Wednesday, October 27, 2010

BILA MERAPI 'BERSUARA'

 Gunung Merapi kelihatan puncaknya mengelembung dan seperti sedia meluahkan
 laharnya semula.Kali terakhir gunung Merapi ini meletup ialah pada tahun 2006.

Beberapa hari yang lalu saya terbaca kisah seorang wartawan yang kecewa,mengeluh dan kesal dengan sikap seorang hamba Allah yg pada pandangan wartawan tersebut begitu istimewa, banyak misteri dan banyak kisah pelik serta dikira 'keramat' sehingga digelar 'pemegang kunci' Gunung Merapi.Usianya sudah tua. Hasrat wartawan itu hanya satu iaitu ingin menemuinya dan mendapat sedikit 'cerita' secara langsung dari mulutnya sendiri. Namun kehadirannya ke rumah orang tua itu ditolak.Tidak ingin menerima kehadirannya malahan langsung tidak keluar bertemu wartawan berkenaan walaupun sudah berada di hadapan rumahnya.Penolakan itu pun melalui anak saudaranya. Wartawan itu begitu kecewa dengan sikap Mbah tersebut yang seolah-olah tidak menghormati tetamu. Dalam Islam, kita dituntut menghormati tetamu.

Hari ini, terkeluar berita mengatakan Mbah ajaib itu sudah mati.Dia menjadi mangsa korban letupan Gunung Merapi.Berpuluh-puluh nyawa turut terkorban.Mungkin Mbah tersebut di akhir hayatnya.Selalunya orang yang nak mati ni selalu berperangai pelik. Mbah tersebut dikenali dengan nama Mbah Marijan atau nama sebenarnya Mas Penewu Suraksohargo, berusia 83 tahun, berasal dari Dukuh Kinahrejo, Desa Umbulharjo,Cangkringan, Sleman. Memegang amanah 'pemegang kunci' Gunung Merapi daripada Sri Sultan Hamengkubuwono IX. Mbah Marijan dikatakan boleh meramal saat Gunung Merapi akan meletup. Saat kematian sendiri tiada siapa yang tahu. Buat wartawan Mingguan Malaysia, En. BORHAN B. ABU SAMAH, mungkin kedatangan tuan ke rumahnya di saat dia sudah 'nampak' akhirnya hayatnya hampir tiba,maka waktu2 begitu bagi mereka yang 'mengenal diri' selalunya tidak mahu lagi berjumpa sesiapa mungkin dia sedang 'menguruskan kepulangannya' ke alam baqa, menemui Penciptanya.Maafkan Mbah Marijan.Al-Fatihah untuknya
 
 
 

No comments:

Post a Comment