Kemelut dalam PKR menjadi tarikan kepada YB Bebas untuk tumpang sekaki.Macam-macam pandangan mereka lontarkan.Pelbagai tuduhan dan cetusan yang keluar dari mulut mereka untuk meraih perhatian.Begitu murah nilai mereka ini berpolitik.Kalau sudah keluar PKR dan sudah isytiharkan menjadi ahli bebas,maka mereka tidak ada apa2 hak untuk campur tangan dalam krisis dalaman PKR.
Nak ambil tahu 'rumah tangga' orang tu kenapa?.Apa hak YB Bebas ini dalam PKR?Gatal mulut nak komen itu dan ini.Lebih baik jaga dalam kain sendiri.Lebih baik uruskan diri sendiri.Tengok dan tiliklah dalam kain sendiri,periksa dan semak dengan teliti, ada kurap ke,panau ke, tak payah nak memandai-mandai urusan orang.Periksa diri sendiri sejauhmana khidmat untuk kawasan masing-masing.Kalau kemenangan sendiri pun kerana atas tiket PKR maka YB Bebas itu pun jenis manusia tidak tahu malu.Silap orang bukan main lagi,buruk dan jahat peribadi sendiri tidak sedar.Ada maruahkah mereka yang pernah menikmati pangkat dan kedudukan melalui PKR kemudian keluar tinggalkan PKR membawa title YB hasil daripada sokongan parti lama mereka.Mereka bergelar YB atas ehsan parti lama mereka.Kalau benar ada harga diri,ada maruah,letak jawatan tersebut.Tak perlu melalak macam gila talak sedangkan title YB itu pun diperolehi secara 'dicuri'Apakah manusia seperti ini masih ada harga diri?.Layakkah mereka ini ingin bersuara macam-macam?
Semua masalah dan kemelut dalam PKR, orang luar tidak perlu nak tunjuk bijak.Uruskan diri sendiri,keluarga sendiri dan khidmat di kawasan sendiri.PKR ada pemimpin dan ahlinya.Biarlah perkara yang berlaku dalam PKR itu diselesaikan oleh ahli-ahli dan pemimpin PKR.Orang luar, bekas ahli tak perlu ambil tahu.Pandailah PKR nak uruskan kehidupan mereka.PKR tidak perlu sesiapa untuk bercakap itu dan ini.
Mereka yang bermulut longkang, kaki ampu, kaki rasuah, kaki bodek, jenis tidak sedar diri, jenis tidak kenang budi tidak perlulah nak berkokok.Melalak melolong sakit hati, terasa dan terguris dengan apa yang terjadi dalam PKR tu kenapa?.Menjadi gatal mulut nak komen macam-macam,siapa mereka ni?.
Tunggu je PRU13 nanti.Ukur baju ke badan sendiri.Menjelang PRU13 nanti,pasti YB Bebas ini akan memilih parti tertentu untuk menawar diri menjadi calon semula.Dan paling pasti mereka yang bergelar YB ini akan memilih parti komponen BN.Jika mereka ini masih ada hati nak bertanding,rasanya mereka ini akan tahu apa itu maksud kalah dalam pilihanraya.Kalau masuk UMNO,mereka ini juga tidak akan dicalonkan untuk bertanding lagi kerana masih ramai penyokong setia UMNO yang lebih layak.Kalau mereka dicalonkan juga,maka mereka ini akan diboikot oleh ahli UMNO setempat.Maknanya mereka ini akan kalah juga.Pi mai pi mai tang tu juga.Selepas PRU13 nanti, tiada lagi media atau wartawan akan beri mereka mikrofon untuk bercakap.Sekarang mereka ini sengaja dipergunakan.Itu pun masih tidak sedar.Diri sendiri dipergunakan sesuka hati oleh pihak lain untuk menembak PKR.
Pada penulis YB Bebas ini tidak perlu lebih sudu dari kuah.Tidak perlu celupar mulut.Makin mereka bercakap makin jelas mereka ini nampak bangang.Perasan diri mereka hebat sedangkan khalayak melihat mereka ini seperti barangan lelongan sahaja.Tidak berharga pun.Dijadikan alat untuk kepentingan pihak lain sahaja.
