Sungguh menyedihkan.Bangunan Parlimen sudah acap kali dibaikpulih,dibaiki dengan kos berjuta ringgit.Namun,menjadi persoalan ialah mengapakah dengan kos berjuta ringgit masih lagi berlaku kebocoran di bangunan tersebut.
Bukan sedikit wang yang dikeluarkan,bukan beratus ribu tetapi mencecah jutaan ringgit.Bocor ke,melimpah ke,sepatutnya isu itu tidak sepatutnya terjadi kerana kos baikpulih adalah terlalu besar dibelanjakan.Kontraktor atau siapa juga yang terlibat dalam baikpulih bangunan tersebut perlu disiasat.
Memalukan,menyedihkan kerana keadaan sebegitu tidak sepatutnya berlaku.Sedangkan rumah yang berharga puluh ribu pun tidak terjadi kebocoran sedemikian.Namun sebuah bangunan yang menjadi tempat pemimpin negara berbincang,menggubal dasar, merancang untuk kemajuan negara masih tidak dapat mengelak dari berlaku kebocoran bila hujan lebat.Satu isu yang tidak sepatutnya terjadi.
Apa yang dibaiki?.Apa yang dibaikpulih?.Kalau berjuta ringgit wang dihabiskan sepatutnya kes itu tidak sepatutnya berulang lagi.Kerajaan perlu bertindak tegas la dalam soal ini...sudah berkali-kali bangunan bersejarah itu dibaikpulih tetapi kebocoran masih berlaku.Mesti ada yang tidak kena...
No comments:
Post a Comment