Monday, October 11, 2010

KEMALANGAN ATAU KECELAKAAN?..

Keadaan kenderaan yang terlibat kemalangan

Berita terkini sehingga jam 6.00 petang tadi,jumlah kematian meningkat kepada 15 orang kerana 3 lagi mangsa yang tercedera juga telah meninggal.Entah apa nasib mereka yang  masih tercedera. Mudah-mudahan Allah memberi mereka kekuatan dan kesabaran dan cepat sembuh.  Bila sudah sampai ajal.Bila janji kita dengan Allah sudah tiba maka kita akan kembali dengan pelbagai cara.Kematian itu satu kepastian.Cuma setiap yang terjadi adalah hasil tangan2 manusia itu sendiri. Tidak akan berubah nasib sesuatu kaum itu melainkan kaum itu sendiri yang menentukannya.

Mayat mangsa yang terkorban nahas

Mayat disusun.Siapakah antara mereka mendapat rahmat dan kasih sayang Allah?.Terserahlah kepada takdir dan kehendak-Nya.Buat baik dibalas baik,buat jahat dibalas jahat. Jangan jadikan lebuh raya tempat temasya perkuburan . Berhati2lah memandu. Jangan fikirkan diri kita kerana di lebuh raya masih ramai pengguna lain yang ingin melaluinya dengan aman dan selamat.Kesilapan kita mungkin membawa petaka kepada orang lain.


No comments:

Post a Comment