Thursday, October 21, 2010

BELI BANGUNAN UMNO

PAS tidak perlu merasa angkuh atau sombong atas pembelian banguan yg asalnya milik UMNO Bahagian Kota Bharu.Apalah salahnya jika urusan pembelian itu dikira sebagai pembelian biasa sepertimana membeli bangunan lain?.Mengapa ingin dibangga dan dicanang bahawa pembelian itu menjadi satu kepuasan kerana dapat memalukan UMNO?.Dangkal ilmu dan tamadun jika itu yg ingin dijadikan satu kemegahan.Sedangkan Islam tidak mengajar umatnya bersikap demikian.

Sebagai sebuah parti siasah yg mengaku memperjuangkan nilai agama yg luhur,mengaku ingin meletakkan Islam pada tempatnya tidak molek dan amat buruk jika Dewan Pemuda Pas Kelantan [ DPPK ] merasa cukup puas dan megah kerana kejayaan membeli bangunan tersebut dari Datuk Zaid Ibrahim sebagai satu kejayaan memalukan parti lawan.Mengapa ingin mencari keuntungan politik secara jahil begitu?.Soal membeli bangunan yg asalnya milik UMNO itu biarlah jadi sejarah,tidak perlu dikaitkan utk diterjemahkan sebagai maruah UMNO di Kota Bharu tergadai.Nampak sangat DPPK dan PAS Kelantan tidak cerdik.Dangkal ilmu politik,dangkal agama,mana diplomasi dan unsur dakwah jika begitu hakikat di sebalik pembelian itu?.

Kalau ingin membeli,belilah secara merendah diri.Macam kita membeli kereta mewahlah,selepas kereta itu dibeli kita tayang semegah mungkin, becerita keseronokan menaiki kereta mewah dengan angkuh dan sombong,menempelak org yg pandu kereta biasa2 itu kelas miskin, sakit pinggang dan sakit betis kerana pandu kereta yang tidak setaraf dengan keretanya.Itu dinamakan riak?Apa itu riak?Apa hukum orang yg riak?.Bukankah riak itu antara syirik kecil?...

Buat saf pimpinan DPPK,janganlah jadikan kejayaan membeli 'harta UMNO' itu sebagai satu benda utk digahkan sehingga khalayak melihat PAS pun lebih kurang juga 'sekularnya' dengan parti2 lain.Tidak membawa roh Islam,tidak benar2 menjiwai Islam,cakap je ingin perjuangkan Islam tetapi pembawakannya masih hubuduniyya,masih mementingkan kemewahan dan kekayaan.Tidak begitu difahami andaikata kejayaan membeli bangunan itu dengan niat ingin memalukan UMNO.Jika benar begitu,maka PAS juga satu parti yg masih gagal mentarbiah jiwa pemimpinnya utk benar2 faham dan lumat dalam ilmu agama berkaitan konsep tabligh, konsep fatanah dan hakikat berbaik sangka dengan pihak bertentangan. Jangan membina kebencian,jgn anggap kita sebagai pemimpin itu lebih reti dan lebih .makan dalam soal2 hukum dan soal2 agama,ramai pengikut di luar sana lebih arif,lebih makrifat,lebih alim.Cuma mereka zuhud dan tidak riak.


No comments:

Post a Comment