Thursday, November 11, 2010

KELULUSAN TINGGI BELUM TENTU MAMPU MENDIDIK DIRI

Hari ini, kualiti diri seseorang tidak terletak kepada kelulusan yang dimiliki.Ramai yang memiliki ijazah dan sarjana malahan ada yang memiliki kelulusan Doktor Falsafah [ PhD ] namun peribadi dan akhlak mereka tidak menggambarkan diri mereka itu memiliki ilmu yang tinggi.Ilmu yang mereka miliki itu tidak mampu menjadikan mereka seorang insan yang benar-benar berkualiti.Mereka yang berkelulusan agama masih juga tidak mampu membentengkan diri dari segala maksiat dan kemungkaran apatah pula mereka yang memiliki ilmu duniawi semata-mata.Lebih parah dari itu.

Cuma ada manusia yang tidak memiliki kelulusan atau keilmuan yang tinggi tetapi penghayatan mereka lebih baik.Mereka mampu mendidik diri menjadi manusia yang taat kepada syarita,patuh kepada perintah agama, amanah, adil,zuhud, bersederhana dalam hidup.Ada antara yang hidup senang, namun mereka tidak pula angkuh dan sombong.Masih bersikap mulia,dermawan,banyak bersedekah,masih bergaul dengan orang2 biasa,masih boleh minum di warug-warung di hujung kampung,lepak-lepak dengan orang-orang yang tidak setaraf mereka.Sebaliknya pun,ada yang berkelulusan tinggi, kaya,mewah namun begitu angkuh,sombong dan ego keterlaluan.Mereka memilih kawan.,memilih bulu untuk berkawan,merasa jijik untuk duduk minum dengan orang-orang kampung,memakai pakaian mahal dengan niat untuk bermegah-megah,cakap begitu sombong,besar diri,bangga diri.Menga begitu kontra?.

Ada orang yg tidak berilmu atau berkelulusan tinggi tetapi menjadi kaya raya namun tidak angkuh dan sombong dengan apa yang mereka miliki.Sedangkan mereka yang memiliki ilmu yang tinggi,berkelulusan tinggi,kaya raya juga tetapi menjadi angkuh dan sombong.Sepatutnya makin tinggi ilmu,semakin tinggi tahap kelulusan mereka ini boleh meletakkan diri mereka menjadi golongan yang dihormati dan disegani.Apa yang membuatkan mereka bersikap demikian?Kaya?,orang lain juga kaya malahan tidak punyai kelulusan tinggi pun tetapi tidak pula sombong dan angkuh macam mereka.

Ini menunjukkan ilmu yang tinggi,kelulusan yang tinggi tidak menjamin seseorang itu menjadi lebih baik, lebih merendah diri, lebih  dihormati dan disegani sebalik menjadi makin angkuh dan sombong.Riak dengan kelebihan yang dimiliki.Mudah lupa daratan.Gah dan merasa mereka lah yang hebat.Begitu berbeza.Sepatutnya makin tinggi ilmu,makin banyak kelulusan mereka menjadi seorang hamba yang bersyukur, hamba yang banyak beramal, hamba yang banyak menolong dan hamba yang banyak memberi manfaat kepada manusia lain.

Akhir-akhir ini,mereka yang memiliki ilmu agama juga hanyut dengan tipudaya dunia.Ramai ilmuan agama yang hubbuduniyya,mencintai kemewahan dunia melampaui yang sepatutnya malahan lebih teruk dan jijik daripada mereka yang bukan aliran agama.Persoalannya mengapa mereka yang faham agama,punya pengetahuan agama ini tidak boleh menjadikan ilmu yang dimiliki itu mendidik jiwa mereka menjadi hamba yang benar-benar beriman dan bertaqwa?.Mengapa mereka juga turut sama hanyut dengan hiburan keduniaan yang sememangnya mereka sedar dan tahu, ia membawa kehancuran.Mengapa ini semua berlaku pada hari ini?.

Sebenarnya kemajuan yang dicapai tidak diimbangi dengan syariat dan ajaran Islam.Pembangunan kebendaan,pembanguna yang bersifat kosmetik ini terlalu pantas dan mengenepikan pembangunan rohaniah.Pembangunan fizikal begitu dibangga-banggakan.Pemimpin hari ini berlumna-lumba mengejar pangkat,kuasa dan pengaruh.Tujuannya semata-mata untuk mencari kekayaan,walau dengan apa cara.Mereka memegang prinsip matlamat menghalalkan cara.Soal akhirat bincang kemudian.Itu urusan selepas mati.Terlalu ramai pemimpin yang berpegang kepada hakikat ini.

Pemimpin sendiri dilihat menjauhi agama,menjauhi amalan yang dianjurkan Islam.Pemimpin sendiri kelihatan tidak terlihat untuk menurut ajaran Islam dalam kehidupan seharian mereka.Ahli keluarga terdekat juga tidak dididik dengan ajaran agama yang baik.Membiarkan ahli keluarga membawa diri dan hala tuju masing-masing.Kebanyakannya mereka memilih kebendaan,memilih kemewahan dunia semata-mata.Soal perintah agama, larang agama mereka tidak hiraukan.Hanyut dalam dunia hiburan,dunia kemusnahan yang sangat-sangat disukai syaitan.

Pemimpin gagal mendidik diri sendiri maka mereka juga akan gagal mendidik rakyat.Pemimpin menjauhi agama, rakyat lagi teruk dari itu kerana pemimpin itu cerminan mereka.Ibubapa adalah acuan kepada anak-anak.Ibubapa yang gagal menjadi contoh yang baik, maka anak-anak terdidik dengan aliran yang menjurus kepada kehancuran.Kalau guru kencing berdiri maka murid akan kencing berlari.Ketam tidak mampu mengajar anaknya berjalan dengan betul kerana si ibu dan bapa  ketam  itu juga tidak betul cara jalannya.Bagaimana acuan begitulah kuihnya.

