Saturday, October 30, 2010

KONSPIRASI SYAITAN : Zulkifli Nordin cakap berbelit-belit

Satu demi satu cerita dalam kain sarung antara PKR dan DAP didedahkan oleh ahli Parlimen Kulim-Bandar Bharu, Zukifli Nordin.Sejak mengambil keputusan untuk mufarakah dengan PKR,Zulkifli makin mencari publisiti murahan untuk dirinya.Macam2 tuduhan dan dakwaan dilontarkan kepada bekas induknya itu.Selama ini PKR adalah parti terbaik,parti pembela rakyat.Kalau ditanya pemimpin PKR maka Zulkifli ini seorang manusia yang tidak membawa apa-apa faedah dalam PKR.

Kali ini,Zulkifli sekali lagi mencetuskan sensasi.Konspirasi Syaitan menjadi medium terbarunya untuk meletakkan dirinya semula dalam kancah politik negara.Dalam keadaan dirinya yang semakin terpinggir sejak dinasihatkan keluar dari PKR maka Zulkifli perlu mancari isu untuk orang masih menyedari dia masih wujud dalam polemik politik hari ini. Namun dakwaan konspirasi yang didakwanya melibatkan perjanjian sulit antara pimpinan tertinggi DAP-PKR telah mencetuskan satu dimensi baru dalam hubungan Pakatan Rakyat.Pemimpin DAP menafikan malahan menuduh Zulkifli seorang yang tidak siuman.

Hari ini pula, Zulkifli menegaskan dia menunggu masa terbaik untuk mendedahkan perkara itu.Satu tindakan pelik kerana setelah dia membuat pendedahan berkaitan perjanjian sulit itu tetiba hendak menunggu masa sesuai pulak untuk mendedahkan kesudahan konspirasi tersebut.Masa yang sesuai itu bila?Nak tunggu sampai bila?.Apakah dakwaan itu sekadar fitnah semata-mata?.Jika dia memiliki fakta lengkap dan benar konspirasi itu memang wujud,dedahkan sekarang.Tunggu masa apa lagi?.Kalau sekadar lempar batu sembunyi tangan maka Zulkifli hanya seorang ahli politik kedai kopi semata-mata.Sekadar dengan cakap barangkali. Apakah Zulkifli juga bekerja untuk pihak tertentu, membuat macam2 pendedahan untuk meretakkan  hubungan antara parti dalam Pakatan Rakyat?.Zulkifli, Mohd Fairus dan Datuk Zahrain Hashim adalalah antara orang yang mempunyai kredibiliti untuk menyerang PKR kerana mereka adalah bekasan pemimpin PKR.Mungkin cakap2 mereka boleh dipercayai walaupun sekadar mereka-reka cerita.Selain dari itu,Ezam Mohd Noor juga antara individu yang masih vokal menyerang PKR dengan pelbagai dakwaan.

Hari ini terlalu ramai bekas pimpinan terbuang PKR memainkan peranan untuk memecahbelahkan hubungan antara sekutu dalam PR.Masalahnya mereka cuma melaga-lagakan antara DAP-PKR sahaja.Ini boleh dibaca tujuannya.Ia tidak lain selain ingin memusnakan kepercayaan ahli PKR itu sendiri dan membuatkan  ahli dan penyokong PAS berpaling tadah.Sebenarnya pendekatan yang diambil oleh bekas pimpinan kecil ini akan menambahkan sokongan Cina kepada DAP dan PKR.Sifirnya mudah,makin dituduh macam2,makin kuat sokongan itu berpihak kepada PR.Tidak akan berjaya jika tuduhan dan fitnah direka-reka dalam saat PRU13 makin hampir.Rakyat yang memihak kepada pembangkang akan menganggap apa yang dilakukan hanyalah sekadar pendekatan terdesak pihak UMNO-BN dan cuba menggunakan wakil rakyat bebas dari PKR untuk dijadikan tali barut.Idea itu akan memakan diri sendiri.

Terlebih baik UMNO-BN dan mana-mana wakil rakyat bebas buat kerja untuk memujuk rakyat dengan pembangunan dan membela kebajikan mereka.Itu lebih menarik hati rakyat.Daripada buat kerja bodoh dan sia-sia ini. Daripada membuat pelbagai benda yang sengaja mencari nahas elok rasanya UMNO-BN mencari pendekatan lebih lembut dan lunak.Elok diambil pendekatan memulihkan kepercayaan rakyat bukannya mencari helah utk memperlihatkan pakatan pembangkang itu jahat.Cara itu akan membuatkan rakyat lebih yakin pakat pembangkang di pihak yang benar.Kedudukan sekarang ialah UMNO-BN yang terdesak.Jika demikian,rakyat melihat apa yang dilakukan UMNO dan sekutunya atau wakil rakyat bebas adalah sikap orang-orang yang terdesak.Bila ini terjadi,maka semua dakwaan,tuduhan hatta yang benar sekalipun akan ditepis rakyat.Rakyat terus memberi kepercayaan kepada pembangkang.

Kalau benar wujud 'konspirasi syaitan' itu,jangan cakap berbelit-belit.Sekaranglah masanya untuk dedahkan kebenarannya.Bukan berdolak-dalik.Sekarang PRK Dun Galas dan Batu Sapi sedang rancak berkempen.Sesuai untuk dihidangkan kepada rakyat di sana.Pakatan jahat yang dikatakan wujud itu perlu didedahkan segera dan ia boleh menjadi pemangkin untuk BN meraih kemenangan.Nak tunggu masa sesuai, bila masa sesuai tu?.Sekarang dah didedahkan kepada media massa maka sekaranglah masa sesuainya.Memang cakap berdolak dalik beginilah akan membuatkan ahli politik atau sesiapa sahaja tidak dihormati dan dibenci rakyat.Sekejap macam tu,sekejap mcm ni.Kalau benar ingin menegakkan kebenaran,tunggu masa apa lagi?..kecuali apa yang didakwa itu hanyalah cerita rekaan semata-mata. Apa cerita dengan janda Pahang tu Zul Nordin?Dengar katanya,cerita tu ada dalam tangan pihak tertentu...hati-hati la jika benar.




No comments:

Post a Comment