Wajah Mbah Marijan |
Pemegang Kunci Gunung Merapi yang lebih dikenali dengan nama MBAH MARIJAN telah kembali ke rahmatullah kerana terkorban dalam letupan gunung berapi Merapi di Yogyakarta kelmarin.Diceritakan mayatnya dalam keadaan bersujud.Mungkin kalau benar,itu mayatnya [ lihat gambar di bawah ] maka Mbah Marijan mungkin sedang menunaikan solat.Sudah tertakdir begitu.Selama ini beliau selalu menyampaikan 'berita' utk berpindah kepada penduduk di kaki gunung tersebut jika tiba saat ia akan meletup namun kali ini,mungkin sudah ajalnya begitu,maka jika dia tahu sekalipun, dia sudah ditakdir utk meninggal di situ.Dalam keadaan bersujud begitu.Semoga ada kemuliaan baginya.
Dikatakan mayat Mbah Marijan,mati dalam keadaan bersujud |
Cara kita dijemput mengadap-Nya terpulanglah pada kehendak-Nya.Kalau dalam keadaan terbakar maka begitulah hakikatnya.Kalau keadaan lemas maka begitulah keadaannya.Dalam kalau dalam keadaan sujud maka Mbah menerima takdirnya sedemikian.Hanya Allah Mengetahui kesudahannya.Kita hanya mampu berdoa dan bertawakal.
Keadaan sisa tinggalan rumah Mbah Marijan selepas dilanda lahar Gunung Merapi |
Gunung Merapi sedang mula mengeluarkan asap dan laharnya |
Kelihatan Gunung Merapi sedang berasap,mungkin sedang meluahkan lahar panasnya.Setakat ini telah meragut nyawa 30 orang penduduk.Salah seorang termasuklah Pemegang Kunci gunung tersebut,Mbah Marijan atau nama sebenarnya Mas Penewu.Berusia 83 tahun.Sudah tertakdir ke atasnya begitu.Kesudahan hidupnya demikian,semoga akhir hidupnya adalah HUSNUL KHOTIMAH.Bersujud itu mungkin antara tanda-tandanya.Semoga Allah memberkati semua mangsa yang terkorban jika mereka itu beragama Islam
Amin.
No comments:
Post a Comment