Mengikut perancangan awal, PIALA MALAYSIA yang baru dijulang oleh pasukan serba merah, THE RED WARRIORS itu akan dipersembahkan kepada KDYMM Tuanku Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V. Namun sebaliknya pula yang berlaku.Sewaktu piala kemegahan bola sepak tempatan itu dibawa pulang ke Kelantan, piala itu singgah terlebih dahulu di Galas.Dijulang dan dikucup [ mungkin ] oleh hamba rakyat.Peliknya, Galas sekarang sedang dalam kempen PRK untuk memilih ADUN yang baru.Untuk apa piala tersebut disinggahkan terlebih dahulu di Galas.Andai tidak untuk di bawa ke istana,orang paling afdal untuk memegang piala itu ialah MB Kelantan.Pasukan Kelantan menang atas nama negeri bukan atas nama parti.Apa motif pengurusan KAFA membelakangi MB Kelantan dan Tuanku Sultan sendiri dalam hal ini?.Takkan nak bagi 'hadiah' pada sultan 'sisa' orang? Sultan menerima 'bekas' orang.Nampak seperti mempersendakan sultan.
Presiden KAFA sepatutnya perlu mengasingkan politik dalam isu ini.Bolasepak itu atas nama negeri.Orang paling berhak memegang piala tersebut selepas sultan ialah MB, bukan orang lain dulu.Tokguru Nik Aziz atas kapasitinya MB Kelantan lebih berhak.Jgn lihat faktor parti.Kalau bola sepak Kelantan itu atas nama UMNO mungkin itu sesuai untuk diberi kepada pemimpin UMNO negeri yang memegangnya.Namun hari in sudah jelas lagi bersuluh KAFA sudah mencampuradukan sukan itu dengan fahaman politik.Sdgkan rakyat Kelantan majoritinya penyokong PAS.Silap hari bulan, DUN Galas kekal di tangan PAS.Dalam politik, silap sedikit je,boleh memusingkan keputusan menjadi 360 darjah. Ku Li pulak yang terima tamparan.Hanya kerana Piala Malaysia tersebut, UMNO kalah lagi di DUN Galas.Siapa tahu, kan?.
No comments:
Post a Comment