ETIKA BERPAKAIAN DALAM SUKAN
__________________________________________
Satu dunia tahu bahawa Malaysia ini diwarwarkan sebuah negara Islam.Pemimpin negara pun mengakui Malaysia adalah sebuah negara Islam.Agama Islam juga adalah agama rasmi negara ini.Dunia Arab juga mengakui Malaysia adalah sebuah negara Islam.Namun mengapa kita tidak mampu untuk menguatkuasakan apa yang dianjurkan Islam terutama untuk penganut Islam.Terlalu banyak dalam aspek kehidupan umat Islam di negara ini tidak menepati ajaran Islam.
Sukan ASIA,di GuangZhou, China, didapati atlet kita yang beragama Islam tidak menutup aurat.Secara jelas etika berpakaian yang dianjurkan Islam langsung tidak dipatuhi.Sedangkan semua atlet dari negara Iran boleh dikatakan menutup aurat.Dalam setiap acara yang dipertandingkan, atlet Iran [ perempuan ] boleh berseluar trek panjang dan bertudung,baju juga berlengan panjang.Sebaliknya atlet beragama Islam dari negara kita dengan 'bangganya' mendedahkan aurat.Seolah-olah berbogel bila berada di lokasi pertandingan.
Pemimpin sukan yang terlibat terutamnya yang beragama Islam mengapa sengaja menutup mata dan bersubahat sama ?.Kalau pakaian menutup aurat dilarang dalam sukan mengapa atlet negara Iran boleh berpakaian menutup aurat?.Apakah ada larangan di peringkat tertinggi dalam sukan negara kita bahawa atlet wanita tidak boleh berpakaian menutup aurat?.Rasanya tidak ada.Jik tidak ada mengapa tidak ada penegasan daripada kerajaan supaya atlet wanita mesti menutup aurat.Islam tidak melarang umatnya bersukan asalkan mengikuti lunas-lunas agama.
Atlet sendiri seperti sengaja tidak mahu menutup aurat.Lebih seronok dan suka menayangkan bentuk tubuh untuk dinikmati mata-mata kaum lelaki.Sedangkan aurat yang dideahkan itu adalah akan menjadi bahan bakaran api neraka.Kalau benar negara kita ini sebuah negara Islam,sepatutnya kita perlu ikut secara telus dan taat apa yang dianjurkan Islam.Tidak boleh sesekali memilih mana yang suka dan mana yang tidak suka mengikut perkiraan akal kita.Ikut mana yang sesuai dengan nafsu,tinggal mana yang tidak sesuai dengan jiwa.Itu bukan Islam ajar."Masuklah kamu ke dalam Islam itu sepenuhnya."
Negara Iran terkenal pegangan ajaran Syiah, semua orang tahu Iran lebih menjurus kepada ajaran Syiah sedangkan negara Malaysia adalah sebuah negara Islam yang berpegang kepada ajaran Sunnah Wal-Jamaah namun apa yang dianjurkan sunnah tidak diikuti.Sebaliknya Iran sebuah negara Islam yang berpegang kepada Syiah boleh mentaati Islam.
Islam itu perlu dilihat dengan jelas dalam semua urusan hidup,perilaku, etika berpakaian dan amalan beragama.Islam bukannya menjadi lambang sahaja sedangkan penguatkuasaan amalan beragama tidak diambil berat.Mengaku negara Islam tidak mencukupi selagi kita tidak dilihat benar-benar mematuhi apa yang ditegaskan oleh Islam.Kita suka berdolak dalik.Bila pembangkang mempertikaikan hakikat 'keISLAMan' negara, melenting pemimpin negara.Semua cuba bangkit menepis tohmahan tersebut sedangkan terlihat secara jelas apa yang dianjurkan Islam langsung tidak diikuti.
Semoga pemimpin negara yang mengaku Islam boleh mengikut cara hidup yang dianjurkan Islam.Boleh.Bukan tidak boleh.Islam tidak menentang kemajuan,Islam tidak menentang kemewahan,Islam sesuai sepanjang zaman.Dulu kini dan selamanya.Islam adalah agama kebenaran yang diakui Allah.Tidak perlu cakap berbelit-belit.Cuma antara nak dengan tidak sahaja.
No comments:
Post a Comment