Apa kaitan antara perlucutan gelaran Datuk Seri yang diterima oleh DSAI dengan Ketuanan Melayu?Apa rasional Datuk Zahrain Hashim mempersoalkan anugerah DSAI dengan isu Ketuanan Rakyat?Pelik dan menghairankan begitu ramai insan yang bernama pemimpin menjadi tidak cerdik bila PKR cuba mengetengahkan Ketuanan Rakyat bagi menggantikan Ketuanan Melayu.
Jika UMNO merasakan Ketuanan Melayu itu terbaik teruskanlah.Apa kisah?.Biarkan PKR dengan agenda Ketuanan Rakyat.PKR tidak sesekali pun mempersoalkan kuasa dan hak raja-raja.Tidak terdengar sama sekali daripada mulut pemimpin PKR.Cuma UMNO sahaja yang cuba bermain api,mencetuskan sentimen, cuba menghasut.Cuba mengaitkan raja-raja dalam isu 'ketuanan' ini.Sedangkan kekebalan,hak dan keistimewaan raja-raja Melayu langsung tidak disentuh.
PKR hanya ingin menyatakan ketuanan Melayu yang dibawa dan diperjuangkan UMNO selama ini hanya menguntung elit Melayu dan pemuka UMNO sahaja.Rakyat Melayu terbanyak masih jauh ketinggalan dan serba serbi.Untuk apa melenting dan menjadi gatal-gatal kulit dan panas hati bila PKR cuba membawa idealisme perjuangan yang lebih holitstik.Melibatkan semua kaum dalam mempertahankan kemerdekaan negara.Bersama menjadi tuan.Bersama menikmati hasil mahsyul negara ini.Salahkah?.
Kemudian tercetus pula cadangan dangkal supaya DSAI menyerahkan anugerah 'DATUK SERI' yang diterimanya kepada pihak istana berkenaan.Dalam isu ini, janggal sekali kerana PKR hanya ingin membela semua rakyat.Dalam waktu yang sama tidak sama sekali menafikan hak dan keistimewaan Melayu di bumi Malaysia ini.Menolak ketuanan Melayu bukan bermaksud menolak orang Melayu.Menolak ketuanan Melayu bermaksud menolak hasrat memperjuangkan kepentingan sekelompok elit Melayu dan Melayu majoriti lain diperkotak-katikkan.Itu maksudnya.Dalam waktu yang sama mengajak semua bangsa di negara ini sama-sama berganding bahu mengisi kemerdekaan negara.Bersatu mempertahankan ketuanan bangsa merdeka yang bergelar bangsa Malaysia.Itu pun susah ke nak faham?.
Sedih bila melihat segelintir pemimpin masih tidak cerdik.Rugi rakyat jika 'bertuankan' pemimpin akal pendek sedemikian.Sungguh memalukan.Menjadi pemimpin tetapi bila bercakap ternampak dengan jelas kebodohannya.Rakyat perlu menukar pemimpin yang tidak cerdik ini.Baik tidak ada pemimpin jika ada pun lebih jahil dari rakyat yang dipimpinnya.
Pihak pembangkang hanya mengutarakan idea yang lebih adil,lebih menyeluruh,melibatkan semua kaum tanpa mengira warna kulit, bangsa dan agama tetiba dituduh pula pihak pembangkang cuba mengikis kuasa raja-raja Melayu.Pembangkang tidak menghormati raja-raja.Pembangkang itu dan pembangkang ini.Tetiba pelbagai desakan dan hasutan dikeluarkan. Susahkah nak faham ?. Ketuanan Melayu dan ketuanan rakyat itu cuma memperlihatkan penyertaan kaum Melayu bersama kaum2 lain di dalam negara ini.Bukan mempertikaikan kuasa raja-raja.
Soal anugerah Datuk ke,Tan Sri ker, Tun ke itu soal lain.Orang bukan Melayu beribu-ribu menerima anugerah gelaran kebesaran dari raja-raja Melayu.Mengapa tidak persoalkan kaum lain yang menerima gelaran tersebut?Apakah kaum bukan Melayu yang pernah menerima pelbagai anugerah kebesaran itu tidak taat dan tidak setia kepada sultan atau raja-raja Melayu?.Jika mereka tidak setia mengapakah anugerah diberikan?.Pasti tapisan sudah dibuat dan pelbagai kriteria digunapakai.Justeru soal menyerahkan gelaran atau menarik balik gelaran bukan isu.
