Siapa pemilik Parlimen Batu Sapi dan Dun Galas sedangkan ditentukan oleh pengundi di tempat berkenaan.Sekarang pengundi2 masing2 menunaikan hasrat dan suarat hati mereka.Siapa calon pilihan mereka,siapa yang mereka percaya untuk diberikan amanah dan tanggungjawab membela dan membawa suara mereka ke pihak tertinggi.Hari ini parti bukan lagi faktor penentu kemenangan.Rakyat hari ini lebih melihat kepada kualiti peribadi calon.Mereka perlu memilih batang tubuh calon.Jika calon yang menawar diri itu boleh dipercayai dan kebolehpercayaan itu jelas terlihat lama sebelum ini memang boleh diletakkan harapan maka peluang untuk calon itu menag memang cerah.
Faktor parti tidak lagi menjanjikan kemenangan.Dulu2 mungkin ya.Kini rakyat sudah tidak yakin dengan parti induk calon.Mereka lebih melihat kepada prinsip perjuangan calon yang bertanding.Kalau selama ini, peribadi calon jenis manusia yang ambil berat soal2 kebajikan rakyat, banyak mendengar keluh kesah mereka, selalu berdampingan dengan mereka, mudah ditemui di mana2 tempat, tidak mempunyai dinding sekatan dengan orang ramai, tidak sombong diri,tidak berlagak, tidak dikelilingi rakan2 yang lebih sudu dari kuah maka calon tersebut berpeluang cerah untuk menang.Jika waktu kempen sahaja calon kelihatan berubah gaya dan penampilan, berubah pendekatan, berubah cara pergaulan maka itu dilihat sekadar berpura-pura.Sikap tersebut cuma untuk pancing undi semata-mata.Maka sikap ini sudah tidak laku lagi.Rakyat tidak termakan dengan tipu helah dan lokanan bodoh tersebut.
Selepas jam 8.00 malam nanti, akan ada tanda2 awal parti mana,calon mana yang akan menang.Setelah pusat mengundi telah membuat kiraan,maka jangkaan kasar kemenangan sudah dapat dijangka.Dan kemungkinan selepas semua pusat pengundian ditutup,kiraan telah dilakukan di semua pusat mengundi mungkin keputusan sudah boleh diraikan walaupun SPR belum membuat keputusan rasmi kerana jumlah yang terkumpul dan telah dikira sudah boleh dijadikan pegangan untuk menentukan kalah menang calon yang bertanding.
Buat semua pengundi di Batu Sapi dan Galas..pilihlah berdasarkan gerak hati sendiri.Rujuklah kualiti peribadi calon sebelum mereka menjadi calon.Bagaimana mereka dengan masyarakat setempat.Jika positif,maka positif mereka setelah menang nanti.Kalau sebelum ini mmang sukar didekati, hidup dalam lingkungan kroni dan rakan2nya sahaja, tidak begitu mesra rakyat, tidak begitu ambil berat soal2 kehidupan masyarakat setempat maka kalau menang pun begitulah juga mereka malahan akan lebih lagi sebab makin sibuk.Tempoh kempen dan rayu merayu undi hanya prosedur pilihanraya sahaja,kerana calon yang bertanding rakyat sudah 'kenal' lama sebelum ini lagi.Apa yang dikenal itu,maka itulah yang sebenarnya tentang diri calon.Sesal dahulu pendapatan,sesal kemudian tidak berguna.Sediakan payung sebelum hujan.
No comments:
Post a Comment