Sepatutnya seorang atlet yang mewakili negara, berat badan mereka seharus dalam kondisi yang sesuai.Bertubuh kental,sedikit kurus dan kelihatan mantap fizikal mereka.Namun melihat kepada susuk tubuh pemain takraw negara ada pemainnya yang agak berisi.Killer terutamanya agak lambat bergerak,libasan juga tidak mengancam. Sedangkan pemain Thailand lebih kurus susuk tubuh mereka.Pergerakan lebih lancar,libasan killer mereka juga agak tajam.
Pengurusan pasukan dan jurulatih sepatutnya perlu bertegas dalam soal penjagaan berat badan.Badan yang agak berisi akan membataskan pergerakan begitu juga layangan badan untuk membuat libasan untuk mematikan bola juga tidak padu.Kuasa libasan juga tidak tajam kerana otot-otot tidak begitu mantap.
Melihat kepada perlawanan regu pertama dalam final melawan Thailand, jelas pergerakan Mohd Putra Abdul Ghani agak terbatas.Kuasa tindakbalasnya tidak begitu memuaskan.Layangan badan juga akan rendah sehingga kuasa libasannya tidak tajam dan seringkali mampu diangkat oleh pemain lawan. Susuk badan yang agak berisi agak melemahkan kuasa libasannya.Begitu juga dengan tekong,susuk badan yang agak gemuk banyak menghalang pergerakan.
Berbanding pemain Thailand,ketiga-tiga pemain mereka lebih kurus,sesuai untuk pemain takraw.Libasan-libasan pemain Thailang [ terutama killernya] cukup tajam.Bola yang jauh dari jaring pun,killer Thailand masih mampu membuat libasan maut mematikan bola lawan.Agak berbeza sekali.Pergerakan dua pihak tersebut begitu berlainan. Pemain Thailand lebih pantas,lebih cepat bertindak.Pemain regu pertama Malaysia pula adalah sebaliknya.
Secara jujur, susuk tubuh pemain regu pertama negara tidak berada dalam keadaan yang sesuai untuk menjadi pemain takraw yang benar-benar berdaya saing.Kuasa libasan, kadar tindakbalas dan reaksi kepada lantunan bola liar juga begitu lemah.Pemain Malaysia tidak begitu mampu menahan asakan lawan.Banyak bola libasan killer regu pertama tidak menjadi.Salah satu faktornya ialah kerana layangan badan agak rendah sehingga bola sering tersangkut di jaring.Hadangan-hadangan yang dibuat juga tidak mampu menahan libasan killer lawan.Akhirnya regu pertama negara kalah dengan straight set.
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete