Saturday, October 23, 2010

HAMBA DUIT

Sekadar hiasan.

Terlalu ramai manusia hari ini mengejar duit . Manusia hari in sanggup menjadi hamba kepada sesiapa sahaja asalkan dapat duit.Dapat fulus.Manusia berjiwa karat tidak kisah, betul atau salah cara mereka dapatkan duit tersebut asalkan mereka mampu untuk bermewah-mewah dengannya.Manusia sanggup membunuh,menjadi pembunuh, pembunuh upahan dan sebagainya asalkan lumayan duit yg akan mereka dapat. Jika nafsu tidak dikawal,jika kekuatan iman tidak kental, jika jiwa dan emosi tidak berlandaskan agama yg padu pasti ramai manusia  sanggup lakukan apa sahaja untuk dapatkan duit.

Sanggup menjadi hamba semata-mata kerana duit.Manusia tidak pedulikan wang itu siapa punya, wang itu halal atau haram, hak anak yatimkah, hak ibu tunggalkah,mereka tidak peduli.Mereka persetankan itu semua.Mereka sanggup merasuah untuk mendapat wang yg lebih banyak.Rasuah wang untuk mendapat wang.Sanggup menipu, sanggup jadi putar alam,sanggup jadi pisau cukur,sanggup jadi pelacur atau apa sahaja asalkan mendatangkan duit atau wang dalam hidup mereka.

Siapa malam berkerja,siang malam mengejar target,siang malam bersekang mata untuk memikirkan plan atau idea terbaik untuk mendapatkan wang.Benar2 menjadi hamba wang.Menjadi hamba kepada duit yg akhirnya membuatkan mereka lalai, buta kepada rahmat Allah,lupa kepada agama kerana sudah kaya raya,sudah mewah.Kalau sebelumnya miskin,papa dan meminta-minta setelah menjadi kaya mereka lupa diri,lupa daratan,mula jadi angkuh dan sombong.Berjudi, maksiat menjadi rutin.Waktu miskin, masjid atau suraulah tempat mereka mengadu,mengharap.Setelah kaya raya,sibuk,tiada masa utk ke masjid.Masa penuh dengan meeting sana,meeting sini, golf sana,golf sini.Date sana,date sini, jumpa orang itu, jumpa orang ini.Langkah makin jauh...jauh dari agama,jauh dari rumah Allah,jauh dari masjid.

Langkah makin jauh,makin kencang bergerak.Dulu,masa miskin tidak dapat kemana-mana.Sekarang bila sudah berduit,melancong ke luar negara seperti pi pasar malam atau pasar tani boleh dikatakan setiap minggu mereka ke luar negara.Untuk ke Mekah?Nanti dulu,belum sampai seru,belum bersedia,masih banyak dosa.Tahu pulak banyak dosa,tahu pulak belum bersedia tetapi tiada apa yang dilakukan untuk membuatkan diri bersedia,menebus dosa atau bertaubat.Makin kuat berjudi, makin kuat kunjung kelab2 malam ada la.

Begitulah bahananya duit.Menjadikan manusia buta hati,buta jiwa.Bermewah2.Berbangga dengan harta yang dimiliki,kereta besar,kereta mewah, rumah banglo berjuta nilainya.Sdgkan diri kita di sisi Allah sudah tidak bernilai apa2 lagi.Melihat orang ulang alik ke masjid sudah jadi fobia,sudah jadi Islamofobia,mengalahkan Barat.Jijik dan begitu takut jika ada sesiapa yang bercakap soal agama,bercakap soal hidup dan mati.Bercakap soal syurga dan neraka.Macam2 sindiran kita lontarkan.Kita sudah lupa diri,lupa daratan. Makin jauh dari agama.

Sedangkan apa yg kita miliki akan dipersoalkan satu persatu.Darimana sumber kita dapat harta itu?,kemana kita belanjakannya?.Halalkah sumber kita memiliki wang tersebut,cara kita dapat itu betul atau tidak.Dan setiap sen harta atau wang yang kita miliki tidak akan terlepas walau sebesar zarah dari pengadilan Allah.Usahlah kita berbangga-bangga,angkuh atau sombong. Allah boleh kayakan kita,Allah juga boleh papakan kita dalam sekelip mata saja. Bila sudah 'kenal Rabu atau Khamis' baru kita nak insaf maka sudah terlambat untuk undur semula.Maruah sudah tercemar,nama sudah kotor, imej sudah tercalar,mungkin rakan2 juga sudah menjauhkan diri.Menangis sendirian kerana teman ketawa semuanya lenyap

Orang yang mengambil dunia hanya sekadar menjalani hidup di dunia begitu sedikit.Kebanyakannya akan mengejar dan mengumpul harta siang dan malam.Sudah kaya ingin bertambah kaya,sudah berkuasa ingin menambah kuasa malah akan buat apa sahaja untuk terus berkuasa,ini semuanya berpunca dari duit atau wang.Kuasa itu wang,kaya itu diukur dengan wang.Lupa rakan, lupa saudara, lupa tanggungjawab bila kaya.Mencari rakan atau kawan setaraf,ibu bapa pun ada yg dihantar ke rumah orang-orang tua sebab merasa jijik atau malu dengan ibu bapa yang dianggap kampungan, kuno,tidak setaraf dengan ibu bapa rakan yang lebih maju dan moden.Sanggup berbohong kepada rakan2 niaga, orang tua sudah tiada.Begitu hina dan derhakanya anak2 yg sudah lupa diri.

Hanya kerna duit manusia bertukar watak,berubah sifat, berlainan gaya.Hanya kerna duit manusia bisa melakukan semua yang mustahil,manusia sanggup mengambil hak orang, sanggup bergadai nyawa, sanggup menipu,mencuri asalkan mereka berjaya mendapat duit.Bila nafsu kebinatangan mula merasuk,bila jiwa setan sudah sebati maka manusia yang disifatkan sebaik2 kejadian sudah bertukar menjadi seburuk-buruk sifat dan perangai.Mereka hilang pertimbangan,hilang akal,hilang waras,hilang pegangan agama semata-mata kerana sudah menjadi 'HAMBA DUIT'..Dalam fikiran mereka hanya duit,duit dan duit.Duit adalah matlamat mereka.


2 comments:

  1. Hal ini terjadi kerana kurangnya Ilmu Agama yang mantap atau ada belajar agama tetapi gelap mata kerana duit...macam Tuhan tidak ada memerhatikan setiap perbuatan, lintasan difikiran. Cari alasan untuk menghalalkan perbuatan.....hal ini amat menakutkan!!! Adakah seruan Ilahi akan datang dan melekat di hati sanubari ahli maksiat ini.......Hanya Allah yang tahu

    ReplyDelete
  2. Semoga semua manusia yang matanya dikaburi duit mendapat keinsafan dan taubat di dunia sebelum mereka meninggal....Semoga Allah mengurniakan taufiq dan hidayah kepada mereka...Aamiin...Ya Mujib

    ReplyDelete