Tuesday, October 12, 2010

KAD KREDIT : Cukai perkhidmatan membebankan rakyat.

Keratan Akhbar KOSMO

Kerajaan menegaskan cukai perkhidmatan untuk kad kredit dikekalkan. Sehingga September 2010 kerajaan sudah memungut cukai perkhidmatan kad kredit sebanyak RM275.5 juta. Alasan cukai itu dikekalkan supaya rakyat berbelanja secara berhemah.Apakah pemimpin negara tidak memiliki kad kredit?Kalau ada pun mereka tidak terbeban sebab sumber kewangan mereka begitu lumayan, cuba bayangkan bebanan rakyat.Masalahnya kad kredit ni,berbelanja berhemah ker,tak belanja langsung ker, cukai perkhidmatan tetap dikenakan juga.

Sedangkan ada rakyat cuma menjadikan kad kredit itu sebagai langkah berjaga-jaga sahaja tetapi bila cukai perkhidmatan dikenakan maka guna atau tidak,  caj tetap dikenakan ke atas pemegang kad kredit.Ini yang membebankan rakyat. Berbelanja berhemah itu soal lain. Kalau ingin mendidik rakyat jangan boros berbelanja mengapa cukai itu dikenakan  untuk semua pemegang kad?.Tak adil bagi mereka yang langsung tidak gunakan kad tersebut atau gunakan kad pun bila kecemasan sahaja.

Kerajaan perlu memberhentikan cukai perkhidmatan ini kerana  dalam waktu yang sama kerajaan yang mengaut keuntungan. Bukan sebab ingin mendidik rakyat supaya berbelanja secara berhemah tetapi ada udang disebalik batu.  Kerajaan ingin rakyat berhemah dalam berbelanja tetapi sejauhmana kerajaan juga berhemah dalam membelanjakan wang negara?.Rakyat membelanjakan wang sendiri sedangkan kerajaan membelanjakan wang yang diamanahkan rakyat dengan kuasa yang rakyat berikan.Usahlah menipu rakyat berterusan begini. Kalau benar ingin mendidik rakyat berhemah dalam berbelanja,maka hapuskan kad kredit. Mengapa kerajaan membenarkan pengguanaan kad kredit, jika betul kerajaan ingin menggalakkan rakyat berbelanja secara berhemah?.

Apabila ada kad kredit yang ditawarkan,  rakyat pasti ambil peluang itu.Namun sikap kerajaan yang menangguk di air keruh itu yang dipersoalkan. Patutnya caj yang bank kenakan ke atas jumlah hutang itu yang perlu dikecilkan bukannya menambahkan bebanan lain seperti cukai perkhidmatan. Jelas kerajaan tidak membela rakyat.Mereka lebih mementingkan kekayaan yang perlu dikumpul.


No comments:

Post a Comment