Satu persoalan yang menimbulkan tanda tanya..
______________________________________________________
Antara Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Mustapha kenapa Ku Li yang dipilih? Selama ini Pengarah P'raya diketuai oleh TPM,alih2 kali ini untuk PRK Dun Galas,Ketua UMNO Bahagian yang dilantik sebagai pengarahnya. Secara sinisnya, Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan seperti terpinggir dan tidak dianggap layak.Walaupun masih dilantik sebagai Timbalan tetapi itu seperti sekadar menjaga air muka sahaja.
Kalau Ku Li itu seorang yang berpengaruh dan paling layak mengapa Ku Li dipinggirkan dari arus perdana?.Mengapa tidak dilantik Ku Li menjadi Ketua Perhubungan UMNO Kelantan.?Mengapa Ku Li berketuakan orang yang lebih 'muda pengalaman', lebih 'muda ilmu politik' darinya?.Itulah mainan politik,jika seseorang itu ada ruang untuk menongkah arus maka seboleh mungkin dia akan dipinggirkan.Ditutup rapat ruang untuk naik ke peringkat yang lebih tinggi.
Andai kata PRK Galas, UMNO masih tewas,apa formula akan digunakan UMNO untuk menghadapi PRU13 di Kelantan nanti?Apa pula komen2 pemimpin UMNO terhadap Ku Li,apakah Ku Li akan menjadi bahan belasahan pihak tertentu.Masa inginkan khidmatnya macam2 pujian,alasan logik,kekuatan dan kelebihan yang ada pada Ku Li, kalau ada panau penuh badan pun akan dikata bunga2 yang menghiasi kulit.Namun jika UMNO kalah, pasti Ku Li akan dicerca dengan macam2 kata nista,kutuk dan keji.Ku Li akan dipersalahkan.
Sebenarnya UMNO berada dalam keadaan 'defensive' kerana isu yang kelabu banyak menyelubungi UMNO. Isu rumah menteri kanan yang bernilai jutaan ringgit, isu berpuak2 dalam UMNO Gua Musang, isu royalti, isu projek tertangguh di Manek Urai yang dijanjikan untuk rakyat dalam PRK Manek Urai,isu moral pemimpin UMNO yang sedang dikumpul oleh parti pembangkang.
Dalam keadaan bertahan ini membuka ruang kepada pihak pembangkang untuk membuat serangan. Serangan ini pula berdasarkan hujah dan bukti akan membuatkan rakyat Galas lebih mempercayai kata2 pembangkang. Setakat ini UMNO, masih tidak mempunyai isu yang kukuh untuk dijadikan modal kempen.Kalau setakat isu ladang rakyat, rasanya UMNO akan terperangkap dengan isu tersebut.PAS dan sekutunya ada banyak jawapan untuk isu yang melingkari hidup rakyat Galas.Rahsia pemerintahan UMNO di negeri lain ada dalam tangan pembangkang.
Dalam kehangatan PRK Dun Galas diperkatakan sana sini, satu persoalan menjadi tanda tanya,kemana menghilang Pengerusi SPR,Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusoff.Semua urusan sudah diserahkan kepada Timbalannya.Seakan ada sesuatu mengapa Pengerusi SPR itu senyap dan tidak menonjol diri.Ulasan darinya belum kedengaran.Adakah dia sedang bercuti atau dicutikan?.
PRK Galas adalah satu kayu ukur untuk UMNO, PM, TPM, Ku Li dan Tok Empat UMNO Kelantan, serta masa depan UMNO Kelantan khususnya,UMNO Malaysia amnya.Sebarang keputusan yang tidak memihak kepada UMNO dalam PRK itu akan memberi kesan yang amat mendalam kepada 'survival' UMNO khususnya untuk menghadapi PRU13 nanti.
No comments:
Post a Comment