Friday, October 8, 2010

SYAWAL pergi jua..


Hari ini genaplah 29 Syawal.Ramadhan pun dah sebulan berlalu.Kini giliran syawal meninggalkan kita.Baru sekejap rasanya kita berkumpul saban malam di masjid2 utk mencari redha dan rahmat-Nya ramadhan.Tanpa kira sedari,Syawal pula tetiba menghilang sama. Seronok kita menziarah,seronok kita menghadiri rumah terbuka.Seronok kita menjamu selera.Buat mereka yang prihatin dengan yang kurang bernasib baik,teruskan ibadah mulia.

Ketupat rendang,kuih muih yang enak terhidang makin menyusut seiring dengan berlabuhnya tirai Syawal ini.Walaupun mungkin masih ada rumah2 terbuka,yang pasti kemeriahnnya tidak sehebat Syawal bermula. Bermaafanlah sesama kita,lupakan kelemahan satukan kekuatan.Kuat pada seia,gagah pada sekata.Bersatu kita teguh bercerai kita roboh. Kekuatan kita terletak pada kesatuan sesama kita.

Beberapa hari lagi,umat Islam akan berpusu2 pula ke Masjidil Haram,menunaikan rukun ke-5. Begitulah kita sebagai hambanya,mengucap 2 khalimah syahadah, solat 5 waktu, berpuasa, berzakat kemudian menunaikan haji.Sempurna dan lengkap Allah aturkan untuk kita, bersujud dan bersyukur pada-Nya. Panggilan haji memang wajib terhadap mereka yang berkemampuan namun barang diingat, 'tetamu-tetamu-Nya' adalah mereka yang merupakan insan2 terpilih.Biar sejutawan mana pun kita,jika hati kita masih tersumbat dosa,gelap gelita dengan nista, pintu hati kita tertutup jua dari 'rumah-Nya.Biarlah jiran2 terdekat adakan majlis doa selamat untuk ke Mekah,kita dijemput untuk bersama,hanya setakat itu sahaja.Tidak berbekas di jiwa.Pergi dan pulangnya mereka dari bumi suci dan penuh berkah kita hanya memandang sepi.Tidak terkesan pun pada kita.

Rasa keinsafan tidak terpancar di jiwa.Makin jauh dan terus jauh kerana hidup kita berbudayakan nafsu semata-mata.Duit banyak,harta bertimbun jika tidak 'dijemput' oleh-Nya kita tidak tergerak hati untuk  ke sana.Jika kita ada dalam senarai-Nya,tetiba sahaja kita bergegas 'mencari-Nya'.

Seronok mendengar para tetamu-Nya yang pernah ke sana.Mereka bercakap kalau boleh, ingin setiap tahun ke sana 'menghambakan' diri pada-Nya.Namun ada mereka yang merasa takut dan bimbang bila sebut ke Mekah,dada terus kencang, berdebar-debar bukan kepalang, ingatkan dosa gelap menghitam.Sampai bila kita ingin begitu?Sampai bila kita  ikut nafsu kerana lambat laun kita akan pulang menemui-Nya di 'sana'.

Bulan 'Haji' bakal menjelma, talbih,tahmid bakal bergema.Takbir raya akan menyusul pula,Eidul-Adha memanggil kita.Pengorbanan Nabi Ismail menjadi tema.Keyakinan dan kehambaannya kekal sebati.Percaya itu adalah arahan  Allah Yang Maha Sempurna.Kita jejaki langkahnya.Berkorban sekadar upaya jauh sekali untuk bermegah gaya.

Panggilan haji selunak irama,air mata mengalir penuh keinsafan.Terkejut dapat mengunjungi 'rumah-Nya' walaupun memikul segunung dosa,mengharapkan keampunan-Nya. Dia Maha Pengampun dan Maha Penyayang.Bertaubatlah selagi ada masa.Mati itu datang tetiba.Kita ini hamba,bukan siapa2.

Selamat tinggal Ramadhan,selamat jalan Syawal, semoga kita bersama lagi.Marhaban, ya marhaban  Zulhijjah,bulan haji.Makan daginglah lagi, tekanan darah makin meninggi.Hati2.

No comments:

Post a Comment