Sikap suka campur tangan, sikap cuba tunjuk pandai dalam urusan orang lain memang jenis manusia berfikir kolot.Tidak pula mereka merasa malu sedangkan mereka ini langsung tidak ada hak untuk bersuara apatah lagi membuat cabaran tertentu kepada kepimpinana PKR.Siapa tukun-tukun tiruan ini?.Mereka ini adalah liabiliti sebenar kepada PKR.Mereka ini diumpamakan ' biawak hidup' kepada PKR.Menjadi bebanan kepada perjuangan PKR.Kepercayaan rakyat memilih mereka sebelum ini untuk menjadi YB, mereka tipu hidup2.Macam ni punya manusia masih ada hati ingin menegur PKR.Tilik dulu muka masing-masing sebelum mengeluarkan sebarang komen terhadap orang lain.
Komponen dalam Pakatan Rakyat pun tidak cuba untuk mencampuri urusan PKR.Mereka lebih faham,bahawa urusan rumah tangga orang tidak perlu diambil-tahu kecuali mereka diminta untuk memberi pandangan.PAS dan DAP memberi keyakinan dan kepercayaan kepada kepimpinan tertinggi PKR untuk menguruskannya.Itu lebih bijaksana,itu lebih mulia.Bukan seperti beberapa kerat mereka yang sudah seperti gila talak tersebut.
Mereka yang gila talak ini sebenarnya masih diselubungi pelbagai palitan lumpur dan bau busuk badan sendiri kerana masih banyak persoalan yang belum terjawab ekoran mereka keluar parti.Ahli PKR dan pemimpin PKR lebih kenal siapa mereka ini.Mereka lantang mengkritik PKR sebenarnya ingin menutup keburukan sendiri.Sedangkan siapa mereka ini sudah begitu dikenali dalam kalangan PKR.Rahsia mereka dalam tangan pemimpin PKR semuanya.Sedarkah mereka akan hal ini?.
YB Bebas ini seperti sengaja mengambil peluang untuk tumpang sekaki menghentam dan memperlekeh PKR di atas kemelut yang terjadi.Lucu dan memalukan.Atas dasar apa mereka ini merasakan diri mereka layak untuk bersuara?.Lebih baik tutup mulut kerana makin mereka bersuara makin terserlah kebodohan mereka.Bukan bodoh sikit2,bodoh tahap maksima tu.Kelemahan dan kesilapan diri yang tidak mengenang budi mereka tidak sedar.Mereka itu seperti melepaskan anjing tersepit.Bila terlepas menyalak dan cuba mengigit orang yang banyak menolongnya.Itulah spesies tidak tahu mengenang budi.Nak membalas budi memang jauh sekali la.
Hari ini rakyat yang mengundi mereka menunggu masa sahaja jika mereka bertanding lagi,rakyat akan ajar mereka.Rakyat akan tunjukkan jalan keluar bagaimana nak jadi rakyat biasa.Diangkat jadi pemimpin mereka menipu rakyat maka lebih baik jadi pengikut biasa.
PKR tidak memerlukan bantuan bekas ahlinya.PKR juga tidak perlu mendengar apa-apa suara luar kerena mereka juga bijak dan boleh berfikir bagaimana ingin menyelesaikan masalah mereka.PKR sedang melalui ujian untuk menjadi sebuah parti yang akan memimpin gabungan Pakatan Rakyat menawan Putrajaya selepas PRU13 nanti.Semua kisah yang berlaku hari ini adalah sekadar program pemutihan dan sesi pemilihan mereka yang benar-benar teruji untuk diberi amanah bergelar pemimpin. Adalah lebih baik PKR dilanda masalah sekarang daripada masalah ini timbul selepas PKR memiliki kuasa dan kedudukan dalam pemerintahan negara.Sesuatu yang baik untuk PKR dan Pakatan Rakyat dari apa yang sedang berlaku ini.Mereka sedang mempersiapkan diri untuk menjadi pemimpin kerajaan baru menggantikan kerajaan yang sedia ada.Mereka sedang membina landasan yang terbaik ke arah itu.Semua yang terjadi,semua isu dan kemelut dalam PKR,PAS dan DAP merupakan ubat paling ampuh untuk mempersiapkan mereka memimpin perubahan dan transformasi negara.Mereka sedang dipersiapkan untuk memimpin pembaharuan.Putrajaya sedang menggamit mereka..
No comments:
Post a Comment