Tuesday, November 9, 2010

PKR AKAN BERPECAH...PARTI BARU AKAN MUNCUL

Pengumuman penarikan diri dari bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR oleh Datuk Zaid Ibrahim semlm terus hangat.Para blogger tertentu sudah lama meramalkan perkara ini akan berlaku.Malahan mereka 'menujum' bahawa DZI akan keluar PKR.Melihat kepada senario semasa,kewajaran untuk menubuhkan parti baru tidak boleh dinafikan sama sekali.Perletakan semua jawatan dalam PKR oleh DZI sebenarnya menjurus kepada kemungkan serpihan PKR akan menubuhkan wadah perjuangan mereka yang baru.Terdapar ura-ura parti tersebut akan dinamakan Parti Liberal Malaysia [ PLM ].Sdr Tian Chua, Datuk Chua Jui Meng, N.Gobala Krisnan, Manikavasagam adalah antara nama-nama yang disebut2 akan bersama DZI dalam PLM tersebut.Sejauhmana ia benar, tunggu dah lihat.Politik ni mcm2 boleh terjadi.

Ada juga ura-ura kemungkin dua ahli politik bertaraf MP dan ADUN dari PKR juga akan mengumumkan keluar parti pada hari ini.Sejauhmana kesahihan berita ini juga masih ditunggu-tunggu.Nampaknya protes terhadap Anwar dan Azmin makin membuak dalam PKR.Akhirnya tiada siapa lagi akan membela Anwar jika apa-apa berlaku ekoran kes liwatnya yang sedang dibicarakan sekarang.Azmin ingin bergerak sendirian selepas ini rasanya tidak kemana.

Otai-otai yang sanggup mati membela Anwar selama ini sudah bertempiaran mencari dahan lain.Ada yang sudah rujuk dengan UMNO, ada yang masih berdiam diri, dan ada yang menjadi ahli bebas.Jika benar dakwaan DZI berlaku kepincangan dalam sistem pemilihan parti yang sedang berlangsung maka PKR hanya menunggu masa untuk terkubur.Penangan DZI semalam amat-amat dirasai Anwar.Azmin juga sebenarnya terasa cuma biasalah manusia ego ni akan tetap degil untuk mengaku kalah,mereka seboleh mungkin akan cuba berselindung.Ahli politik memang begitu.Dalam bilik air, dalam bilik tidur menangis sampai basah mengalahkan air kencing..hahahhaaa.

Sejak akhir-akhir ini keretakan dan kebusukan yang terpendam dalam PKR makin berbau.Semuanya didedahkan.Semuanya dibuka untuk dihidu secara percuma oleh sesiapa juga.Ketika inilah musuh luar dan dalam akan mula menikam bertubi-tubi.Mereka ingin melihat PKR terkubur sebelum PRU13.

Timbul juga persoalan,mengapa Anwar begitu membela Azmin?.Apakah kerana isu liwatnya selama ini?Atau ada isu lain yang mungkin menyebabkan 'Anwar membunuh diri' jika hal sebenar terbongkar?.Wallahuua'lam.Cuma terlalu jelas dan nampak sangat Anwar begitu gerun dengan Azmin.Apa-apa niat Azmin,kehendak Azmin semuanya seperti seboleh mungkin Anwar akan tunaikan.

Bekas pencacai dan pembodek nombor wahid Anwar pun sudah jenuh dan berbuih mulut menceritakan isu ikatan rahsia antara Anwar dan Azmin ini namun setakat hari ini,majoriti pentaksub PKR belum menerimanya.Mereka masih berharapkan itu semua fitnah semata-mata.Cuma jika benar,akan tetap benar..Itu sahaja.

Andai benar khabar angin mengatakan DZI akan menubuhkan parti baru dengan gabungan bekas pemimpin dalam PKR serta beberapa pemimpin tertentu dalam UMNO maka satu dimensi baru dalam politik negara akan tercetus.Elok juga Zaid Ibrahim mengetuai satu pari baru kerana idealisma perjuangannya sukar diperolehi melalui parti yang sedia ada.Nak join PAS,rasanya roh agama Zaid masih belum kecapaian ke tahap itu.Hidupnya yang lebih bersifat liberal,elok lah dia menubuhkan parti yang sesuai dengan jiwanya.Lagipun dalam Malaysia ini sudah terlalu ramai penganut liberal ini.Pasti ramai ahli dan pemimpin yang akan bersama Datuk Zaid.Dan mungkin parti baru ini lebih hebat dari PKR.UMNO juga akan membantu kerana UMNO memang memusuhi PKR.

Andai parti liberal yang dimaskudkan itu benar2 tertubuh, mungkin UMNO akan membantu.DZI boleh jadikan partinya sekutu BN.Siapa jangka kerana rasanya pemikiran liberal ini sudah seperti menjadi anutan majoriti generasi muda di Malaysia.Pasti kerancakannya akan lebih terasa berbanding dengan PKR.Mungkin orang yang menyenangi pembawakan diri DZI lebih teruja untuk menyertai parti baru tersebut.Masih ramai golongan atas pagar,golongan yang dinafikan kebolehan mereka dalam parti-parti UMNO, Gerakan, MCA, MIC, PKR, DAP dan PAS akan berimigran ke dalam parti baru yang bakal ditubuhkan ini.Silap hari bulan Parti Liberal Malaysia [ PLM ] menjadi kuasa ketiga menentukan siapa yang akan perintah Malaysia selepas PRU13 akan datang.

Masa masih ada.Tunggu apa lagi?.Dengan watak yang lebih sederhana,lebih tulus dan adil mungkin parti liberal ini akan mendapat tempat di hati rakyat negara ini.Kalau UMNO terlalu Melayu, kalau PAS terlalu Islam, kalau PKR terlalu 'keanwarisme',kalau Gerakan terlalu kuat 'kecinaangerakannya',kalau MIC terlalu kuat keindiaannya maka parti pimpinan DZI menjadi alternatif bagi mereka yang tidak berminat dengan idealogi parti di atas tadi untuk menyalurkan prinsip perjuangan mereka.?Mungkin DZI boleh mengambil kesempatan ini untuk bersaing secara sihat dalam percaturan politik negara.Selagi mematuhi undang-undang,teruskan perjuangan.

Untuk rujuk UMNO rasanya tidak mungkin, untuk kekal dalam PKR sudah panas punggung kerana Azmin pasti akan mencampak keluar DZI setelah dia sah menjadi Timbalan Presiden PKR.Untuk join PAS, jauh panggang dari api.DZI bukan berjiwa reformis Islam.PKR sudah menjadi parti yang hanya membela Anwar sahaja bukan benar-benar untuk menjadi alternatif kepada rakyat terbanyak.

Tepuk dada tanya iman...


No comments:

Post a Comment