Monday, November 15, 2010

DI AMBANG AIDIL-ADHA : TV3 ADAKAN MUZIK2 SEPARUH AKHIR?

Apa kena la dengan TV3 ni,baru-baru ni sudah didenda akibat iklan raya yang mengguris hati umat Islam yang merayakan Adil Fitri.Iklan berkenaan seolah-olah tidak sensitif dengan perasaan umat Islam negara ini kerana iklan yang ditayangkan mempunyai unsur Kristian dan Hindu. Namun cemuhan dan kritikan rakyat sehingga didenda oleh kerajaan langsung tidak mendidik TV3. Kali ini, TV3 menayangkan pula Pertandingan Muzik2 Separuh Akhir di saat umat Islam akan menyambut Aidil-Adha [ Makkah,akan menyambut Aidil-Adha esok].Di ambang umat Islam menyambut Hari Raya Aidil-Adha,ternyata TV3 lebih mementingkan hiburan berbanding dengan program bercorak agama,mendekatkan rakyat negara ini merasa terpanggil dengan pengorbanan para Nabi dan Rasul.Sebaliknya program yang menjurus rakyat leka dan lena dengan dunia hiburan lebih dipentingkan TV3.Apalah salahnya program bercorak hiburan ini dihentikan sementara sehingga selepas umat Islam menyambut Aidil-Adha ini,setidak-tidaknya selepas hari-hari Tasyriq nanti.Sikap tidak cakna dan tidak faham agama telah membuatkan stesen-stesen TV di negara ini tidak begitu peka dan ambil berat soal-soal sensitif umat Islam.Pihak pengurusan TV tempatan lebih seronok untuk menyediakan hiburan yang melalaikan untuk dihidangkan kepada rakyat negara ini.Sampai bila perkara ini akan dibiarkan berterusan?.

No comments:

Post a Comment