Sunday, November 14, 2010

SIDANG DUN KEDAH : PIHAK MEDIA SALAHKAN KERAJAAN KEDAH?

Mengapa pihak media terutama media arus perdana mempertikaikan larangan Kerajaan Kedah yang menghalang mereka daripada mengikuti perasmian dan persidangan DUN.Sikap tersebut seolah-olah Kerajaan Kedah tidak betul,membelakangi kebebasan media.Namun apakah mereka [ media arus perdana ] melihat ke dalam diri mereka yang bersikap talam dua muka.Kalau benar mereka mengamalkan kebebasan media mengapa segala kelemahan kerajaan Pakatan Rakyat [ PR ] sahaja yang didedahkan?Mengapa kerja mulia,kerja baik yang PR lakukan langsung tidak disebarkan?Sebaliknya semua kerja-kerja baik UMNO walapun kecil dibesar-besarkan,kesilapan dan keburukan UMN-BN disimpan tersimpul mati?Jika benar media itu bebas sepatutnya perlu berada atas prinsip yang benar tetap benar,yang salah tetap salah.Tidak kira parti mana,kerajaan mana?Perlu dedahkan secara adil.Kembalikan kepada pertimbangan rakyat.Itu baru betul.Jika tidak larangan Kerajaan Kedah ke atas media arus perdana adalah TERAMAT WAJAR.

Media arus perdana dan wartawan terlibat perlu merenung ke dalam diri mereka sendiri jangan hanya kesilapan orang lain sahaja yang terlihat sedangkan kesilapan sendiri buat-buat tidak tahu.Sikap itu teramat jijik.Kuman seberang laut nampak,gajah di depan  mengapa sengaja membutakan mata.Menutup rapat-rapat.Tidak mungkin Kerajaan Kedah sesuka hati membuat larangan dan sekatan sedemikian.Pasti ada sebab dan hujah yang benar-benar kukuh.Kerajaan Kedah sudah terlalu dianatirikan oleh media terutama media arus perdana.Wakil rakyat UMNO-BN tidak perlu mempertikaikan larangan tersebut kerana lagi banyak mereka bercakap lagi banyak terlihat 'kebodohan' mereka.

Sudah tiba masanya Kerajaan PR menjalankan dasar tutup pintu kepada media arus perdana dan semua media atau wartawan yang membuat laporan berpihak dan berat sebelah.Bila media alternatif memberi laporan buruk terhadap kerajaan mereka maka macam2 tekanan yang kenakan ke atas pemilik media pembangkang.Sedangkan apa yang berlaku adalah sebagai adil dan menjawab semua kelakukan buruk dan sikap berat sebelah media arus perdana.Kerajaan Pusat yang memulakan 'peperangan media' maka media alternatif sekadar menerima 'cabaran'  yang dilontarkan kepada mereka.Kini tiba masanya Kerajaan PR bertindak balas.Isu banjir, isu bantuan banjir, isu penempatan banjir di Kedah telah membuatkan Kerajaan Kedah bertindak demikian.

Sesiapa pun yang mempunyai fikiran yang waras,MUSTAHIL dan TIDAK MUNGKIN  kerajaan yang memerintah mengabaikan kebajikan mangsa banjir.Secara logik pun tidak mungkin Kerajaan PAS Kedah mendiamkan diri dan melihat sahaja mangsa banjir menghadapi pelbagai masalah sewaktu banjir melanda.Namun media arus perdana langsung tidak membuat liputan secara adil.Menafikan kebaikan dan pengorbanan kerajaan negeri sebaliknya bantuan dan sumbangan BN-UMNO yang tidak seberapa disebarkan kononnya puluhan juta bantuan itu diberikan.Sepatutnya semua bantuan dari kerajaan Pusat MESTI melalui kerajaan negeri bukannya melalui pihak ketiga.Tindakan tersebut sudah menggambarkan sikap tidak profesional pemimpin UMNO terhadap kerajaan Kedah.Kerajaan Kedah adalah kerajaan yang sah, dipilih secara demokrasi oleh rakyat.Kerajaan tersebut mendapat majoriti sokongan rakyat.

Secara adilnya, tidak perlu pemimpin UMNO-BN Kedah cuba mengungkapkan rasa tidak puashati mereka atas larangan tersebut kerana mereka sendiri sebenarnya sedar dan mengetahui secara jelas kenapa tindakan itu diambil.Dan mereka [ pemimpin UMNO-BN ] sendiri tahu dan menyedari apa kesilapan yang telah dilakukan oleh media arus perdana sehingga memungkin mereka dilarang untuk membuat liputan DUN Kedah.Usahlah menegakkan benang yang basah.Akui kesilapan yang telah dilakukan.Usah pertikai pihak lain tidak bebas kalau diri sendiri terlalu bersifat memihak dan lebih dari tidak bebas.Diri sendiri yang buat khianat,diri sendiri yang tidak adil,tidak bebas maka usahlah mempertikai ketegasan pihak lain.

Ada kalanya kita perlu menunjukkan ketegasan  bila kebebasan dan sikap terbuka kita tidak dikenang.Sebaliknya keterbukaan tersebut diambil oleh pihak tidak bertanggungjawab ini untuk menikam belakang.Sifat jahat dan tidak berperikemanusiaan ini wajar ditamatkan segera.Sudah tiba masanya kebiadapan media arus perdana diajar.Pengajaran yang terbaik untuk mereka.Biar mereka sedar dan tahu bawa cakap bukan sebarang cakap,lapor bukan sebarang lapor.Sesuka hati memfitnah.Kesabaran Kerajaan PR ada hadnya.Selepas ini Kerajaan PR hanya perlu berurusan dengan media alternatif sahaja dan blogger pro Pakatan Rakyat.Berikan ruang seluas yang mungkin untuk media alternatif dan media parti dalam PR.

Selagi media arus perdana masih terlalu taksub dan kekal berkiblat secara membuta tuli kepada UMNO-BN, maka PR jangan sesekali membuka ruang kepada media berkenaan.Biarlah mereka membuat liputan dalam Kerajaan UMNO-BN sahaja.Masing-masing buat kerja sendiri dalam kerajaan yang mereka sokong.Kebebasan media hanya omongan kosong semata-mata.Cakap tidak serupa bikin.Sedangkan hukuman terhadap mereka yang membuat fitnah terlalu berat seksaannya di akhirat kelak.Buat kerajaan PR,usahlah percaya dengan cakap-cakap manis yang berpura-pura sedangkan mereka menyimpan dendam dan racun berbisa.Telunjuk lurus kelingking berkait.Harapkan media arus perdana umpama harapkan pagar, pagar makan padi. Ucapkan selamat tinggal kepada media arus perdana.Jika Pakatan Rakyat berjaya menduduki PUTRAJAYA suatu masa nanti, maka pihak media arus perdana ini perlu dikenakan tindakan yang berpatutan kerana kerja-kerja mereka selama ini terlalu banyak menabur fitnah dan memburukkan kerajaan PR sahaja.Bukan berdendam tetapi sekadar melaksanakan hukuman kepada pesalah sepertimana menjatuhkan hukuman gantung  sampai mati mandatori kepada penagih dadah.Itu sahaja.


No comments:

Post a Comment