UMNO mengariskan satu model politik baru utk transformasi mereka.Mungkin sebagai satu talian hayat ke arah meneruskan survival kepartian dalam Malaysia hari ini. Sudah lebih 50 tahun negara bebas dari penjajahan Barat.Dalam tempoh itu, UMNO lah 'tuan' kepada Tanah Melayu, Malaya dan akhirnya Malaysia. Kelangsungan perjuangan politik mewarnai rentak hidup rakyat pelbagai keturunan,warna kulit,agama dan bangsa.
Hari ini melalui Perhimpunan Agung UMNO, pemimpin tertinggi UMNO sedang merangka satu mekanisma ke arah mempersiapsiagakan keutuhan UMNO sebelum PRU13 diisytiharkan. Dalam tempoh kurang lebih 2 tahun ini, UMNO perlu berubah.Model politik baru digagaskan.Niat baik, matlamat baik, jika ahli dan pemimpinnya masih kekal dengan gaya lama,model lama,mcm lebuhraya la walau ada 6 lorong pun,mereka tetap akan berada di lorong paling kiri,kerap berhenti di ruang rehat atau lorong kecemasan. Tidak mampu utk turut serta menyelusuri model politik baru yg dirangka.
Sejauhmana matlamat yg ingin dicapai jika jiwa ahli dan pemimpin UMNO masih di bawah tempurung maka selama itulah UMNO akan dijauhi rakyat.Tidak dinafikan ahli UMNO dan pemimpinnya sarat dengan kelulusan, pengalaman dan wang ringgit namun faktor itu nampaknya semacam tidak digunakan utk memakmurkan parti.Masing2 ada agenda peribadi.Bercakap,berceramah, berpidato mmg gah,berapi2, logik dan berasas namun itu hanya secara merapatkan bibir atas dgn bibir bawah semata2.Menanam tebu di bibir mulut semata-mata. Sudah lama kebun tebu pemimpin UMNO di tanam di sekitar kumis dan misai mereka sahaja.
Kalau sekadar berhimpun membicarakan pelbagai isu dan plan,selepas itu masuk angin keluar asap, maka yg berhimpun itu dapatlah 'cuti', dptlah berseronok2 jumpa kawan dari jauh, dapat tidur hotel dan sebagainya namun hasil utk rakyat terbanyak wal hasil balik asal..di takuk lama.Ramai kekal mcm tu, pemimpin juga 'mcm tu' kaya raya.Namun jika perhimpunan itu benar2 profesional,beriltizam, berkomited dan didengar oleh mereka yg profesional, beriltizam dan penuh komited maka model baru politik yg dirancang itu akan mencetuskan satu dimensi baru kepada UMNO dan hayat UMNO itu sendiri.
Cuma..fahamkah ahli UMNO apa itu model politik baru UMNO tu?Mcmana model politik lama UMNO?Jika yg lama pun mereka tidak kenal dan tidak faham mana mungkin model yg baru dapat dihayati?.Pentarbiahan ahli dan pemimpin perlu dilaksanakan terlebih dahulu.Jika pemimpin tertinggi sahaja yg arif apa itu model politik baru sdgkan ahli bawahan dibiarkan menmahami atas kefahaman sendiri itu satu mala petaka utk UMNO. Pemimpin tertinggi tidak boleh beranggapan ahli2nya faham dan tau.Kemungkinan apa yg difaham itu lain dgn apa yg dimaksudkan oleh pemimpin.Jika begitu,pasti berlaku kelompangan dalam proses pengisian politik baru yg dimaksudkan.
Kewajaran perhimpuan itu dialu-alukan cuma sejauhmana apa yg di'himpun' dalam persidangan itu dilaksanakan secara total,ikhlas dan benar2 memberi kebaikan utk rakyat terbanyak?Apakah ia sekadar menyedapkan bunyi dan suasana sahaja,hakikatnya ia masih berlegar di kepala pihak tertentu sahaja?.Atau sekadar mengenyangkan pihak tertentu.Apakah akan lebih semarak kronisme dan nepotisme.Secara dasarnya boleh ada unsur itu asalkan mereka itu benar2 ikhlas dan amanah menunaikan tugas atau projek yang mereka peroleh.Jgn beretorik lagi, PRU makin hampir, PRK Galas dan Batu Sapi menjadi saksi.Jika masih dibuai angin sempoi bahasa buatn sendiri, maka apa yg dibuat itu,UMNO sendiri kena makan.Tidak selera dan menarik hati rakyat pun jika 'buah tangan' yg cuba diberi itu tidak mengandungi nilai dan niat yg tulus suci.
Cakap dan buat.Buat segera kerana UMNO punya kemampuan,masih ada waktu.Cukup ruang dan kelulusan sebab semuanya di 'tangan' UMNO' Mereka yg minta, mereka yg lulus.Sekadar prosedur sahaja. Jangan bertangguh,jgn banyak berdalih.Jgn cakap tak serupa bikin.Rakyat negara ini celik huruf,celik IT, celik minda dan celik agama.Semua di hujung jari.Bersama di sana,di sini mendengar serentak dengan pihak yg sdg mendengar di sana."Kasyaf" rakyat terlebih laju,kalau silap cakap di sana,pembetulan belum sempat dibuat, rakyat di sini sudah mendengarnya..Itulah hebatnya rakyat dalam politik negara ini. Kalau pemimpin tak mahu berubah maka rakyat akan mengubah pemimpin,rakyat akan tukar dengan pemimpin negara baru sesuai dengan model politik baru..tak gitu?..Tepuk dada tanyalah 'ilmu mengenal 'masing-masing.Kalau sudah tertakdir, sampai masa dan ketikanya, apa yg ditakdirkan itu tetap berlaku.
Jangan berhimpun mcm kedai kopi,masing2 keluarkan idea, duduk sembang berjam2, cuma minum secawan teh atau kopi, lepas tu balik rumah,bil minum pun org lain bayar.Lepas kita tinggalkan warung, rakan2 yg lain pun berkata " cakap pandai,tapi habuk pun tarak..". Sdgkan kita yg sudah tinggalkan warung itu terasa mcm gah sbb seolah2 org sudah masuk dgn hujah dan cakap kita,tanpa kita sedari rakan2 tadi sebenarnya sedang mengumpat dan mengeji.Berjumpa kemudian hari,mereka terus hipokrit dan bermuka2.Kita juga leka sbb kita pun cakap je pandai..minum di warung pun org bayar.Begitulah politik kedai kopi,berhimpun sia2.
Jika benar ingin bertransformasi..lakukan sepenuh jiwa dari setinggi saf kepimpinan sehingga ahli2 di bawah sana."Berkokok" sampai serak tekak jika org tidak juga 'bangun2',subuh pun entah kemana, apalah gunanya berkokok.Biarlah kokok kita itu umpama AZAN yg mendayu2 memanggil manusia berduyun2 ke masjid menunaikan solat bukannya seperti azan berdengung namun kaki daun terup,kaki dam leka memikirkan cara mengalahkan lawan masing-masing.Kelilingnya penuh pelalai dan pencacai yg menumpang gelak...Alaahaiiii.
"Berubahlah zahir dan batin jika ingin terus jadi 'tuan' kerana rakyat ada ramai lagi calon utk dijadikan 'tuan'"
No comments:
Post a Comment