Saturday, October 30, 2010

PRK GALAS : UMNO-BN, hati-hati menabur janji

Setiap kali ada PRK peringkat DUN atau Parlimen, pasti akan ada projek baru,pembangunan ekspress untuk rakyat.Pembongkaran pelbagai isu,saling tuduh menuduh dan seumpamanya ada terjadi. PRK Dun Galas,UMNO-BN pada mulanya seperti tidak akan menabur janji sebagaimanan PRK-PRK yang terdahulu.Pemimpin tertinggi UMNO melaungkan hasrat mereka untuk tidak menjanjikan sebarang pembangunan segera atau projek mee segera di Dun Galas.Namun segala cakap2 itu hanya sandiwara semata-mata.Sejak akhir2 ini, Kerajaan BN sudah mula menabur 'gula-gula' kepada rakyat Galas.Sudah diwarwarkan rumah PPR,kemudian Hospital Besar Gua Musang..dan mungkin di saat2 hampir hari pengundian akan ada lagi janji 'emas' untuk rakyat di sana.

Difahamkan,Hospital Besar Gua Musang yang dijanjikan itu sudah lama terbengkalai.Setelah Dun Galas ini kosong, dendangan lagu 'MARI BERJANJI' menjadi senjata BN semula.Isunya di sini, kenapa selama ini hospital itu terbiar begitu sahaja,sedangkan tempoh siap sudah lama berakhir.Kalau sebelum ini projek itu terbiar dan terbengkalai,apa jaminan utk pastikan hospital tersebut boleh disiapkan?Bagaimana jika BN kalah dalam PRK Galas,apakah hospital tersebut akan disiapkan juga?Atau akan terus tersadai seperti sebelumnya?.

Sekarang ditambah lagi senarai janji,iaitu rumah PPR sebanyak 1500 buah.UMNO-BN masih tidak belajar dari sejarah lamanya,suka berjanji mcm2 tetapi utk menunaikannya jauh panggang dari api.Bukan tidak mampu tetapi sengaja bermain 'tarik tali' dengan rakyat.Kalau rakyat tidak memilih UMNO-BN,maka projek itu tidak akan dilaksanakan,masalahnya kalau rakyat memilih UMNO-BN pun projek itu tidak juga ditunaikan.Bila datang lagi PRU atau PRK janji sama diulang2 untuk memancing undi.Rakyat hari ini sudah sedar akan permainan politik UMNO-BN ini.Rakyat sudah tidak percaya lagi.Lihat kepada  Manek Urai,apa yang terjadi,semasa PRK Manek Urai UMNO-BN juga berjanji terutamanya jambatan untuk kemudahan rakyat seberang sungai menyeberang.Setelah PRK tersebut berakhir,UMNO kalah maka sehingga hari ini jambatan yang dijanjikan itu langsung tidak nampak 'muka'.Dan kalau UMNO menang dalam PRK itu,besar kemungkinan jambatan itu tidak akan disiapkan juga. Janji jambatan itu akan digunapakai untuk PRK atau PRU pula.Setelah menang,janji tetap tinggal janji.Itulah sikap UMNO dan BN.Suka mempermainkan rakyat.

Di Galas ini,kerajaaan UMNO-BN sekali lagi berjanji.Sepatutnya UMNO usahlah berjanji,kalah atau menang teruskan sahaja projek itu semerta.Usah ditangguh lagi.UMNO-BN bukan tidak mampu tetapi sengaja bersikap begitu untuk mengekalkan kuasa.UMNO-BN seperti menaruh syak buruk kepada rakyat kerana jika segala pembangunan dilakukan maka PRU atau PRK akan datang,rakyat akan mengundi pembangkang.Sebenarnya jika benar UMNO-BN jujur dan membela rakyat tiada sebab untuk rakyat memilih pembangkang.Rakyat akan tetap setia dengan UMNO-BN.Masalahnyan UMNO-BN suka menipu rakyat bila berjanji.

Projek dijanjikan untuk PRK Galas itu juga bukan mudah untuk ditunaikan apatah lagi jika itu hanya sekadar memancing undi maka 1500 buah rumah PPR itu juga satu main politik yang menjadi gula-gula pilihanraya semata-mata.Rakyat sudah lali dan sudah sedar betapa UMNO-BN suka mempermainkan rakyat.UMNO perlu sedar dan berubah sikap mereka bila berjanji dengan rakyat.Musim PRK atau PRU macam2 pembongkaran dilakukan UMNO terhadap pembangkang untuk menunjukkan betapa buruk dan tidak bertanggungjawabnya pembangkang kepada rakyat.Namun belakang tabir, UMNO-BN jauh lebih jahat dari pembangkang.Pembangkang tidak membuat apa2 pembangunan kerana MEMANG jelas mereka tidak mampu cuma memberi pilihan utk rakyat mengajar UMNO-BN sahaja.Masalahnya UMNO-BN yang memang memiliki kemampuan dan sumber kewangan yang lebih dari cukup tidak juga melaksanakan pembangunan yang dijanjikan, apa masalahnya?. Itu lebih teruk dan lebih jahat sebenarnya.

