Tuesday, October 19, 2010

PEMBUNUH UPAHAN DALAM PAS

Renungan ilmiah _________________________

Dalam politik,jgn tengok sebelah mata,jgn tenung secara zahir.Jgn fikir tak mungkin,tak akan dan mustahil berlaku.Dalam politik, kena renung makrifat,renung dgn mata batin,renung dgn hati batin.Politik itu akan jijik dan kotor jika diterajui oleh manusia yg berhati binatang,bernafsu dajal dan bertuhankan HARTA dan KEMEWAHAN dunia. Kena banyak berfikir,meneliti dan membuat pemerhatian sesulit yg mungkin. Org yg berilmu agama,berwatak alim,berwatak ulamak, berpakaian seumpama pemimpin negara arab,loghatul arabnya hebat,banyak bercakap agama namun mereka ini belum tentu memiliki jati diri pejuang agama yg tulin,belum tentu 'kiblat' mereka kepada Kaabah, belum tentu 'Tuhan' mereka itu Allah,belum tentu menjadi hamba kepada suruhan Allah.

Kejahatan manusia dalam politik adalah segalanya mungkin,tidak ada istilah mustahil dalam politik.Islam itu tidak akan hancur oleh musuh dari luar,Islam akan hancur di tangan orang Islam itu sendiri.Kehancuran Islam berpunca daripada kerenah umat Islam juga.Oleh itu, perjuangan PAS akan hancur,akan musnah dek kerana 'ulamak' PAS itu sendiri. Hati-hati dengan watak2 pembunuh dalam PAS.Ada kemungkinan  'pembunuh upahan' sedang berkeliaran dalam PAS.PAS perlu dibunuh utk menjadikan UMNO dan sekutunya kekal berkuasa.PKR juga perlu dibunuh untuk memjadikan UMNO tidak ditentang dan boleh menang mudah dalam PRU akan datang.

Jika UMNO membuat pembunuhan dari luar tidak akan berjaya kerana pendekatan dan gerak geri mereka boleh dikesan PAS,namun jika ada pembunuh upahan dalaman maka PAS sukar utk mengenalpasti mereka ini.Mungkin mereka ini dilantik pemimpin,mungkin sedang memegang kuasa dalam PAS,mungkin sedang mengumpul pengikut dan pengaruh.Bila masa sesuai,  watak2 pembunuh upahan ini akan memulakan tugasan mereka utk 'majikan' di luar sana.Bersama PAS, watak, fi'il dan perilaku mereka amat2 menyukarkan utk dikenali.Mereka mungkin  telah menjadi imam solat,berdoa menangis2, fasih membaca al-Quran dan sebagainya namun hatinya mempunyai niat kesumat utk hancurkan perjuangan PAS yg berlandaskan Islam.

Setelah dirasakan berpengaruh, ada pengikut, cakap2nya mula dihormati ,mereka ini mungkin akan mengemukakan idea yg menjurus kepada menguburkan PAS secara halus.Siapa tahu segala program mereka, segala aktiviti mereka sebenarnya membawa kemusnahan kepada PAS.Mungkin idea 'kerajaan perpaduan' satu idea utk membunuh PAS.Kepimpinan tertinggi PAS perlu berhati2,sentiasa berwaspada sekerap mungkin, jika tidak PAS akan terkubur awal.PKR sedang dimusnahkan secara halus dan beransur-ansur.Macam2 kerenah mula timbul dalam PKR.Macam2 isu dan fitnah mula mengelilingi PKR,ini semua utk membuatkan rakyat hilang kepercayaan kepada PKR,utk membuatkan ahli dan penyokong setia PKR mulai tertanya2 benar atau tidak,untuk menimbulkan keraguan kepada PKR itu sendiri.Sudah dijelaskan,sesebuah organisasi itu akan hancur bila ahlinya sendiri yg menghancurkannya.Org lain dan di luar lingkungan parti gagal utk melakukannya.Mahu tidak mahu diciptakan fitnah,diciptakan segala saksi,dicipta segala kisah dan jalan cerita,ada penulis skrip dan pelakonnya yg terhebat.Tujuan utama pengarah dan produsernya ialah utk melihat sesebuah parti itu terkubur.

Sutradara dan produsernya akan memberikan racun berjadual utk membunuh parti yg ditargetkan itu. Hakikatnya racun berjadual ini akan mula memberi kesan dalam jangka masa bertahun-tahun kemudian.Kesan ini tidak mampu lagi ubati kerana sudah menjadi darah daging parti berkenaan.Nafas dan saluran darahnya sudah dipenuhi racun.Menunggu masa utk dikuburkan,ditahlilkan.Pendekatan Real Politik sering digunakan oleh musuh politik.Andaikata kepimpinan parti tidak 'alert' dengan isu-isu begini dan menganggap tidak mungkin,mustahil dan tidak masuk akal maka sesungguhnya inilah yg boleh membunuh mereka. Sistem pecah dan perintah terus digunakan.Sedar tidak sedar,suasana dalam parti sudah tidak mampu diselamatkan lagi.

