Dalam ruang sembang baik, facebook, twitter, mahupun laman sembang yang lain terdapat ramai yang seolah-olah menonjolkan kehebatan masing-masing.Daripada pemilikan harta, sehinggalah kepada hal-hal kecantikan,hal-hal rumahtangga, hal-hal hobi dan seumpamanya seperti dimegah-megahkan.Tidak kurang juga hal-hal keaiban orang lain dibongkarkan dan secara tidak langsung keaiban sendiri juga terserlah.Dalam pada kita ingin 'memutihkan' diri kononnya kita hebat secara tidak sedar kita juga mendedahkan keburukan dan kelemahan sendiri.Berbuallah seadanya.Setakat termampu untuk berkongsi ilmu atau apa-apa maklumat yang berguna.Untuk berbangga diri dengan apa yang kita miliki,elakkan lah.Biarlah kemewahan atau kekayaan yang kita ada,kita je yang tahu.Bila menimbulkan riak, tidak elok untuk kita.Orang yang melihat atau memandang mempunyai persepsi yang berbeza.Selalunya mereka akan meluat dengan sikap orang yang suka bermegah-megah atau berbangga-bangga dengan kemewahan,kekayaan,kecantikan atau kemasyhuran dan sebagainya.Bercakap dan bersembanglah secara umum, sekadar berkongsi pandangan.Itu mulia dan terbaik.
Monday, November 8, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment