Friday, November 5, 2010

BANTUAN BANJIR : Jangan mengungkit...

Kawasan utara Semenanjung teruk dilanda banjir,mungkin bencana alam,mungkin musibah terpulang atas bacaan masing-masing.Namun dalam kita seronok dan penuh keinsafan dan simpati dengan mangsa banjir, jangan lah pula segala pertolongan kita itu kita tidak ikhlas.Jangan mengungkit-ungkit.Itu tidak baik.Nak tolong,tolonglah dengan ikhlas dan berlapang dada. Kerajaan UMNO-BN jangan mempersoalkan kenapa pihak lain [ pembangkang ] tidak menolong sama, tidak prihatin dan seumpamanya.Kalau hendak membantu mangsa-mangsa banjir tersebut berilah dengan ikhlas.Usahlah memperlekehkan orang lain.Bantu dengan tulus hati.Sifat mengungkit-ungkit dan berbangga ni tidak kemana,pahala tak dapat, dosa pulak yang dikutip.Bantuan kerajaan pusat adalah wajib sebab mereka kerajaan yang memerintah negara.Mereka BERTANGGUNGJAWAB, memikul amanah rakyat.Jangan cuba-cuba nak persoalkan bantuan orang lain.Bantulah seadanya,penuh rendah diri dan penuh insaf.

UMNO-BN tidak sepatutnya mempersoalkan bantuan pihak lain kerana UMNO-BN memegang amanah dari rakyat.Itu tanggungjawab mereka,wajib dan menjadi fardu atas batu jemala pemimpin UMNO-BN.Kerajaan negeri [ di bawah kuasa pembangkang ] masih  di bawah pemerintahan pusat,mungkin bantuan pihak pembangkang dengan caranya tersendiri.Mereka bantu atau tidak untuk apa dipersoalkan?Kalau kita jujur dan ikhlas,kita buat sahaja tugas dan kerja kita.Tunaikan amanah untuk rakyat.Habis cerita. Setiap kali melakukan program untuk rakyat,seperti ingin bermegah-megah.Sambil mempersendakan pihak lain.Sedangkan pembangunan, menjaga kebajikan rakyat,membantu rakyat yang dalam kesusahan sudah menjadi kewajipan kerajaan pusat [ UMNO-BN ].Itu tugas dan kerja wajib mereka.Laksanakanlah sepenuhnya.


1 comment: