Wednesday, October 13, 2010

TINGGAL KENANGAN...

Milik kita akhirnya dimilik orang__________________


 Bangunan Stesen KTMB di Tanjung Pagar,Singapore

Bakal menjadi milik Singapore

Satu persatu milik kita bertukar tangan.Sejak merdeka sehingga ke hari ini negara kita sering terlibat dalam pertikaian  dengan negara Singapura.Selepas Pulau Batu Putih kita berputih mata kini Stesen KTMB di Tanjung Pagar, Singapura akan berpindah milik kepada negara 'singa' mulai Julai 2011 nanti.Alangkah ruginya kita,bangunan bersejarah itu sudah menjadi milik orang.

Walaupun kita mendapat gantian yang mungkin setimpal namun yang hilang tidak sama dengan yang diganti.Patah tumbuh,hilang berganti takkan sama dengan yang pergi. Walau apa pun jika itu jalan penyelesaian terbaik,maka semua pihak harus terima dengan nada terbuka.Semoga kita berada dalam 'win-win situation',sama-sama menang.


No comments:

Post a Comment