Jika tidak bijak mengurus, Kerajaan PR di Selangor mungkin akan terburai.Serangan bertubi-tubi dari pemimpin kecewa UMNO Selangor makin membahang.Satu demi satu 'peluru' dilepaskan.Skrip makin jelas.Semuanya seperti sudah dirancang.UMNO Selangor sudah lama menunggu masa untuk menyerang hendap Selangor.Selangor adalah lubuk rezeki seluruh pemimpin UMNO dalam negara ini.Segala khazanah selain di luar negara,semuanya tersembunyi di Selangor.
DS Najib adalah Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor.Dengan segala 'kuasa yang ada' UMNO Selangor memiliki semua kelengkapan persenjataan untuk berperang dengan Kerajaan PR Selangor.Dahulu UMNO Selangor cuba bermain api di Selangor namun terencat seketika bilamana Baginda Sultan Selangor mula 'bertitah'.Semua menikus.
Kali ini,isu Sambutan Ulangtahun Yayasan Selangor ke-40 yang 'dimurkai' Sultan Selangor, UMNO mula rebah bulu semula.Makin ada angin untuk bangkit menyanggah Kerajaan Selangor.UMNO Selangor tetap berusaha untuk menumbangkan Kerajaan PR Selangor sebelum PRU13 akan datang.
Masa makin suntuk.Jika Kerajaan Selangor kekal sehingga PRU13,UMNO Selangor masih sukar untuk kuasai kembali Selangor.Keyakinan rakyat terhadap Kerajaan PR Selangor masih kukuh.Isu penyelewengan yang digembar-gemburkan hanyalah perencah untuk penyedap rasa supaya rakyat termakan hasutan.Sedangkan kalau dibongkarkan segala yang tersembunyi, pemimpin UMNO Selangor juga jauh dari baik berbanding dengan Kerajaan PR yang ada sekarang.Rakyat Selangor lebih tahu,lebih arif,lebih kenal siapa pemuka UMNO Selangor ini.Semuanya seumpama berebut-rebut harta rampasan perang sahaja.
Segala hitam dan kelabu pemimpin UMNO sewaktu menguasai Selangor sejak lama dahulu masih sukar dilupakan rakyat.Zahirnya seperti membela rakyat,namun satu yang keluar untuk rakyat, bukan dua yang masuk ke poket mereka,berjuta-juta sebenarnya.Rumah-rumah pemimpin UMNO Selangor terutama rumah bekas MB terakhirnya lebih gah dari istana seorang raja. Semua yang tinggal di Selangor sudah arif dengan segala wayang yang ditayangkan pemimpin UMNO Selangor.
Kerajaan PR perlu bijak menangani serangan kali ini.Pelbagai desakan dan hasutan mula berbunyi sekarang.Media arus perdana makin hebat masuk jarum.Segala macam minyak dan cuka dicurahkan.Semuanya untuk menimbulkan kebencian rakyat kepada kerajaan Selangor.Lihatlah di Kedah,media sesuka hati memutarbelitkan segala kebenaran dan fakta.Akhirnya Kerajaan Kedah sudah 'menutup pintu' kepada media arus perdana dan stesen TV tertentu.Ini semua sebagai pengajaran untuk media terlibat.
Di Selangor, nampak gayanya cerita hampir sama.Benda yang boleh diselesaikan secara baik pun ditonjolkan seperti satu perkara yang tidak mungkin dimaafkan.Sedangkan peruntukan untuk ADUN di Selangor berjumlah puluhan juta dihabiskan dalam masa 3 bulan sahaja sebelum PRU12 yang lalu.Tiada siapa pun mempersoalkan kemana wang peruntukan itu hilang.Senyap.Kenyang dan lena semuanya.Sama rata,sama rasa.TST, tahu sama tahu.Diam-diam sudahlah.Bising-bising pun buat apa,kan?Betul juga...
Sekarang menjadi bising sebab hakikat sama rata,sama rasa tidak lagi berlaku.Mereka sudah tidak tahan 'kebuluran'.Makin lama makin 'kurus' kocek mereka.Hidup berkurun dalam kekayaan tetiba sekelip mata jadi papa mana tahan.Orang miskin boleh hidup dalam kemiskinan,kalau kaya mereka lebih bersyukur.Namun orang kaya,masa kaya tidak bersyukur,tamak haloba.Sesekali miskin, mereka tidak mampu untuk hidup dalam kemiskinan.Itulah kelemahan manusia kaya ni.
Suasana di Selangor kini makin panas,walaupun hujan boleh dikatakan setiap petang turun di ibu kota dan sekitar Selangor masih tidak mungkin dapat menyejukkan suasana yang sedang panas ini.Menangguk di air keruh itulah sikap manusia yang tidak berhati perut.Manusia hati busuk hanya akan cuma mengambil peluang yang terbuka untuk kepentingan puak.
Buat UMNO Selangor, sikap berjaga-jaga adalah perlu.Mengapa harus demikian?.Ingat,kerajaan PR Selangor itu manusia politik juga.Mereka juga orang terpelajar.Mereka juga orang politik.Mereka pun reti main politik.Takut nanti dalam leka dan seronok membalun Kerajaan Selangor, tetiba Kerajaan Selangor dan Pakatan Rakyat membuat 'counter attack'.maut nanti UMNO Selangor.Ingat,rahsia pentadbiran UMNO di Selangor masih disimpan,mungkin itu senjata terakhir akan digunakan untuk PRU13 nanti.
