Penahanan 7 pegawai imigresen di bawah ISA menunjukkan kesalahan mereka itu begitu berat dan mengancam keselamatan dan kedaulatan negara.Tugas mereka yang perlu membuat pemeriksaan dan tapisan seteliti mungkin ke atas sesiapa sahaja yang masuk ke negara ini diabaikan hanya semata-mata kerana imbuhan atau wang ringgit. Sikap mereka yang berpaling tadah dan tidak amanah terhadap tugas amat2 terkutuk.
Jika mereka yang diamanahkan itu tidak melaksanakan tugas sewajarnya bakal menjahanamkan negara.Andaikata mereka ini terlepas pandang dan pihak yang terlepas dari 'scan' itu merupakan golongan penjenayah yang berhati setan lagilah menggoncang keamanan dan keselamatan rakyat awam. Memang wajar pegawai yang terlibat itu dihukum.Hukuman itu perlu dilihat sebagai langkah tegas kerajaan dalam menangani sikap jahat dan pecah amanah yang tidak boleh diabaikan sama sekali.
Rakyat masih heran, jika melalui imigresen pun masih ada pihak yang boleh 'dibeli' dan membiarkan kemasukan manusia2 yang boleh membuat onar dalam negara maka pasti kemasukan PATI melalui sempadan negara melibatkan kerja tangan orang-orang yang benilai ' 5 sen' juga.Boleh dibeli dan dirasuah dengan begitu mudah.Kerajaan sudah acapkali membuat pembersihan dan pemutihan namun kemasukan PATI makin bertambah.Mereka ini [ PATI ] masih berkeliaran di negara kita.Kebanyakan kes jenayah di negara ini majoritinya melibatkan geng yang terdiri dari warga asing.
Buat semua mereka yang mata duitan, bernilai '5 sen' serta bertindak seperti harapkan pagar,pagar makan padi perlu bertaubat segera.Dikhuatiri mereka yang dibenarkan masuk ke dalam negara kita ini akan membunuh ahli keluarga, anak isteri atau sahabat handai pegawai berkenaan.Jangan sudah terhantuk baru tengadah.Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna.Jangan biarkan nasi sudah menjadi bubur baru nak insaf.Sudah terlambat.Sedangkan kemusnahan angkara sikap mereka tidak wajar dimaafkan.
No comments:
Post a Comment