Wednesday, November 24, 2010

MENYUSUR TAKDIR MENERIMA HAKIKAT

Dalam setiap langkah hidup kita,apa yang berlaku adalah dengan takdir-Nya.Terima dan redhalah apa yang kita alami.Semua yang terjadi PASTI terkandung hikmah dan pengajaran.Usah mengeluh apatah lagi menyesal kerana jika kita bersyukur kita akan ditambah dengan kebaikan dari sumber-sumber yang kita sendiri tidak ketahui.Namun YAKIN dan PERCAYALAH bahawa apa yang Allah berikan kepada kita adalah sesuatu yang kita perlukan.Mungkin apa yang kita dapat itu bukan seperti  yang kita minta,justeru Allah kurniakan apa yang sepatutnya kita perlu.Dia lebih mengetahui siapa kita dan apa yang kita perlukan.Ada hikmah di sebalik apa yang terjadi kerana setiap ketentuan-Nya pasti ada  kebaikan yang tersembunyi.

No comments:

Post a Comment