PR juga tahu guna senjata sulit.Mereka pun manusia yang punya daya fikir,daya juang,daya helah dan daya muslihat yang tinggi jika tidak mana mungkin UMNO Selangor yang terlalu taksub mereka kebal di Selangor tersungkur menyembam tanah dalam PRU12 yang lalu.Itu tandanya PR juga bijak dan hebat berpolitik.Bukti UMNO Selangor ini dangkal dan bangang kerana amaran berjaga-jaga daripada Tun Daim Zainuddin berkaitan kawasan kelabu di Selangor/Wilayah dipandang sepi oleh semua lapisan kepimpinana UMNO Pusat dan Selangor.
Dalam saat PKR juga sedang terumbang ambing, DSAI makin tercalar,makin dibogelkan semula maka ketenangan arus di Selangor sukar diteka.Gelodak dan gelombang mula meruak ke atas.Kesepakatan dan kekitaan yang kukuh dalam PR perlu segera dipertingkatkan.Dalam saat-saat begini, PR perlu kembali mencari titik persamaan.Perlu telus dari hati ke hati.. Rundingan jangan selisih, kata putus mesti sepakat.
Masa makin suntuk.PRU13 makin dekat.Melihat segala isu,kerenah dan fitnah yang makin kencang berlaku sejak akhir-akhir ini jelas menunjukkan PRU seterusnya bakal dibunyikan locengnya.Setiap yang berlaku ini bukan saja-saja dicipta atau dicetuskan kecuali untuk memungkinkan PRU13 nanti UMNO boleh berkuasa semula di negeri-negeri yang mereka telah hilang kuasa.Paling utama dan pertama, Selangor MESTI diambil balik.Negeri lain mungkin boleh dimaafkan.Satu lagi Kelantan,UMNO perlu ambil segera kerana Kelantan adalah lubuk kekayaan yang teramat sangat.
Orang gila harta mesti akan mencari ruang dan peluang untuk menambahkan harta.Mana boleh melihat simpanan makin susut.Makin hari makin berkurang.Dulu makin hari makin menimbun.Sekarang, sudah seperti kais pagi makan pagi,kais petang makan petang.Namun kalau nak dibandingkan untuk orang miskin harta mereka ini 7 keturunan pun tak habis dimakan.
Landasan PRU13 sudah semakin siap.Penerbangan dan pendaratan pesawat membawa pelbagai isi baik isi dari pelancong luar atau pelancong tempatan makin membuak.Pramugari penerbangan juga makin menghiasa diri,menanam racun bercampur madu, bersolek secantik mungkin untuk menggoda para peminat yang kaki dunia kembali terlena dan terbui dengan ayat-ayat cinta.Jika tidak berhat-hati, Kerajaan PR akan terkulai dalam pelukan pramugari ini.Pramugari UMNO ini sudah rancak menghidangkan santapan untuk dinikmati.Jangan tersilap langkah buruk padahnya.CCTV UMNO berada dimana-mana sahaja.Semuanya dirakam.
'Pembunuh upahan' sedang berkeliaran untuk memastikan gerak langkah pemimpin PR terhenti.Tembakan melalui media masa, isu yang dimanipulasikan makin berserabut.Segala kesulitan dan kecamuk dalam Kerajaan PR akan terus dicipta,semata-mata untuk membuktikan kegagalan kerajaan PR mentadbir.Segala kesilapan baik yang direka atau tercetus akibat pihak lain akan diletakkan ke atas semua batu jemala pemimpin PR.
Sempena Eidul-Adha esok,sama-samalah menghayati pengorbanan Nabi Ibrahim AS dan anaknya Nabi Ismail AS membuat kerja-kerja kebaikan,kerja-kerja agama untuk kesejahteraan ummah dicontohi.Baginda bersama anaknya berkorban penuh pengabdian untuk Allah semata-mata bukan menunjukkan baik dan sembelihan binatang ternakan sekadar keuntungan politik.Berpuluh ekor disedekahkan kepada rakyat.Banyaknya duit,mana dapat?Siapa yang hadiahkan tu?.Berilah penghargaan kepada yang sumbang bukannya lembu punya susu sapi dapat nama,kecuali mereka juga menjadi lembu-lembu suci,memutihkan diri dengan pengorbanan orang lain.
Macam-macam pemimpin sekarang.Berlakon dengan harta orang lain,duit orang lain, lembu orang lain tetapi dicop,ditandatangani konon-kononnya lembu sendiri.Murahnya hati.Sedangkan selama ini kedekut pahit orang kata.Bila tiba musim hari raya tetiba menjadi pemurah tahap maksima.Mana datang duit tu?.Jujurlah....Jangan menipu rakyat.Selama ini rakyat melihat pemimpin hanya pandai menabur janji tetiba bila musim raya kemurahan melampau-lampau. Elakkan menggunakan agama untuk membeli dunia,membeli kuasa dan pangkat.Jangan munafik dengan rakyat.
"SELAMAT HARI RAYA EIDUL-ADHA"
No comments:
Post a Comment