Monday, November 29, 2010

KETUANAN MELAYU : Untung dan rugi..

Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah menegaskan agar PKR melupakan  konsep "KETUANAN MELAYU" sebaliknya memperjuangkan "KETUANAN RAKYAT". Ketuanan Melayu lebih menjurus kepada menjaga kepentingan dan hak segelintir bernama 'MELAYU' sedangkan bangsa Melayu yang lain terus terpinggir.Sudah lama perkataan ketuanan Melayu ini dimainkan.UMNO sudah terlalu lama meletakkan isu ketuanan Melayu ini untuk terus berkuasa.Sedangkan dalam waktu yang agak panjang,melangkaui 50 tahun ini, bangsa Melayu masih tidak mampu bersaing.Bangsa Cina tanpa apa-apa konsep 'ketuanan' pun begitu agresif memperkasakan bangsa mereka.

Hari ini bangsa Cina sudah terlalu maju dan terlalu hebat menguasai bidang ekonomi negara.Mereka hebat bersaing untuk survival bangsa mereka.Pemimpin mereka secara senyap tetapi penuh tanggungjawab berjuang untuk membangunkan bangsa mereka menjadi bangsa yang berdaya saing.Mereka tidak meletakkan satu tanda atau apa-apa lambang ketuanan.Namun mereka tetap menyerlahkan gerak kerja mereka untuk berganding bahu membina dan memperkuatkan bangsa mereka dalam apa bidang sekali pun.

Sebaliknya, pemimpin UMNO yang begitu lama menguasai politik dan kepimpinan negara, memperjuangkan konsep ketuanan Melayu masih 'terkapai-kapai' untuk meletakkan bangsanya menjadi bangsa nombor satu di negara ini.Dengan segala peluang, ruang, kuasa, kedudukan yang diboloti pemimpin Melayu sekian lama, masih belum berjaya untuk menandingi bangsa Cina.Bangsa India juga sedang bangkit.Majoriti orang India menguasai bidang kedoktoran dan guaman.Lambat laun bangsa ini akan menyaingi bangsa Melayu yang hanya gah pada nama ini.

Jika benar ketuanan Melayu benar-benar diperjuangkan tidak mungkin bangsa Melayu masih ketinggalan dalam semua segi.Ekonomi, pendidikan, sosial, politik dan seumpamanya.Ketuanan Melayu hanya menguntungkan sekelompok kecil Melayu sahaja.Hanya Melayu ini sahaja yang meraih keuntungan berganda.Melayu selebihnya masih berjuang untuk hidup.Kais pagi makan pagi,kais petang makan petang.Kuasa raja seperti ingin dikurangkan oleh mereka yang mengaku perjuangkan nasib Melayu.Perkataan ketuanan Melayu ini mungkin digunapakai untuk menjadi senjata mengekalkan kuasa semata-mata.Nasib bangsa Melayu masih di takuk lama.

Ada projek 'dialibabakan', ada kuasa dilacurkan, ada pangkat dirasuahkan,ada duit dijolikan, ada maruah digadaikan, ada nama 'dibuangkan'.Apa erti ketuanan Melayu jika makin hari hak dan keistimewaan Melayu seperti tidak begitu dihormati dan disegani.Ketuanan Melayu menyebabkan bangsa Melayu dijauhi,dipandang serong oleh bangsa majmuk yang lain.Ketuanan Melayu menyebabkan curiga kaum-kaum lain terhadap apa jua perancangan melibatkan kaum bercambah akhirnya konsep kerjasama tidak berjalan dalam ertikata yang sebenar.Kesinambungan kuasa dan survival Melayu makin hari makin terhakis.Semua ini berlaku hasil rentetan kerenah tangan-tangan pemimpin Melayu yang hanya memperjuangkan nasib segelintir Melayu sahaja,lebih mementingkan kroni dan ahli keluarga terdekat.Menjadi seperti monarki kuasa.