Merujuk kepada PAS, 'ulamak pembunuh upahan' ini pasti ada dalam PAS.PAS hanya boleh 'dibunuh' oleh ulamak mereka sendiri.Sejak akhir2 ini, ulamak dalam PAS diumpamakan  mula berebut harta rampasan.Mula menyaingi kemewahan dan keduniaan pemimpin UMNO. Hubbuduniyya sudah mula merebak dalam kempimpinan PAS.Zuhud tidak menghalang untuk kaya namun apa yg terlihat dan tergambar tidak nampak sikap zuhud itu dalam kalangan pemimpin PAS hari ini.Cuma seakan2 zuhud sdgkan hakikatnya mereka ini saling tak tumpah seperti pemimpin sekular yg lain.Matlamat menghalalkan cara. Dalam 'jubah' mereka gemuk dengan ikatan wang,gemuk dengan buku2 nafsu semata-mata.Mereka berpura2 alim dan warak sebaliknya mereka ini adalah 'wa-rock'..telan semua apa yg terhidang bila berpeluang.

Makin hari, kepimpinan ulamak makin diremehkan,makin disinis dan makin dipandang jijik sebab ada segelintir pembunuh upahan yg sedang merangka strategi utk membunuh PAS,mereka akan cuba membuatkan rakyat terbanyak melihat PAS itu lebih teruk dan lebih jijik dari UMNO maka mereka mahu rakyat melihat sedemikian dan berfikir "kalau demikian baik sokong UMNO sahaja sebab PAS hanya menggunakan Islam untuk membeli dunia,saling tak tumpah dengan tok-tok guru ajaran sesat yg menggunakan pengikutnya utk mengumpul kekayaan".Nah!..bila begitu,akhirnya PAS akan dijauhi oleh org Islam sendiri.Dan akhirnya matlamat Yahudi dan mereka yg sekiblat dengan para Yahudi ini akan tersenyum puas,parti yg bersimbolkan Islam,parti yg memperjuangkan Islam akan terkubur.

Saingan parti pencinta dunia sudah berjaya dibunuh secara profesional.Ulamak upahan yg sedang membuat onar dalam PAS akan tidur lena kerana akaun bank mereka sudah boleh menanggung kehidupan 7 keturunan mereka.Mereka setelah itu akan membuat kenyataan selunak mungkin untuk menghalalkan tindakan mereka.Mereka sudah disediakan skripnya dari awal.Jalan cerita disusun seteliti mungkin.Matlamat akhir PAS perlu dibunuh.PAS dituntut untuk membersihkan pasti dari pembunuh upahan yg berselindung dengan jubah agama ini dgn kadar segera.Tidak semua ulamak itu ulamak Allah, tidak semua ulamak itu benar2 istiqamah kepada agamanya.

Terlalu ramai Abdullah b. Ubai dalam PAS.Sikap mereka inilah yg telah membuat sebahagian pengikut dan pengkagum PAS mula menjauhkan diri. Lama kelamaan PAS akan mati beragam,mati akar,pucuk nampak hijau,dahan masih utuh tetiba pokok itu tumbang bila seekor kambing cuba untuk menggenyeh tubuh di pangkal utk kurangkan rasa gatal di kulit.Kambing akan terkejut beruk,lebih dari itu, semua 'daun2 muda' , 'pucuk2 suci ' utk mewarisi perjuangan Islam akan turut sama lingkup menyembah bumi.

Makrifat dan hakikatnya,Allah tetap sebaik perancang cuma sebelum hakikat itu tertakdir, PAS perlu bertindak utk mencari pembunuh upahan ini,membuang segala ulamak su' dalam PAS.Mereka ini perlu disingkirkan segera sebelum menjadikan PAS dijangkiti sindrom sakit buah pinggang,sindrom kencing manis,darah tinggi dan seumpamanya.Penyakit 3 serangkai ini akan membuatkan PAS mati mengejut, kena 'heart attack' . Mursyidul Am, Presiden atau sesiapa sahaja yg benar2 mewarisi kepimpinan bertunjangkan Piagam Madinah perlu segera bertindak.PRU13 makin hampir. Kata Ketua Pemuda UMNO, "kurang lebih dalam jangka masa 2 tahun lagi, PRU13 akan dijalankan" [ wawancara melalui  Buletin Utama, TV3 ]. Sekaranglah masanya PAS kena bertindak.Anasir pemusnah dalam PAS perlu dilemahkan segera,kalau perlu disingkir,singkirkan segara tidak kira siapa pun mereka ketika ini.Yang jauh itu masa yg lalu,yang dekat itu masa kematian, yg berat itu amanah, yang mudah itu fitnah dan yg jijik itu adalah berpura-pura [ pembunuh upahan dalam PAS ].

Sekadar mencadangkan...PKR dan PAS adalah alternatif utk rakyat bergantung harap andaikata UMNO sudah hampir habis harta kerana digadaikan,dan segala surat gadaian lampau belum tertebus sehingga kini.Jika bertukar kerajaan nanti, kerajaan baru perlu membeli semula surat gadaian itu daripada tukang pajak.Pemilik gadaian mungkin ketika ini sedang berangan-angan utk mengambilalih negara secara tertib.Saluran undang2 akan digunapakai utk mewajarkan tindakan tersebut,tidak salah kerana tempoh gadaian sudah lama berakhir.Surat gadai di tangan mereka menjadi bukti,menjadi saksi, menjadi hujah utk mereka merampas hak Melayu.Remote kuasa di tangan mereka...


No comments:

Post a Comment