Tugas mendidik terpikul di atas bahu semua manusia.Mendidik anak-anak terletak atas bahu ibu bapa.Mendidik murid terpikul atas bahu gurunya.Masyarakat adalah guru umum untuk semua.Sebagai seorang guru ; perilaku guru, budi bicara guru, cara berpakaian guru, gelak tawa guru, marah guru, nasihat guru seharusnya dalam lingkungan sahsiah seorang pendidik. Guru adalah murrabi, muddaris, mualim,muaddib, mubaligh dan mursyid. Guru perlu berilmu, mendidik adab, menyampaikan sesuatu yang benar, mendidik hati muridnya,menjadi rujukan murid dalam apa jua masalah,mendidik akhlak, mendidik jiwa, mendidik cara hidup murid.Guru jangan 'kencing berdiri', kelak anak murid akan 'kencing berlari'. Tidak guru yang mendidik, tugas siapa untuk melaksanakannya.Tidak sekarang,bila masa lagi untuk mendidik modal insan yang bakal menjadi pewaris pemerintahan negara.
Guru perlu menjaga tingkahlakunya bila berhadapan dengan murid, perlu bercakap dengan nada yang mampu mendidik.Marah guru bukan menengking, marah guru dengan kasih sayang, tegas tetapi berhemah.Jauhi maki hamun, mencabar atau mengejek murid.Guru perlu jaga pakaiannya biarlah sesuai dengan perwatakan seorang guru.Guru menjadi tontontan murid.Jika guru tidak menampilkan sahsiah yang murni, maka nilai yang dipelajari oleh murid juga menjadi songsang.Cakap guru mesti serupa dengan bikinnya.
Siapa pun guru, apa pun perwatakannya di luar sana, apa pun hobinya, apa pun kegemarannya, seorang guru MESTI menampilkan nilai positif dengan muridnya.Sifat mazmumah [ buruk ] guru perlu ditimbus seboleh mungkin bila bersama murid kerana jika terlihat di mata murid maka murid akan beranggapan semua guru memang begitulah sikapnya.Martabat guru terlalu mulia.Tampilkan sifat mahmudah[ baik ] bila bersama murid.Murid belajar melalui penglihatan lebih besar dari apa yang dipelajari melalui pemdengaran atau pembacaan.Jika guru memperlihatkan 'dirinya' dalam bentuk yang negatif, maka murid melihat itulah yang patut mereka tiru sedangkan apa yang dilihat itu sebenarnya tidak betul.Mengikut sains sosiologi, 80% pembelajaran manusia adalah melalui pemerhatian mereka.Jika apa yang dilihat menjurus keburukan maka mereka akan terpengaruh dengan apa yang dilihat.
Kanak2 menjadi terlalu minat menonton sehingga terabai pelajaran mereka kerena begitu taksub dengan cerita2 kartun, cerita2 remaja,cerita2 cinta dan cerita yang membawa jiwa mereka menjadi khayal dan berangan-angan kosong.Semuanya itu berpunca dari penglihatan mereka.Mereka melihat apa yang dipaparkan di kaca2 tv sehingga akhirnya apa yang mereka lihat itu berjaya mempengaruhi mereka. Melalui pemerhatianlah generasi muda hari ini belajar tentang kehidupan.Mereka mengikut dan meniru apa yang mereka lihat,jika baik yang dipamirkan maka baiklah yang mereka amalkan.Andai perkara buruk yang terdedah di depan mata mereka maka yang buruklah yang tiru.
Seorang ibu,seorang bapa,seorang guru hatta masyarakat semestinya perlu menunjukkan nilai-nilai murni,nilai-nilai baik kepada anak mereka, murid mereka atau anggota masyarakat sekitar mereka.Bagaimana acuan begitulah kuihnya.Sekiranya mereka yang mendidik tidak memiliki sifat-sifat seorang 'pendidik' maka mereka ini sebenarnya telah 'menternak' manusia.Lihatlah bagaimana hasilnya jika seorang penternak menternak,mereka cuma lebih mementingkan kegemukan badan,mementingkan kualiti daging tanpa mengambil kualiti otak, kualiti ilmu dan daya fikir hasil ternakan mereka.Maka jadilah benda yang diternak itu seperti yang merumput di padang.Akalnya kosong, nafsunya rakus, perilakunya saling tak tumpah seperti haiwan.Jangan salahnya mereka,salahkan penternak kerana mereka bukan mendidik tetapi menternak.
Kesilapan dan kejahilan dalam mendidik ini perlu diperbaiki segera kerana jika sifat mendidik itu tidak selari dengan apa yang dituntut agama,tidak seiring dengan nilai moral kemanusiaan, tidak sepadu dan seimbang dengan norma-norma masyarakat nescaya generasi yang dididik itu akan mempunyai watak dan perwatakan tidak sepertimana yang diharapkan.Mereka tetap seorang manusia namun jiwa dan roh mereka lebih bersifat kebinatangan.Akhlak mereka, budaya hidup mereka, cara berpakaian mereka, pergaulan mereka tidak menggambarkan seseorang yang layak dipanggil manusia.Pendidik, ibubapa., dan masyarakat perlu menyedari segala kesilapan yang sudah dilakukan.Kitalah yang bertanggungjawab untuk memperbetulkan segala kelemahan dan kesilapan yang telah terjadi.Jangan tunggu lagi,makin ditunggu makin parah mutu kehidupan generasi akan datang.Jangan dibebankan tugas ini kepada orang lain.Kita yang perlu memikul tugas berat ini kerana kita adalah sebahagian dari anggota masyarakat yang wujud pada hari ini.Tidak sekarang,bila?.tidak kita, siapa lagi?..Tepuk dada tanya iman.
No comments:
Post a Comment