bahagiakah kita bila sampai di 'sana'?
__________________________________________________
Aku bukan mencari nama,
tidak juga mengejar harta.
aku mengambil sekadar ada.
tidak ingin hubbuduniyya,
takut terleka dan lena
dibuai lamunan yang tidak bertepi
takut terleka dan lena
dibuai lamunan yang tidak bertepi
Aku tidak mengejar glamour,
tidak juga mengumpul peminat.
aku hadir sebatang kara,
kelak pergi pun begitu jua.
Aku tidak punya apa-apa,
harta maupun nama,
aku insan biasa,
hamba sahaya di sisi-Nya,
Di sini aku mengembara,
mencungkil,menggali,
mencari apa saja,
asal halal dan berharga,
aku ambil jadikan bekal,
untuk ke sana.
untuk ke sana.
Perjalananku masih jauh,
merentasi sempadan nyawa,
sempadan akal,
sempadan nafsu,
iman dan amal.
Aku tetap berjalan,
seiring dengan masa-Nya,
aku kekal bersama usia,
mengendung jiwa,
dan jasmani;
menemui hakiki.
Sesungguhnya aku,
dalam perjalanan menuju sempadan,
bukan pendatang tanpa izin,
kerna aku akan dijemput ke sana,
dan semuanya.
Di sanalah tempat aku,
rela atau terpaksa,
aku milik-Nya,
dan semua yang aku ada,
Sendiri atau berteman,
aku bertamu di fana ini,
mengenali makrifah,
mencari hakikat dan Rububiyyah,
Aku dan DIA,
tidak lain dan tidak bukan,
namun aku kekal aku,
dan DIA pemiliknya,
aku hanya hamba.
aku hanya hamba.
Berjalanlah aku ,
menuju,
rehat yang panjang,
menikmati malam pertama,
di rumah baru ku bernama PUSARA.
Anafakir,Kuala Lumpur.
Jumaat, 6 Zulkaedah 1431 Hijriah [ 15 Oktober 2010 ]
12.20 am
rehat yang panjang,
menikmati malam pertama,
di rumah baru ku bernama PUSARA.
Anafakir,Kuala Lumpur.
Jumaat, 6 Zulkaedah 1431 Hijriah [ 15 Oktober 2010 ]
12.20 am
No comments:
Post a Comment