Saturday, October 30, 2010

PIALA MALAYSIA : KALI INI MILIK SIAPA?

BERAKHIRNYA SEBUAH PENANTIAN...
wisel penamat memberi jawapan muktamad

Sebentar sahaja lagi,wisel permulaan perlawanan akhir Piala Malaysia Edisi ke-43 akan bermula.Perang antara pasukan Kelantan dengan Negeri Sembilan juga bermula. Siapa akan muncul juara,hanya selepas wisel penamat nanti menjadi kata pemutus.Sewaktu masa masih ada,apa-apa boleh berlaku.Masing-masing meramal pasukan tertentu menjadi juara.Perkara paling pasti hanya Kelantan atau Negeri Sembilan sahaja yang berpeluang muncul juara...kerana hanya pasukan tersebut yang bertemu di final.Tidak pasukan lain,itu pasti.

Secara kasar, kemungkinan Kelantan lebih berpeluang menjadi juara.Faktor utama, sokongan peminat, misi balas dendam, ingin 'menghadiahkan' kemenangan kepada Tuanku Sultan Kelantan yang baru.Di samping sokongan  moral penyokong sejak awal memainkan peranan utama untuk menyuntik semangat Kelantan pada kali ini.Pengalaman lalu terutama sewaktu kesilapan dalam final 2009 banyak mengajar Kelantan untuk lebih mantap dan berani menyerap tekanan suasana perlawanan akhir.

Namun Negeri Sembilan juga bukan pasukan calang-calang.Mereka juara bertahan,juara Piala FA tahun ini.Kesemunya ini membawa erti cukup besar kepada mereka.Negeri Sembilan sebuah pasukan berpengalaman dan bijak mengatur strategi.Cuma asakan awal-awal permainan oleh pasukan Kelantan perlu dikengkang oleh barisan pertahanaan Negeri Sembilan jika tidak,Negeri Sembilan boleh kalah dengan jaringan besar seperti mana yang menimpa pasukan pilihan Selangor sewaktu pusingan suku akhir yang lalu.

Apa pun,masing-masing ingin menang.Masing-masing ingin menunjukkan prestasi terbaik mereka.Masing-masing ingin memperlihatkan wibawa mereka kepada jurulatih kebangsaan.Ketika inilah pemain cuba memikat pandangan jurulatih K.Rajagopal.

Stadium Bkt Jalil makin riuh rendah dengan sorak sorai penonton kedua-dua pasukan.Sesak dengan baju merah dan baju kuning.Lautan penyokong memenuhi setiap penjuru stadium.Begitu hangat dan memberangsangkan.Perlawanan akhir ini begitu dirasakan peminat bola sepak negara kerana ia menjadi perlawan penutup tirai bola sepak negara untuk tahun ini.



Melihat gambar di atas, PIALA MALAYSIA seperti sudah berpindah ke Kelantan

Wira Merah ' The Red Warriors'

Kemungkinan formasi yang bakal digunakan dalam final malam ini

Barisan Negeri Sembilan
Selepas 90 minit nanti,juara akan ditabalkan secara terhormat.Bersorak sorailah penyokong mereka.Jika Kelantan berjaya menebus kegagalan lalu maka ia cukup bererti kerana dendam mereka berjaya dilunaskan.Penantian selama puluhan tahun peminat Kelantan untuk melihat pasukan kesayangan mereka muncul juara terubat.Namun jika Negeri Sembilan masih kekal juara maka itu juga takdir.Sudah tertakdir dalam ilmu-Nya. Semua peminat samada kalah atau menang terima lah keputusan akhir nanti dengan redha dan berlapang dada.Harapan dan cita-cita menjadi penyebab untuk terus berusaha namun ketentuan-Nya masih milik-Nya jua.

SELAMAT BERJUANG UNTUK KELANTAN DAN NEGERI SEMBILAN...


Anafakir, 7.30 mlm
Kuala Lumpur.

No comments:

Post a Comment