Ilmu agama perlu diperkemaskan.Pembangunan rohani perlu diperkasakan.Urusan ukhrawi perlu dititikberatkan.Harus seimbang dan sepadu antara ukhrawi dan duniawinya.Andai duniawi begitu mendominasi kehidupan manusia maka mereka bakal menemui kehancuran dan kegagal dalam kehidupan akhirat mereka.Hari ini ramai alim ulamak duniawi,mereka bercakap cuma bila ada kepentingam mereka,ada keuntungan kepada kantund mereka.Bila menyentuh hukum hakam walaupun benar mereka ambil jalan utk berdiam diri.Tidak berani menegur.Tidak berani bercakap benar.Benar kata ilmuan muktabar, ulamak di akhir zaman kebanyakannya menjadi sumber fitnah.Ulamak itu sendiri yang menjadi penyebab umat porak peranda. Umat hari ini makin menjauhi agama,makin benci agama,benci melihat orang taat beragama,benci kalau berbicara soal mati.Menjadi alergik dan fobia jika ada majlis ilmu atau ceramah yang berorientasikan agama dan kehidupan selepas mati.

Sesetengah pihak, jubah mereka cuma sekadar pakaian kerana minat untuk berpakaian demikian bukannya jubah itu menjadi salah satu 'penasihat' peribadi dari terjerumus ke lembah kehinaan.Hari in begitu ramai yang bertudung labuh,berjubah menyembunyikan maksiat di sebalik pakaian mereka.Walaupun tidak semua namun ia menjadi virus membahaya kepada alim ulamak yang benar2 taat kepada agama mereka.Hal ini akan menjadi bahan sindiran dan sinis melampau kepda golongan yang memang benci menutup aurat.Mereka akan jadiikan alasan bahawa soal pakaian tidak menjamin mereka itu bermoral tinggi.Sedangkan soal aurat dan soal maksiat dua isu berbeza.Menuutp aurat, dosa untuk ini sudah terselamat,dan kalau tidak menutup aurat,dosa dalam berpakaian ini mereka terima,walaupun mereka tidak melakukan maksiat lain.Apa salahnya mereka yang tidak bertudung tetapi tidak juga melakukan maksiat menutup aurat mereka,itu lebih baik.

Kesimpulannya ilmu dan kelulusan yang bertimbun tidak menjamin manusia itu menjadi lebih baik dan bertamadun.Di Barat, mahasiswa dan mahasiswi melakukan maksiat secara tebuka,berbogal sesuka hati dalam kawasan universiti,mabuk-mabuk, parti sosial dilakukan dalam bilik-bilik penginapan mereka secara bebas dan bercampur lelaki dan wanita.Melakukan hubungan kelamin tanpa batasan.Universiti Cambrigde antara salah satu universiti [ rujuk Utusan Malaysia hari ini - 11/10/2010 ] Itu menunjukkan ilmu dan kelulusan bukan jaminan mereka itu lebih bersahsiah baik.Tidak menjamian mereka itu amanah dan lhuhr budi bahasa.Kaki rasuah,kaki penyelewengan dalam negara ini pun melibatkan pengurusan tertinggi, itu bermakna mereka yang berilmu dan berkelulusan.Golongan pentadbiran dan pemimpin yang bermaharajalela dalam soal-soal keruntuhan moral dan akhlak. golongan bawahan mungkin tidak berpeluang.Cuma dalam isu ini bukan soal peluang atau ruang.Jika terdidik dengan penuh sempurna, ilmu dan agama yang ada walaupun sedikit pasti mampu menegah mereka dari terjerumus kekancahan maksiat atau penipuan,rasuah atau sebagainya.

Jika mereka yang berilmu tidak boleh diletakkan kepercayaan dan amanah maka kepada siapa ingin diserahkan tugas untuk memimpin ummah utk menemui kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat?.Jika pemimpin yang ada lebih rakus menelan dan membolot kekayaan dan hak rakyat tanpa segan silu, maka dunia dan negara memang di ambang kehancuran.Negara boleh muflis.Rakyat mungkin akan terjual.Negara mungkin akan terjajah semula.Pemimpin bercakap bahawa rakyat mesti berusaha bersungguh-sungguh dari dijajah sedangkan belakang tabirnya pemimpin itu juga yang sedang mengadaikan negara.Mereka lah juga yang sedang mengumpul kekayaan secara salah dan sedang menjadikan negara tercinta sebagai bahan gadaian dan pajakan.

Pemimpin yang ada tidak kira dari parti mana jika terlibat dalam urusan jual beli negara dan sedang berurusan secara sulit untuk menjadikan negara muflis perlu dibuang segera.Perlu singkirkan mereka ini dari terus menerajui kepimpinan. Ilmu dan kelulusan yang mereka miliki bukan untuk kesejahteraan atau menjaga kebajikan rakyat sebalik menjadi satu alat untuk mempermudahkan kerja mereka membolot harta dan kekayaan secara jahat dan melampau.Ilmu yang tinggi tetapi langsung tidak berkualiti dari segi pandangan Islam telah menjadikan mereka terlalu gilakan dunia sehingga mereka ini menjadi benar-benar gila walapun kelihatan normal.Inilah gila yang sukar diubati.Tidak nampak gila tetapi memang gila.



No comments:

Post a Comment