Wednesday, October 13, 2010

ZUHUD : Ramai tersilap faham...

Zuhud ialah satu sikap yang tidak menyintai dunia.Hatinya tidak bersifat 'hubbuduniya'.Walaupun kaya,hati tidak melekat pada kekayaan yang ada.Berjiwa tenang,redha dan sentiasa menerima takdir Allah dengan penuh insaf dan berlapang dada.Tidak risau,bimbang atau membekas kepada jiwa.Jika hartanya musnah,dirompak atau dicuri,hangus terbakar atau hilang jiwanya seperti tidak ada apa2.Tenang menerima ujian Allah.Itu sebahagian contoh zuhud.Ada atau tiada harta padanya tidak apa apa2 kesan.Hidup diteruskan seperti tidak ada apa2 berlaku.Orang lain pulak yang bersedih, simpati,kesian dan memberi kata2 semangat sedangkan dalam hatinya masih tenang dan redha dengan takdir Allah untuknya.

Ramai orang silap faham.Zuhud itu merujuk kepada hidup dalam kemiskinan,hidup secara amat sederhana dan kalau boleh ingin makan seolah-olah seperti orang-orang yang memang tidak mempunyai sebarang harta.Kalau memiliki harta dan kemewahan maka gunakahlah kemewahan itu seadanya ke jalan Allah. Usah menolak segala kemewahan yang Allah anugerahkan.Lain lah kalau memang hidup miskin,maka hadapi kemiskinan itu dengan redha.Menerima takdir Allah.

Tidak semestinya hidup miskin itu zuhud jika di hati ada riak kononnya kita hidup zuhud.Berbangga dah gah dapat hidup seadanya dan  mengharapkan pujian orang mengatakan diri kita ni zuhud.Orang kaya ramai yang zuhud.Mereka tidak kedekut,dermawan,banyak bersedekah,tidak sombong,tidak angkuh, banyak membantu orang yang susah.Namun jika segala perbuatan baik itu mengharapkan pujian orang maka itu juga satu sikap yang salah.

Miskin kaya bukan satu cara kita ingin menggambarkan kezuhudan kita jika hati kita masih terpalit dengan rasa riak, angkuh,sombong,ujud dan seumpamanya.Zuhud itu terletak pada hati bukan pada sikap dan kelakuan kita.Pakai baju compang camping supaya dikatakan zuhud itu juga silap.Bersikap dermawan,pemurah, baik hati, tidak lokek harta tetapi dalam hati mengharapkan pujian orang maka kita bukan dikategori hidup zuhud kerana tersimpan nawaitu inginkan penghormatan orang,ingin nama,ingin gelaran atau apa2 sahaja yang boleh melambangkan kemegahan.

Zuhud itu semata-mata kerana Allah.Memiliki kekayaan melimpah ruah,selalu bersedekah dan sebagainya dengan niat untuk mencari keredhaan dan rahmat Allah maka itulah yang terbaik dan sebaik-baiknya.Kalau pun miskin, hiduplah dengan kemiskinan itu,menerima dan menempuh hidup dengan redha , itu sebaik-baiknya.Zuhud itu di hatinya semata2 kerana Allah tidak kerana sebab lain.

Ramai orang yang ingin hidup zuhud dengan berpakaian buruk, terkoyak dan compang camping,menghina diri tetapi dari penampilannya masih ada terselit rasa riak kerana boleh hidup dengan cara itu dalam masyarakat.Rasa bangga dan gah kerana terasa diri zuhud.Sikap ini sebenarnya mengundang murka Allah kerana kita tidak semata-mata untuk mencari redha Allah.Bila orang itu kaya,masyarakat pula beranggapan orang itu hidupnya lupa daratan,lupa dunia dan tidak ingat mati sedangkan si kaya itu sentiasa memperuntukkan hartanya untuk jalan yang benar,jiwanya sentiasa bersama Allah, sentiasa beramal ibadah semata-mata kerana Allah,tidak sombong, sentiasa bergaul dengan orang ramai.Mereka sebegini sebenarnya memiliki sifat zuhud.


No comments:

Post a Comment