Friday, November 19, 2010

SEORANG LAGI ANAK IBRAHIM AKAN TINGGALKAN PKR...

Kalau tidak dibendung,maka akhirnya nanti seorang sahaja anak Ibrahim yang akan tinggal dalam PKR.Siapa dia?.Tidak lain dan tidak bukan iaitu ANWAR IBRAHIM.Dan mungkin selepas ini tidak ada lagi zuriat Ibrahim yang bergelar pemimpin utama PKR jika Anwar dipenjarakan semula.

Mengapa saya kata seorang lagi anak Ibrahim akan tinggalkan PKR?Anak Ibrahim ini bukan merujuk kepada Anwar tetapi merujuk kepada MB Selangor sekarang iaitu TS Khalid Ibrahim.Senario semasa seperti ada usaha terancang dari PKR sendiri untuk melingkupkan kuasa Khalid di Selangor.Serangan dan tembakan pemimpin UMNO Selangor sekadar melembikkan lagi TS Khalid sahaja.

Setakat ini tidak kedengaran pun suara Anwar apatah Azmin yang cuba membela TS Khalid.Mereka berdua itu seperti mengiyakan apa yang diserang oleh UMNO Selangor terhadap Khalid. Penasihat Ekonomi Selangor mungkin menjadi  'PUNAHSIHAT' untuk Khalid sendiri,Azmin hanya berpeluk tubuh dan tersenyum menunggu masa untuk merampas jawatan MB Selangor dari Khalid.Cuma Azmin kena ingat, belum tentu Tuanku Sultan Selangor bersetuju menerimanya menjadi MB Selangor...ada faham?

Kesian TS Khalid, jika selepas ini dia tersungkur dek kerana sikap lepas tangan dari pimpinan PKR sendiri maka beliau juga akan mengucapkan sayonara kepada PKR.TS Khalid mungkin akan meninggalkan PKR.Mungkin parti PAS menjadi pilihannya untuk meneruskan perjuangan.PAS dilihat lebih mulia menjaga air muka sahabat mereka.Anwar sendiri tidak boleh menafikan kerana sewaktu dia dalam kesusahan sewaktu dipecat dari UMNO dahulu, PAS lah yang paling awal berada di sebelahnya.Presiden PAS ketika itu Allahyarham Datuk Fadhil Noor antara insan terutama dan pertama memberi sokongan moral kepada Anwar.

TS Khalid akan merajuk dan kecewa jika Anwar dan Azmin sengaja membiarkan dirinya diserang bertubi-tubi tanpa mereka memberi pembelaan.Azmin hampir pasti akan menjadi Timbalan Presiden PKR, maka kuasanya dalam PKR lebih kuat,lebih mencengkam.Anwar pula menjadi fobia dengan Azmin.Azmin adalah manusia yang dia paling takut dalam dunia ini.Tun M bukan lawan Anwar.Lawan sebenar Anwar ialah Azmin Ali,"penyimpan rahsia mohon besar raja-raja" kepada Anwar. Sekali Azmin buka mulut,Anwar akan terus 'gantung diri'.Anwar teramat takut dengan Azmin.Maka jika Azmin ingin jawatan MB Selangor maka Anwar akan berusaha untuk tunaikan hajat Azmin tersebut.

Tidak dinafikan,Azmin sebenarnya mengidamkan jawatan MB Selangor.Jawatan itu amat diperlukan untuk memperkukuhkan kuasanya dalam PKR.Kalau Pak Lah tumbang dan hilang takhta kerana menantunya KJ, Najib pula dicemuh dan disindir kerana isterinya Rosmah maka Anwar akan hilang kuasa dan pengaruh serta pengikut kerana kerenah Azmin. Hari ini ramai pemuka PKR terawal keluar dari PKR kerana Azmin.Azmin adalah liabiliti kepada Anwar dan PKR itu sendiri.Anwar bukan tidak tahu tetapi Anwar seperti terikat tangannya.Anwar sebenarnya bergantung 'nyawa' dengan Azmin.Botol nyawa Anwar dipegang oleh Azmin.

