_____________________________________________________
Makan : Carilah yang halal
Hari ini negara kita heboh dengan isu halal haram.Kedai makan @ restoran yg tidak halal,masakan yang meragukan.Bahan dalam masakan tidak suci,tidak bersih,mempunyai bahan yg tidak halal.Hotel-hotel yang tidak memiliki sijil halal dari JAKIM. Macam2 cadangan dan perancangan dikemukakan.Sebenarnya pilihan di tangan kita sebagai pengguna. Kita ada pilihan utk mencari yang halal.
Segalanya bergantung kepada diri kita.Jika kuat pegangan agama maka pasti kita tidak akan mengambil mudah soal halal haram dalam pemakanan kita.Orang yang teliti dalam soal makan akan seboleh mungkin mempastikan tempat makan atau hotel yang mempunyai sijil halal.Bukan sahaja mempunyai sijil halal tetapi benar-benar mengambil berat soal halal,soal kesucian dalam penyediaan makanan.Terbukti hotel atau kedai makan itu memang sentiasa meletakkan soal halal haram sebagai pra-syarat utama mereka dalam penyediaan makan untuk pelanggan mereka.
Namun,apa yg menjadi isu ialah pengguna sendiri yg sengaja membiarkan tekak mereka,perut mereka menerima apa yg terhidang.Tidak punya rasa was-was sedangkan dalam waktu yg sama status halal hotel atau kedai makan berkenan diragui.Pengguna yg mengaku Islam sendiri yang bersalah.Mereka tetap melanggan atau menjadi pengunjung setia hotel atau kedai makan yg diragui status halal.Keadaan ini tidak menjadikan pemilik hotel atau mana-mana restoran untuk mengubah cara penyediaan makanan mereka kerana mereka melihat pelanggan mereka yang Islam tetap kekal menjadi pelanggan mereka malahan makin bertambah walaupun status halal mereka dipertikaikan.
Siapa yang bersalah dalam hal ini?Jika semua pengguna Islam sepakat memboikot mana2 hotel atau restoran yang tidak mengamalkan statut halal dalam perkhidmatan mereka terutama penyediaan makan maka pasti pengusahavkedai makan atau pemilik hotel akan berfikir dua kali untuk menghidangkan makan atau apa-apa perkhidmatan yang diragui di sisi Islam.
Sebagai seorg yg beragama Islam semestinya kita mengambail berat soal halal haram dalam apa yang kita telan,apa yg kita teguk.Bukan mengambil tekad, asal mengenyangkan,asal mereka mengatakan halal,asal kita rasa apa yang dimakan itu halal,asal ada tanda atau logo halal,maka tidak perlu dipertikaikan lagi.Sikap ambil mudah ini akan membuatkan kesedaran sosial,kesedaran hak dan menghormati agamaIslam org kaum bukan Islam menjadi lemah,amat lemah dan diambil mudah oleh penganut bukan Islam.
Perniagaan bermatlamatkan keuntungan,jika keuntungan kekal atau bertambah,untuk apa soal haram atau halal perlu diambil tahu oleh mereka yang bukan dari kalangan beragama Islam.Mereka lebih mementingkan keuntungan,asalkan pelanggan selera mereka peduli apa halal haram.Andai kemerosotan berlaku mungkin mereka akan mengubah sikap,mereka akan mengambil kira sensitiviti orang2 Islam.Mereka tidak akan memandang mudah soal agama kaum lain.Sepatutnya penganut agama Islam bijak bertindak.Suara orang Melayu Islam,pasaran untuk orang2 Islam begitu besar,luas dan majoriti,maka jika sepakat memboikot pasti akan ada perubahan yang berlaku dalam soal halal haram makanan orang Islam di hotel atau restoran.
Lagi satu,langkah paling berkesan untuk mengelak daripada terlibat dengan makanan tidak halal di hotel-hotel,setiap dari kita tidak perlu lagi mengunjungi hotel atau makan di kedai makanan yg diragui status halal mereka.Jgn terpedaya dengan logo halal yg terpampang di premis mereka.Logo halal itu belum tentu 'halal' mungkin diperoleh secara haram,mereka guna sindiket tertentu untuk dapatkan sijil halal.Bukan sijil yang dikeluarkan oleh JAKIM.
Lebih elok kalau setiap dari kita memilih warung-warung orang Islam yang memang menititberatkan soal halal haram.Pengusaha warung dari kalangan orang Islam,roh Islam pasti ada dalam jiwa mereka.Mereka ada raa tanggungjawab, ada rasa bersalah jika mereka menghidangkan makanan yg tidak halal untuk pelanggan mereka.Usahlah bermegah atau bangga jika makan di restoran ternama atau di cafe hotel sedangkan apa yg kita makan itu dari sumber tidak halal.Apalah gah dan hebatnya jika apa yg kita teguk,apa yang kita telan mengundang bahang api neraka.Menjadi darah daging yg boleh mengundang padah untuk keturunan kita yang akan datang.Makan minum yang kita telan itu mungkin akan melahirkan generasi atau zuriat yang tidak berkualiti akibat amalan pemakanan kita yg tidak begitu mengambil kira halal haram.Jangan memandang mudah apa yg kita makan,apa yang kita minum.Banyak kesan tidak baik akan bermula dari sumber yang masuk ke dalam perut kita.Berhati-hati dan waspadalah selalu.Mencari yang halal itu ADALAH WAJIB.
No comments:
Post a Comment