Thursday, October 21, 2010

HAK MELAYU...

______________________________________________
Sekadar renungan  buat mereka yg bernama MELAYU

Jika kita hebat, Melayu itu bangsa berdaya saing,Melayu itu gah di persada, bijaksana, amuknya amat menakutkan.Melayu itu sindirnya halus, marahnya berlapik maka mengapa kita begitu takut apabila ada bangsa senegara cuba mempertikaikan hak Melayu. Mengapa kita perlu risau?Sedangkan hak itu telah termaktub dalam Perlembagaan Negara.Biarkan mereka melalak melolong, abaikan sahaja,kita sebagai bangsa Melayu tidak perlu risau.Hak terjamin,kuasa pemutus di tangan raja-raja Melayu.Tidur lena lah kita sepatutnya.

Bangsa lain di negara lain tidak pula ada hak istimewa seperti bangsa Melayu namun mereka kekal bersaing.Sama rasa,sama hak,sama rata.Berkongsi berdasarkan meritokrasi.Siapa miliki daya juang,maka merekalah yg berjaya.Namun negara kita masih terkongkong dgn hak istimewa bangsa sehingga membantutkan bangsa Melayu utk berjuang secara terbuka,tidak punya keyakinan,tidak punya yakin diri dengan kemampuan sendiri.Masih perlu 'tongkat dan payung' untuk hidup

Kalau benar Melayu itu bangsa yg hebat,bangsa yg tahan diuji, bangsa yg berani menempuh cabaran mengapa begitu takut dan risau apabila ada bangsa lain mempertikaikan hak dan keistimewaan  Melayu?Mengapa tidak kita berdepan secara jantan,bersaing di negara sendiri ini secara terbuka di pentas terbuka, bertanding secara profesional seperti bangsa lain.Itu menunjukkan Melayu itu takut dengan bayang2 sendiri malah  kerana sifat takut itulah maka Melayu begitu gerun dan geram jika pihak lain mempertikai hak dan keistimewaan Melayu yg terkandung dalam Perlembagaan Negara.

Jika benar Melayu itu hebat, bagus, berdaya saing mengapa begitu dayus dan bimbang tahap tsunami setelah cuba diusik oleh kaum lain?Mengapa kita bergelar Melayu itu tidak berani mencabar mereka utk ke pentas terbuka,mengapa masih bergantung harap dgn apa yg terkandung dalam Perlembagaan Negara?.. Lantang dan panas hati bangsa Melayu bila ada orang lain cuba menjolok hak dan segala keistimewaan yang selama ini menjadi milik bangsa Melayu sejak puluhan tahun dahulu.

Mengapa bangsa yg bernama Melayu jadi takut sangat dengan kemungkinan hak dan istimewa itu dirampas atau hilang?Org yg hebat, berani menempuh cabaran, berani menempuh derita,berani gagal,berani makan ubi kayu, berani tidur berbantal lengan begitu kecut perut bila cuba digugat oleh bangsa lain.Maknanya Melayu itu gah pada nama sahaja,sdgkan hakikatnya Melayu itu penakut, Melayu itu takut untuk nenempuh derita,takut bersaing secara terbuka,takut nak hadapi kesusahan sdgkan bangsa yg unggul adalah sebuah bangsa yg sanggup merempat, sanggup berdagang di rantau orang, sanggup dihina dan dikeji dalam derap langkahnya utk hidup gemilang.Maknanya Melayu itu hanya berpura2 berani, berpura2 hebat, berpura2 berdaya saing sbb itulah takut dan amat bimbang jika hak dan keistimewaannya itu hilang.

Buat malu Melayu sahaja jika demikian,dan kerana itulah bangsa lain berani bermain api dgn Melayu sebab mereka tahu dan arif Melayu itu bangsa penakut,bangsa suka membodek, bangsa yg suka subsidi, bangsa pemalas, bangsa yg ingin cepat kaya tapi malas usaha,bangsa yg suka berhibur, meniru2 budaya asing sehingga jadi seperti  budaya sendiri, bangsa yg kuat rasuahnya, kuat  menagih, sehingga serenti itu seperti hak Melayu.Buang anak, gugur anak semua itu dikaitkan dengan bangsa Melayu.Sebab itulah Melayu itu tidak dipandang pun oleh bangsa lain malahan PATI pun memandang lekeh dengan Melayu..Betulkah Melayu itu hebat?..

Anda jawab sendiri jika benar anda Melayu...

No comments:

Post a Comment