tekong, feeder, dan killer lawan tersungkur mencium lantai.Hati-hatilah...


No comments:

Post a Comment