Wednesday, October 13, 2010

BULUH PERINDU : Suatu mitos atau memang wujud?

 Pokok Buluh Perindu [ tak pasti benar atau tidak ]

Pokok Buluh Perindu milik Ayah Su

Pokok Buluh Perindu [ BP ] sehingga hari ini masih menjadi misteri.Kebanyakan orang masih tidak mempercayai akan kewujudan pokok ini.Ramai mendakwa memiliki buluh perindu tetapi sekadar bercakap sahaja tanpa menunjukkan bukti. Gambar di atas adalah bukti yang sempat saya rakam dari seorang pengamal perubatan tradisional di Kelantan.Mengikut katanya, inilah pokok Buluh Peindu yang menjadi rebutan semua.Mengikut cerita,pokok ini banyak khasiatnya.Saya tidak mahu menceritakan apa kelebihan atau khasiatnya, bimbang terlibat dengan syirik dan khurafat.

Terserah kepada ilmu masing-masing.Terlebih baik merujuk dengan mereka yang arif. Semua hidupan [ tumbuhan ] mempunyai kelebihan tersendiri yang dikurniakan Allah cuma sifat kebergantungan kepada Allah itu yang lebih mustahak agar tidak tergelincir dari akidah seorang Islam.Setiap kejadian Allah ada kebaikannya, segala khasiat hanya boleh ditemui jika mereka yang terlibat mengkaji dan menuntut ilmu khusus yang setiap yang dimaksudkan.

Tepuk dada tanya iman.Berguru itu lebih baik.Jangan sesuka hati mempercayai sekadar dengar cakap dari mulut manusia sahaja.Kita perlu menerima sesuatu itu setelah kita mengkaji,menilai dan bertanya dari orang2 alim yang diakui memiliki ilmu berkaitan alam ghaib dan perubatan Islam. Jangan menelan bulat2 apa yang didengar atau dilihat.Sumber mesti bersandarkan hukum,mesti bersandar hadis dan Al-Quran.Itu lebih selamat.


No comments:

Post a Comment