Kepimpinana seperti pewarisan.Lepas bapa, anak menjadi ikutan.Sepupu sedara mara terdekat malahan sahabat baik juga menjadi pewaris kuasa.Persoalannya sistem pewarisan ini masih juga membela dan menjaga kepentingan kelompok yang sama.Akhirnya bangsa lain melihat keadaan ini hanya menguntung Melayu 'bangsawasan' sahaja.Melayu kampung, Melayu sawah padi, Melayu kebun getah, Melayu kontraktor kelas F terus menjadi mangsa kerakusan pemimpin Melayu yang sedang berkuasa.

Ketuanan Melayu sepatutnya menjadi tagline perjuangan pemimpin yang sedang dan telah berkuasa untuk benar-benar menginsafi bahawa bangsa Melayu perlu diberi nafas untuk memiliki daya saing yang benar-benar mantap.Elakkan dari menggunakan konsep ketuanan itu sekadar untuk mengaburkan mata rakyat khususnya Melayu untuk mengekalkan kuasa dan kekayaan semata-mata.Untuk mengekalkan pengaruh dan kepentingan mereka sahaja.Jika inilah yang berlaku maka WAJAR, PKR ingin melupakan konsep Ketuanan Melayu itu.

Sebaliknya Ketuanan Rakyat mengambilalih.Rakyat tidak mengira agama,warna kulit dan kedudukan, bangsa atau apa sahaja wajar diberi hak yang sama rata atas dasar mereka juga warganegara yang sah di Malaysia ini. Ketuanan Rakyat inilah yang diperjuangkan PAS cuma PAS memperjuangkan atas dasar ISLAM.PAS tidak memperjuangkan bangsa kerana memperjuangkan bangsa itu bersifat ASSOBIYAH. Perjuangan Assobiyah ini menyalahi agama .Menyalahi Sunnah.

Maka PKR dan PAS sedang menuju matlamat yang sama walapun jalan perjuangan sedikit berbeza.Usahlah melenting jika  PKR ingin melupakan ketuanan Melayu.Ketuanan Rakyat tidak sama sekali membelakangkan Melayu,Melayu masih tetap dalam tema perjuangan PKR cuma mungkin PKR ingin lebih adil kepada bangsa lain maka perkataan RAKYAT itu lebih menyeluruh dan melibatkan semua kaum di negara ini.Bangkit membantah dan macam-macam ulasan sinis dibuat sebenarnya tidak lebih daripada menunjukkan kedangkalan sendiri.Tidak menyelusuri betul-betul akan hakikat yang cuba disampaikan oleh para pimpinana PKR.

Cuba membuat pentafsiran dan definisi secara tertutup.Definisi yang lebih mementingkan 'diri'.Mudah melatah bila ada pihak lain cuba menukarkan konsep ketuanan.Sedangkan PKR tidak mengatakan Melayu perlu dilupakan.Hanya konsep ketuanan sahaja yang ditukar.Negara ini milik 'bersama' tetapi Melayu masih tuannya'.Atas dasar pemilikan bersama maka perkataan rakyat lebih telus dan jujur untuk diperjuangkan.Sama rasa,sama rata.Itu lebih adil.Lebih menggambarkan 1MALAYASIA.Bukannya 1Malaysia tetapi Melayu yang lebih jelas cuba diketengahkan.Bangsa lain akan terus curiga jika konsep ini kekal diperjuangkan.

Bangsa lain sebenarnya sudah lama menganggap Malaysia pun negara mereka.Mereka sudah lama menjadi warganegara,sudah lama bermastautin di sini,sudah lama berkorban masa,tenaga dan wang ringgit menjaga kedaulatan negara.Raja-raja Melayu juga sudah menjadi raja mereka.Mereka kekal taat dan setia kepada raja-raja Melayu.Sudah beribu bangsa bukan Melayu menerima anugerah kebesaran dari raja-raja Melayu.Gelaran Datuk, Datuk seri, Tan Sri,Tun dan pelbagai anugerah gelaran kecil yang lainApa erti itu semua?.Mereka sebenarnya sudah sebati dengan konsep 'ketuanan Melayu' ini cuma Melayu bernama pemimpin tidak meletakkan mereka setaraf dengan bangsa Melayu.