Rakyat baik di kota mahupun di desa sudah celik politik, sudah celik janji kosong, sudah celik IT.Mereka sudah tidak boleh ditipu atau diperdaya mudah-mudah.Maklumat yang mereka terima lebih telus,cepat dan terkini.Mereka mampu menilai apakah janji2 yang dilontarkan kepada mereka itu benar atau munafik.Rakyat sudah maju,rakyat sudah bijak dalam berfikir dan membuat keputusan.Sudah puluhan tahun UMNO berjanji dengan rakyat Kelantan.Untuk tunaikan apa yang dijanjikan jauh panggang dari api.Suka menanam tebu di bibir mulut.Rakyat Kelantan boleh melihat apa yang terjadi dengan jirannya di Terengganu.Terengganu lebih daif dari Kelantan,sedangkan Terengganu memiliki hasil minyak yang cukup-cukup lumayan namun pembangunan di negeri tersebut lebih perlahan dari apa yang berlaku di Kelantan. Apakah UMNO tidak sedar?Apakah UMNO beranggapan rakyat Kelantan terutamanya tidak nampak apa yang terjadi di Terengganu itu?

UMNO-BN jangan sesuka hati menabur janji.Segala janji yang pernah ditabur selama ini rakyat telah senaraikan satu persatu-Rakyat juga membuat senarai semak secara teliti mana janji yang ditunaikan dan mana janji yang hanya sekadar berjanji.Dari segala senarai semak tersebut,majoritinya UMNO gagal tunaikan.Hanya suka berjanji sahaja.Sekadar janji semata-mata.Rakyat sudak muak dan benci dengan sikap kerajaan yang terlalu suka berjanji sdgkan terlalu liat untuk tunaikan.Kalah atau memang dalam pilihanraya sama sahaja, UMNO-BN hanya sekadar menjadikan janji itu sebagai umpan semata-mata. 'Munafik kubra' bila berjanji. UMNO-BN perlu sedar bahawa hayat mereka di tampuk kuasa makin mengikis jika sikap lama masih tidak berubah,transformasi tidak terjadi sepertimana yang digembar-gemburkan maka PRU13 merupakan PRU terakhir UMNO-BN bergelar pemerintah.

Sikap suka berjanji dan tidak menunaikan janji ini perlu dihentikan segera.UMNO-BN perlu berhati-hati bila menabur janji.Sikap buruk lampau dalam berjanji jangan diulangi.Kesan daripada kelemahan menunaikan janji itu semakin membarah.Rakyat sudah tidak percaya lagi.Rakyat hanya mendengar jauh sekali untuk rakyat percaya.Satu persatu janji kerajaan tidak ditunaikan.Terlalu banyak senarai janji dalam pilihanraya tidak tertunai.Projek terbengkalai yang diusahakan kerajaan pun berapa banyak yang tersadai.Bukan sedikit.Tersadai sana,tersadai sini.Mana rakyat nak percaya dan yakin dengan segala janji kerajaan.Hospital Gua Musang itu pun sudah lama terbiar, baru kini diperbaharui janji kerana ingin memancing undi Dun Galas,apakah rakyat boleh percaya?Rasanya rakyat tidak akan tertipu buat kali kedua.Hospital itu bukan janji pilihanraya pun tetapi tangungjawab sosial kerajaan,kalau UMNO tidak bangunkan projek itu pun rakyat tidak berkecil hati sebab bukan janji.Namun kalau yang dijanjipun tidak ditunaikan maka yang bukan janji lagi la kerajaan buat sambil lewa. Peluang untuk terbengkalai dan terbiar pasti besar.

UMNO-BN sepatutnya perlu tahu bahwa rakyat sudah lama tersedar dan terjaga dari sebuah mimpi yang bernama JANJI PILIHANRAYA.Rakyat mmg tidak percaya lagi dengan janji-janji kerajaan,kecuali janji-janji itu dilaksnakan segera sewaktu pilihanraya sedang berlangsung.Habis pilihanraya,projek yang dijanjikan pun siap.Jika demikian, mungkin UMNO-BN akan kekal di hati rakyat.Rakyat akan kekal setia menyokong kerajaan.Jika sebaliknya,usah harap untuk rakyat tertipu dan terus tertipu kerana rakyat pun bijak menilai.Rakyat sudah lama lena dan tertidur dengan janji.Kehidupan rakyat masih kekal seperti janji-janji awal terdahulu sehingga janji terkini kehidupan rakyat masih tidak berubah.

Belajarlah dari kesilapan lalu.UMNO-BN kena berubah segera.Lakukan transformasi segera bukan sekadar menjadi slogan atau retorik semata-mata.Sedangkan hakikatnya masih sama.UMNO-BN kekal menabur janji dan menjadi munafik untuk menunaikan janji.Rakyat makin menjauhi UMNO-BN.Rakyat makin marah dan berdendam dengan UMNO-BN.Usahlah berani menabur janji sesuka hati.Kelak UMNO-BN hanya tinggal nama sahaja. Apakah setelah UMNO-BN  menerima nasib seperti di Pulau Pinang,Kedah,Selangor atau Kelantan baru hendak insaf?Baru nak membela nasib Melayu konon2nya?.Janganlah hilang kuasa satu Malaysia baru UMNO-BN ingin berubah.Itu satu kerja pandir.Tidak berguna lagi.Insaflah sekarang.Sekarang juga.Jangan tunggu2 lagi.Masa makin singkat.Tiada masa lagi...Jangan sesuka hati menabur janji.
 
 

No comments:

Post a Comment