Riak perpecahan di Selangor semakin jelas.TS Khalid seperti dibiarkan keseorangan menepis dan menjawab segala kritikan dan serangan UMNO Selangor.Azmin cuma akan menangguk di air keruh jika Khalid terpaksa melepaskan jawatannya sebagai MB di Selangor.Dan Khalid tidak akan tunggu lama,beliau juga akan pergi dari PKR kerana dia tahu dirinya menjadi mangsa dan khianat sahabatnya sendiri.Tidak guna beliau tunggu jika selepas ini dia tersingkir dari kerusi MB.Khalid ada maruah,Khalid orang terpelajar,seorang tokoh korporat.Dia tahu dan banyak maklumat yang sampai kepadanya.Mungkin dia bukan ahli politik yang licik tetapi dia adalah ahli ekonomi yang hebat.Sifir kira-kiranya tepat.Dia tahu membuat congakan.Andai terbukti Anwar dan Azmin menjadi dalang di sebalik apa yang menimpanya maka dia akan tinggalkan PKR seperti mana Zaid Ibrahim lakukan.

Tidak mustahil,seorang lagi anak Ibrahim ini akan mengekori rakan2 yang lain menjadi sekelompak insan yang bergelar bekas ahli PKR.Cuma TS Khalid ini ada nilai,ada harga ke atas batang tubuhnya.Mana-mana parti akan mencarinya kerana dia tidak banyak masalah,tidak banyak isu,dia orang jujur,dia orang yang kuat berkerja,mempunyai sikap mempercayai rakan-rakan yang tinggi,sentiasa bersangka baik dan tidak tamak kuasa.Jika TS Khalid keluar PKR,mungkin PAS adalah pilihannya untuk menghamba diri.Banyak faedah dan kebaikan untuk PAS jika TS Khalid setuju menyertai PAS.Ilmu ekonomi dan budaya korporat yang dibawa TS Khalid akan memberi impak yang cukup besar kepada PAS untuk menyaingi kuasa UMNO.

Di saat PKR juga sedang berhadapan dengan kritikan ahlinya sendiri, di saat PKR juga sedang dilambung gelombang keretakan, di saat PKR sedang diserang bertubi-tubi oleh UMNO dan konco-konconya, jika PKR tidak menjaga TS Khalid dan membiarkan TS Khalid terkapai-kapai di Selangor,jangan menyesal jika TS Khlaid tetiba meletak jawatan dan meninggalkan PKR.Terlopong la mulut Anwar,walaupun Azmin tersenyum lebar.Anwar sayangkan Khalid tetapi lebih takut dan sayang juga kepada Azmin.Telan mati emak,diluah mati bapa.TS Khalid pernah berkata jika hari ini orang suruh dia letak jawatan, maka hari ini juga dia akan berbuat demikian.Itu menunjukkan beliau seorang yang berjiwa besar.Tidak tamak jawatan.Dia pun bukan orang miskin.Dia juga bergelar jutawan.Jawatan dalam politik tidak ada apa-apa kesan untuknya melainkan dia sekadar ingin berkhidmat untuk rakyat.

Cuma jangan jadikan sebab dia letak jawatan kerana khianat rakan-rakan,jika itu yang berlaku maka TS Khalid pasti akan tinggalkan PKR.Dia akan segera membuat pengumuman untuk keluar dari PKR.Tiada siapa yang mampu memujuknya lagi.Zahirnya TS Khalid nampak lembut dan mudah dipujuk namun sekali dia buat keputusan maka keputusan itu adalah muktamad.Tiada rayu-rayu lagi.Dia memiliki sekeping hati yang degil bila dia membuat keputusan.Itu sifat orang korporat.Selagi ada masa untuk deal maka dia kan bertahan namun bila tidak lagi jalan keluar maka dia juga tahu untuk bertindak nekad.


No comments:

Post a Comment