Saturday, October 16, 2010

BAJET 2011...

Entah apa yang menguntungkan rakyat..dengar cerita bajet rakyat.Sekali imbas masih macam tahun2 lepas juga.Cukai handbag,seluar dalam,baju dalam dikurangkan tu..siapa yang untung tu?Kalau untuk rakyat terbanyak,tetap tidak menguntungkan apa2 sebab orang2 kampung tidak pandang itu semua..

Rakyat menunggu bonus..walaupun dikira dapat RM1000 tahun ni,masih tidak membantu rakyat yang berpendapatan rendah.Pakaian sekolah 2 pasang,kasut 2 pasang,dah licin RM500 tu.Sikit hari lagi nak sambut raya lagi,lepas tu sekolah nak buka...banyak belanja.Presiden CUEPACS wajar letak jawatan sebab dia gagal memperjuangkan bonus untuk kakitangan awam terutama mereka yang bergaji kecil.Asyik pasang lagu lama jerrrr..

Bajet '11 menjurus kepada orang-orang bisnes yang dapat untung.Tol lebuhraya tidak dinaikkan pun memang wajar sebab keuntungan lampau pun masih belum usik lagi.Sekadar 5 tahun tidak naik kadar tol masih untung puluhan juta sebab pengguna tol makin bertambah.Pelanggan tetap tol kekal bertambah..

Penghapusan cukai handphone memang baik untuk rakyat tetapi kesannya kepada penggunaan phone dalam kalangan pelajar makin teruk.Sikap pelajar yang suka membawa telefon bimbit ke sekolah akan terus merebak.Larangan bawa phone ke sekolah tidak memberi kesan kerana guru-guru tidak mampu untuk membuat  pemeriksaan ke atas semua pelajar. Dengan terhapusnya cukai, virus gambar lucah melalui phone akan terus tersebar,pelbagai unsur negatif yang boleh disalurkan melalui phone akan terus rancak.

Gaji Tok Batin dan setara dengannya begitu mengejutkan.Dengan jumlah RM800 adalah dikira sangat tinggi sedangkan gaji minima yang dituntut oleh kesatuan sekerja tidak dipandang oleh kerajaan.Apakah kenaikan gaji tok batin ada kaitan dengan p'raya di Dun Galas?...Gaji imam-iman pun lebih sedikit dari gaji tok batin.Sedangkan tugas imam dan kesannya kepada masyarakat  lebih besar.Mungkin tok batin tidak ramai berbanding jawatan imam namun hiraki jawatan imam lebih mulia.Perlu dinaikkan lagi gaji imam-imam di seluruh negara.

Kakitangan awam juga perlu dinaikkan gaji mereka.Saban waktu tugas kakitangan awam makin bertambah, kos hidup yang di bandar mahupun di pinggir bandar juga makin tinggi seiring dengan kenaikan harga barang.Kerajaan perlu juga memandang keadaan ini.Bebanan kerja dan kos pengangkutan hidup di bandar dan pinggir bandar makin meningkat. Perbelanjaan harian untuk anak-anak juga makin bertambah.Kos jagaan anak, kos kelas tambahan makin mahal.Kos luar jangka perbelanjaan isi rumah golongan berpendapatan rendah dan sederhana begitu tinggi.Mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana ini selalunya wang gaji mereka habis setiap bulan.Unttuk menyimpan memang tidak mampu.Cukup-cukup untuk perbelanjaan rumahtangga sahaja....


bersambung


1 comment:

  1. Nak kata pun susah tak kata pun susah.. alahai.. terima aje lah

    ReplyDelete