Thursday, November 11, 2010

BANJIR DI KEDAH : USAHLAH MENJADI KEMPEN POLITIK MURAHAN

Sungguh sedih bila beberapa pemimpin UMNO menutup mata dan pekak telinga apabila menuduh kerajaan Kedah lepas tangan.Tidak membantu mangsa banjir.Sedangkan dalam media alternatif,dalam blog-blog tertentu tergambar dengan jelas pemimpin dan kerajaan Kedah bertungkus lumus membantu sekadar termampu.Namun media arus perdana masih memilih cerita sebaliknya.Menghitamkan orang lain untuk memutihkan UMNO kononnya hebat membantu.Mengapa media arus perdana masih makan gaji haram sedemikian.Mengapa liputan dan laporan begitu terpilih dan suka memfitnah.

Cerita dari mulut rakyat Kedah sendiri,jelas katanya hanya kerajaan Kedah yang datang membantu di kawasannya.Segala bantuan dihulurkan.Ada yang turut bermalam bersama di pusat pemindahan semata-mata untuk membantu.Kata mangsa banjir itu lagi, tidak nampak pun batang hidung pemimpin UMNO datang menjengok.Nah!..sekarang siapa yang membantu dan siapa yang hanya pandai cakap sahaja.Setelah banjir teruk melanda baru kelihatan pemimpin UMNO datang hulur bantuan itu cuma bentuk RM  sekitar RM100.Lepas itu berlalu pergi.Untuk sumbangkan tenaga dan masa,hampehhh!!.Datang sekadar ingin mencari nama sahaja.Sedangkan pihak kerajaan negeri sedia bermalam dan menetap bersama di pusat petempatan banjir tersebut.

Ini membuktikan tuduhan kerajaan Kedah lepas tangan amat jahat.Benar kata MB Kedah,mereka berkerja bukan untuk mencari nama atau populariti.Mereka berkerja kerana amal ibadah.Mereka ikhlas membantu.Tidak perlu liputan media.Macamana MB Kedah tidak melenting sdgkan sumbangan dan bantuan mereka sengaja dinafikan.Kemudian ada pula tukang pukul canang turut sama menuduh kerajaan Kedah tidak berbuat apa-apa.Sungguh hina dan jahat pemimpin UMNO berkenaan.Sedangkan memang terbukti kerajaan Kedah menyalurkan bantuan semampu mungkin.

Kalau sekadar berucap dari jauh dan disiarkan melalui kaca TV menuduh dan mendakwa kerajaan Kedah tidak membantu dan mengambil sikap lepas tangan itu satu propaganda jahat.Sedangkan pemimpin UMNO pun yang kelihatan pun boleh bilang dengan jari dan datang pun sekadar ingin mendapat publisiti murahan semata-mata.Bukan dengan niat ikhlas untuk membantu.Bantuan makanan pun cuma tolong sampaikan sahaja bukan dari kocek sendiri,sumbangan pihak lain.Itu bukan bantuan namanya itu menyampaikan sumbangan.Kalau sekadar menyampaikan sumbangan, pemimpin kecil di pusat pemindahan pun reti nak buat tu semua.Tak perlu pemimpin luar atau pemimpin UMNO datang terhegeh2 nak tumpang sekaki.Memalukan.

Sepatutnya pemimpin UMNO keluarkan belanja dari bank mereka yang juta-juta tu,beri sumbangan peribadi.Bukan tumpag nama atas pihak ketiga.Orang yang memberi sumbangan itu yang layak menyampaikannya.Bukan orang lain.Usahlah berlakon simpati dengan harta milik orang.Bukti dan hujah begitu jelas,kerajaan Kedah tidak lepas tangan dalam isu banjir ini.Mereka berhabisan membantu.Tanyalah mangsa-mangsa banjir yang terlibat.Jangan temu ramah penyokong parti sendiri sahaja.

UMNO usahlah bermain politik dalam isu banjir ini semata-mata ingin meraih simpati.Rakyat Kedah tahu siapa yang membantu dan siapa yang sekadar bercakap.Nak menang pilihanraya pun janganlah jadikan mangsa banjir di Kedah sebagai alat untuk mencari populariti.Populariti palsu tidak boleh menipu rakyat Kedah.Orang luar dari Kedah mungkin termakan dakyah tersebut bukan rakyat Kedah.Mereka atau apa yang terjadi.

Sampai bila pemimpin UMNO hendak berpolitik dalam hal-hal kemanusiaan begini.Kalau ingin membantu,bantulah secara ikhlas usahlah mengungkit itu dan ini.Kedah masih dalam Malaysia.Kedah terletak dalam kekuasaan kerajaan pusat.Kerajaan Pusat ada amanah dan tanggungjawab untuk mempastikan mangsa banjir tiu dibantu bukan meletakkan kelemahan mereka di bahu kerajaan Kedah semata-mata.Banjir itu bukan kelemahan pentadbiran kerajaan Kedah,itu bencana alam.Sama dengan banjir  yang melanda Johor beberapa tahun yang lalu.Di Johor, Kelantan sumbang RM1 juta.Hari ini tidak kedengaran pun Johor menyumbang bantuan kepada Kedah. Johor lebih kaya dari Kelantan, namun kerajaan Kelantan tidak memandang sempadan politik untuk membantu sebab itu isu kemanusiaan sejagat.

UMNO, jika benar ingin membela rakyat buatlah kerja tersebut dengan ikhlas dan penuh tanggungjawab.Usahlah memperlekeh dan mempersendakan pihak lain.Kalau memberi bantuan untuk bermegah-megah, UMNO tidak mendapat apa2 pahala pun kerana mereka yang riak dan angkuh cuma mendapat kemurkaan Allah semata-mata.Bantulah jika mahu,bantulah jika mampu, jangan membantu dengan niat untuk menyindir pihak lain.Kita satu Malaysia.Walaupun berlainan politik tetapi masih rakyat negara ini.Musim bencana begini usahlah banyak politik.Mangsa banjir tidak nak isu politik dibangkitkan mereka perlukan bantuan.Itu pun tak faham ke?.


No comments:

Post a Comment