Melaka diisytiharkan sebagai sebuah negeri maju pada 20.10.2010, tepat jam 20.10 minit malam.Dengan terpatrinya nama Melaka Maju 2010 itu sepatutnya membuktikan Melaka merupakan sebuah negeri maju dari semua aspek,ekomoni baik, politik baik, sosial baik dan penghayatan agama juga perlu baik sebab Melaka negeri pertama menerima pengaruh Islam sewaktu Zaman Kegemilangan Sultan Melaka dahulu lagi.Kita kena maju mengikut acuan kita sendiri,sepertimana dihasratkan dalam WAWASAN 2020 jangan jadi WASWAS 2020 pulak.
Betulkah Melaka maju tu?.Dgrnya masih ramai warga Melaka yg hidup dalam rumah buruk yg amat daif dan menunggu masa utk menyembah bumi.Penduduk sekitar Alor Gajah malahan sekitar Pengkalan Balak dan di sepanjang pantai tersebut masih jauh utk dikategorikan maju.Malahan di tempat2 lain di seluruh Melaka masih di bawah paras sederhana,usahkan nak dikatakan sudah maju.Apa penanda aras pemimpin UMNO di Melaka maka mereka ada hati utk mengumumkan Melaka sudah maju.Apakah ukuran maju itu hanya merujuk kepada sekitar Bandaraya Melaka sahaja?Kalau mcm tu,itu boleh dinamakan Bandaraya Melaka Maju bukannya Melaka maju.Melaka belum maju.Jauh dari tahap maju.Syok sendiri semuanya.
Jika benar Melaka maju,tentunya lapangan terbang Melaka akan sibuk dan sesak dgn pendaratan dan berlepasnya pesawat dari bumi Melaka.Sedangkan, purata penerbangan masuk dan keluar dari lapangan terbang Melaka hanya satu kali sahaja,inikah dinamakan negeri maju?Ada cadangan dari YB Pembangkang di Melaka supaya lapangan terbang Melaka dijadikan padang permainan layang-layang.Bentuk layang-layang tu pula dibina atau dibuat menyerupai bentuk kapal terbang supaya nampak macam pesawat yg berterbangan di ruang udara negeri Melaka.Satu sindiran yg cukup tajam dan menusuk hati.
Entahlah,gilakan nama,pengaruh,pangkat dan kuasa..sanggup buat macam2 nak tunjukkan kepimpinan kita ni mcm hebat dan berdaya saing.Usahkan Melaka,Malaysia pun jauh dari tahap maju.Kalau negara pun masih tidak dalam kategori maju,mana nak datangnya negeri2 dlm Malaysia ni dah maju.Dalam bidang pendidikan pun kita masih ketinggalan.Bunyi negara kita ni bertaraf dunia dalam bidang pendidikan tetapi 10 universiti terbaik di Asia,TIDAK ADA satu pun universiti dari negara kita ini tersenarai sdgkan jiran di utara kita, Thailand ada universiti mereka tersenarai, Singapura juga ada tersenarai,Taiwan,Jepun,Korea dan China antara negara yg mencatat nama universiti mereka antara 10 yg terbaik di Asia.
Negara kita?. Gempak je lebih.Kita ni [ negara Malaysia] suka mendakwa itu dan ini.Pengeskport terbesar, pengeluar terbesar, ekonomi terbaik, pendidikan bertaraf dunia, negara Islam termaju di dunia, semuanya ada 'TER',menunjukkan kita terbaik dan dalam kelas tersendiri.Mmg dalam kelas tersendiri,kelas yg kita sendiri bina dan kita sendiri mengaku mcm2.Negara luar tidak pandang pun.Rakyat selalu terkena dan tertipu.Hidup rakyat terbanyak masih di bawah paras kemiskinan.
Sabah dan Terengganu merupakan negeri pengeluar minyak,yang peliknya dua negeri ini masih di belakang Kelantan dalam ranking negeri miskin.Maksudnya Kelantan lebih maju dari dua negeri utama minyak yg diperintah UMNO tersebut.Mengapa jadi begitu?..Mana pergi hasil mahsul negeri mereka?.Siapa bolah jawab dan siapa nak jawab?Jawab, jangan tak jawab...jawab jgn tak jawab. PRU13 dah dekat...
Itulah Melayu..suka perasan.Biar papa asal bergaya.
No comments:
Post a Comment