Wednesday, November 10, 2010

RENUNGAN PAGI RABU

Kita jangan mengeluh kalau banyak kerja.Macam-macam kena buat.Itu dan ini.Itulah lumrah kehidupan seorang manusia.Pasti ada pelbagai urusan.Kejap ke kiri, kejap ke kanan.Kemudian ke belakang,yang pasti mesti terus ke hadapan.Kehidupan itu adalah ke hadapan,mesti diteruskan.Kerja memang banyak.Tiada siapa yang boleh goyang kaki selagi hidup di dunia fana ini.Buatlah sekadar termampu asalkan sehabis baik kita mampu buat.Hidup hanya akan terhenti bila nafas kita tidak lagi keluar masuk melalui hidung kita.Setelah kita berpindah alam,dari alam dunia ini [alam jasad ] ke alam baqa [ alam roh ] maka terhentilah segala urusan di dunia.Renung-renungkanlah...


2 comments:

  1. memang tidak dapat dinafikan akhir persekolahan terlalu banyak kerja yang perlu disiapkan....semuab kena buat... adakalanya kita tdk cukup tangan untuk mengendalikannya...tp adil ke seandainya kita melihat ada beberapa org yang goyang kaki tidak melakukan apa kerja sekali pun?

    ReplyDelete
  2. Adil ke tidak..itu terserah kepada yang terlibat.Mereka yang goyang kaki itu,sampai bila pun begitulah mereka.Kerja hanya sekadar sahaja,cukup bulan dapat gaji.Lain2 perkara,biarlah orang lain uruskan.Kita buatlah sekadar termampu,seikhlas mungkin.Kita buat tugas kita,tugas orang..biarlah mereka selesaikan.Masing2 ada amanah..

    ReplyDelete