Gelak jangan kuat sangat kerana PRU13 makin hampir..
belum tentu boleh ketawa lagi seperti ini.
UMNO perlu berwaspada dari sekarang.Jika leka dan lalai mungkin kuasa yg ada di tangan ketika ini akan terlerai. Masa makin suntuk.Masa makin mendesak.Masa makin hampir utk menguji keutuhan kuasa UMNO. Jgn terlalu gelak besar.Kata pepatah di sebalik gelak ketawa itu akan diekori tangisan yang pedih dan begitulah sebaliknya.Gelaklah seadanya.
Cuba perhati di luar sana,apakah UMNO masih mendapat tempat di hati rakyat?.Apakah generasi muda majoritinya memilih UMNO untuk mendaftar sebagai ahli atau mereka lebih hampir dengan pembangkang.Kaji terperinci perlu dibuat secara tulus,bukan sekadar dengan cakap,bukan sekadar percaya dengan apa yang dilaporkan oleh pencacai politik atau mereka yang sekadar cari makan tapi bermuka-muka.
Maklumat yang diterima perlu tepat,benar dan menggambarkan keadaan sebenar di peringkat bawahan sana.PRK Dun Galas dan PRK Parlimen Batu Sapi menjadi kayu ukur sejauhmana hayat UMNO boleh bertahan.Jika majoriti undi rendah apatah lagi kalau UMNO-BN kalah di kedua-dua kerusi itu,maka itu petanda UMNO dan sekutunya sedang menghampiri khotimah hidupnya sebagai kerajaan memerintah di negara ini.
Jangan menang sorak, kampung tergadai,jangan bergelak sedangkan ombak penolakan rakyat makin membadai. Nanti bukan ketawa yang berderai tetapi airmata yang berjurai-jurai.Sudah lama UMNO lalai,sudah lama UMNO membantai,hak rakyat banyak tergadai. Semua ditelan mereka yang 'otai'. Hanya sisa yang tertinggal.Habis manis,sepah bersepai.Rakyat terkebil2, terkapai.Harapkan pagar, habis padi mereka di telan pagar.Rencong di dalam ,pepat di luar.Amanah rakyat semuanya digadai.
No comments:
Post a Comment