Mereka tidak pernah mempertikaikan hak dan keistimewaan Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan Negara.Mereka memahami hakikat tersebut.Untuk apa Melayu menjadi takut kepada bayang-bayang sendiri sedangkan bangsa lain cuma ingin hidup di bumi Malaysia ini secara jujur.Mereka bukan merampas,mereka memiliki secara sah.Mereka berusaha,bekerja dan bersaing secara adil.Jika mereka 'merampas' itu bukan salah mereka itu salah manusia bernama PEMIMPIN MELAYU yang menggadai hak bangsa kepada mereka.Mereka ambil secara sah.Pemimpin jahanam itu yang perlu diajar.Perlu dihukum.Pemimpin itu yang bersalah,pemimpin itu yang menjadi dajal kepada bangsanya sendiri,telunjuk lurus kelingking berkait.

Tidak rugi jika Ketuanan Melayu dilupakan digantikan dengan Ketuanan Rakyat.Ketuanan Rakyat tidak sesekali membuang Melayu.Melayu masih bangsa utama di negara ini kerana itu termaktub secara jelas dalam Perlembagaan Negara cuma konsep untuk membangunkan negara ini perlu melibatkan semua pihak,semua rakyat, semua kaum.Bukan hanya Melayu yang perlu menjadi tuan.Bangsa lain juga wajar dipertuankan sepertimana Melayu menjadi tuan.Andai sebarang kemungkinan melanda negara,pasti bangsa bukan Melayu akan turut sama berjuang mempertahankan negara ini.

Mengapa Melayu risau dan curiga dengan bangsa bukan Melayu.Jika mereka tidak setia kepada raja dan negara sudah lama mereka ini boleh belot.Sudah lama mereka itu boleh bersekongkol dengan musuh.Sudah lama mereka itu menghancurkan negara ini tetapi mereka tidak lakukan sebabnya mereka sayangkan negara ini.Mereka ada keturunana mereka di sini.Ada harta,ada pelbagai macam kepentingan yang terletak dalam negara ini.Tidak semudah itu mereka ingin belot.

Kita yang bernama Melayu ini yang perlu bersangka baik dengan mereka sebelum ingin mereka bersangka baik dengan kita.Justeru konsep Ketuanan Melayu sebenarnya tidak memperlihatkan konsep bersangka baik kepada bangsa lain.Itulah yang mewajarkan PKR tindak mahu memperjuangkan satu bangsa sahaja.Semua bangsa perlu mempunyai hak bersama,adil dan tidak perlu dibezakan.Apa yang termaksub dalam Perlembagaan Negara sudah cukup.Melayu kekal sebagai ketuanan yang sebenar.Mereka [ bangsa bukan Melayu ] lebih dari faham tentang perkara tersebut.

Untungnya Ketuanan Rakyat, bangsa lain merasakan mereka dihargai sebagai rakyat negara ini.Bangsa lain merasa mereka turut terlibat untuk memakmurkan negara ini. Bangsa lain akan lebih yakin dengan kejujuran kita menerima mereka dengan segala kekurangan dan kelebihan  yang mereka ada.Mereka akan lebih yakin bahawa sumbangan mereka dihargai.Mereka akan bersama-sama memikul tanggungjawab untuk menjaga ketuanan dan kemerdekaan kita selama ini.Mereka akan sanggup mati demi Malaysia.Ketuanan Rakyat tidak mengabaikan Melayu.

Fahami dan selami baik-baik makna KETUANAN RAKYAT sebelum berkata-kata atau membuat laporan polis dan seumpamanya.Jika tidak,akan memperlihatkan kebodohan sendiri.Pemimpin negara tidak membantah atau melenting kerena mereka lebih faham maksud politik yang PKR ingin bawakan dalam arus kebangkitan rakyat.Idealisme ini akan menjadi trade mark PKR untuk meraih sokongan semua rakyat negara ini.Mereka yang bernama MELAYU perlu mendalami makna sebenar yang tersirat dan tersurat.Melayu itu bijaksana, Melayu itu mahir berbahasa takkan perkataan seringkas itu [ Ketuanan Rakyat ] boleh menjadi buta bahasa,buta maksud?.Tepuk dada, belajarlah berbahasa.Bahasa menunjukkan bangsa.Jangan jadi bangsa yang tak "reti baso" ,atau bangsa yang "payah bbaso"



No comments:

Post a Comment