Saturday, November 6, 2010

PEMANDU BAS EKSPRES TIDAK RETI BASO...

Sejak akhir-akhir ini,makin banyak isu kemalangan melibatkan bas ekspres.Mengikut kata penumpang,semua kes yang terjadi itu berpunca dari sikap pemandu yang memandu laju,melepasi had yang ditetapkan.Nampak gayanya pemandu bas ekspres ini masih tidak insaf.Jenis tak reti baso [ tidak faham bahasa ].Dah macam2 rungutan berkaitan sikap pemandu yang tidak berhemah sewaktu membawa penumpang.Kalau nak bawa laju,bawa kenderaan sendiri,dan bawa sorang-sorang.Kalau mati pun mati sorang-sorang.Kalau jadi pemandu dan berkerja maka kerja lah dengan jujur dan berhemah.Ikutlah peraturan kerana di belakang tu adalah penumpang yang membeli tiket dan membayar kos perjalanan yang mereka gunakan itu.Bukan naik free.Pengusaha bas pun satu perangai..tidak ambil peduli dengan teguran kerajaan.Sepatutnya kalau dah dikenalpasti mana-mana pemandu yang memandu ikut nafsu,memandu ikut suka hati maka pemandu jenis ini berhentikan sahaja.Pecat mereka tu.Kelak kalau berlaku kemalangan yang melibatkan kematian,silap-silap lesen pengusaha akan ditarik balik.Bertindaklah sebelum terlewat.Pemandu bas tu pulak tapis betul-betul bukan jenis kaki berlumba di jalanraya.Jangan bunuh penumpang,jangan jadi pembunuh.Dosa besar membunuh manusia tidak berdosa.

No comments:

Post a Comment