Belum ada kajian rasmi atau secara ilmiah utk membuat penyelidikan atas sikap manusia yang suka melakukan perkara2 yang dilarang atau terlarang. Dilarang merokok,mereka buat juga.Naikkan harga rokok pun, utk sementara mungkin mampu menegahnya.Namun selepas itu,aktiviti merokok kembali berleluasa.
Hukuman utk pengedar dadah amat berat,sehingga hukuman mati mandatori.Masih ramai yang mengedar dan menagih dadah malahan makin bertambah saban waktu.Rampas harta, beku akaun bank dan mcm2 kerajaan buat.Hukuman penjara belum mampu menegah manusia dari menagih dan mengedar.
Pesalah jalanraya,denda berat mana pun,pemandu samseng,pemandu sakit jiwa tetap berleluasa di jalanraya.Kematian akibat sikap mereka yg 'sakit' jiwa di jalanraya makin bertambah,tidak pernah menginsafkan mereka.Polis dan kerajaan sudah buat mcm2 peraturan,keadaan masih sama.
Larangan agama berkaitan tutup aurat,berzina,minum arak,berjudi,menilik nasib, dan macam2 lagi semuanya dilanggar.Terlarang pun ramai yang membuatnya.Mencuri,membunuh, merompak menyamun,rasuah,riba dan seumpamanya manusia masih melakukannya.
Apakah tabiat manusia ni memang begitu,makin dilarang,maka itulah yang mereka suka buat.Masalahnya mengapa mereka memilih jalan gelap.Jalan terang, dijanji dengan ganjaran yang penuh nikmat ,tiada pulak mereka merebutnya.Hanya segelintir sahaja yang taat.
No comments:
Post a Comment