UMNO dan pemimpin tertentu yang gatal mulut usahlah cuba menghasut.Jangan jadi dangkal pemikiran dan otak kemetot.Lain orang cakap, lain yang diulas.Jangan pandai-pandai membuat kaitan sedangkan isu raja-raja tidak pernah dipersoalkan.Raja-raja Melayu kekal menjadi payung negara.Payung rakyat.Semua kaum bukan khas untuk Melayu kerana semua kaum termakstub dalam Perlembagaan Negara.Mana-mana pihak yang tidak setia dan taat kepada raja-raja Melayu mesti dihukum.
Pihak yang pernah cuba mengurangkan kuasa raja,pihak pernah menghina raja dengan cuba menabalkan raja lain sedangkan dalam masa yang sama raja yang bertakhta masih hidup,sah dan disanjung rakyat.Namun ada pihak yang berani-berani melantik raja lain.Mereka ini sebenarnya perlu dihukum kerana menghina raja.Pihak yang pernah menggelar sultan dengan gelaran 'menatang' [ binatang ] juga perlu dihukum.Namun bila terkena batang hidung sendiri mengapa semua menikus.Tidak ada siapa yang bersuara supaya mereka yang terlibat dihukum.Mengapa diam semuanya?.
Tetiba bila PKR cuba membawa idealisme yang lebih menyeluruh,mereka terus bersuara, bising dan macam-macam kupasan dan hasutan dibuat.Jenis manusia apa macam ni.YB Bebas juga mula naik angin.Membebel, berleter tanpa hujung pangkal.Mencari publisiti murahan.Memalukan.Masing-masing mencari keuntungan politik maklumlah PRU13 makin hampir.Masing-masing menjadi enau di belukar,cuba melepaskan pucuk masing-masing.
Orang politik bila bercakap guna kepala lutut,itulah jadinya.Otak ada tidak diguna untuk berfikir.Hujah balas hujah bukan hujah balas dengan tuduhan dan hasutan kebudak-budakan.Tidak puashati, bawa ke mahkamah.Berdebat depan hakim.Tengok siapa yang lebih jujur dan ikhlas memperjuangkan kebajikan rakyat.
Kalau Ketuanan Melayu lebih baik maka buktikan ia memang terbaik,mendatangkan kebaikan kepada semua orang Melayu bukan hanya menjurus kepada Melayu terpilih dan Melayu elit sahaja.Ketuanan Rakyat biarkan PKR dan Pakatan Rakyat buktikan bahawa apa yg cuba diperjuangkan itu memang benar-benar tulus dan menjaga kebajikan semua rakyat.Takut apa?.Biar rakyat yang tentukan.Rakyat sudah cerdik.
TPM TS Muhyiddin Yasin sudah acap kali menjelaskan, zaman "pemimpin serba tahu " sudah berlalu.Zaman sekarang rakyat sudah mahir dan tahu selok belok politik.Malahan rakyat sudah mengatasi tahap pemikiran sesetengah pemimpin yang ada.Rakyat sudah celik IT,celik internet,celik facebook dan celik pelbagai lagi.Usahlah cuba nak mempersendakan pemikiran rakyat.
Buat pemimpin kelas kedua ini, usahlah memutarbelitkan perkara pokok.Balik kepada isu asal.Jangan cuba mengapi-apikan pihak istana atau rakyat.Orang ramai lebih faham,lebih arif apa yg cuba dibawa oleh PKR.Mereka tidak menolak ketuanan Raja-raja,tidak menolak hak dan keistimewaan Melayu cuma mereka cuba mengajak semua rakyat bersama membina dan membangunkan negara ini tanpa mengira kaum.Tiada diskriminasi dalam isu-isu kesamarataan dan menikmati hasil kemajuan negara.Apa yang termaktub dalam Perlembagaan Negara itu kekal, tidak perlu diungkit-ungkit lagi.Faham ke tidak?.