Kembali bertaut?...
UMNO Terengganu sekian lama berkocak,tetiba diberitakan sudah bertaut.Selepas pertukaran jawatan MBnya dari Datuk Seri Idris Jusoh kepada Datuk Seri Ahmad Said maka bermulalah satu episod baru dalam kancah politik melibatkan UMNO di negeri tersebut.Boikot dan rasa jauh hati antara pemimpin UMNO negeri terpapar dalam media masa,blog pro dan kontra dan bualan di kedai-kedai kopi.
Sikap yang tidak ingin mengalah, pentingkan kuasa dan kepentingan peribadi mungkin antara sebab kerukunan UMNO Terengganu terkocak.Peluang UMNO untuk kekal selepas PRU13 belum boleh diyakini. Mungkin sikap gunting dalam lipatan,telunjuk lurus kelingking berkait masih adalah dalan jiwa pemimpin tertentu.Sudah jelas,terang lagi bersuluh, DS Ahmad Said adalah atas pilihan istana.Jika benar pemimpin UMNO menjunjung prinsip raja berdaulat dan benar2 berjuang mempertahankan kuasa raja2 maka apa yang diputuskan oleh istana itu perlu akur dan merafakkan taat setia tidak berbelah bagi.Keakuran dengan titah istana perlu ditunjukkan secara taat.Tulah dan daulat raja boleh menjadi 'racun', walaupun 'setitik' yang diteguk.
Dunia hari ini, orang politik tidak boleh dipisahkan dengan pangkat dan kuasa,wang dan kemewahan.Jika dibuat soal selidik, mungkin 99.9% ahli politik yang ada tidak mungkin menolak hakikat ini.Jika tidak mengapa setiap kali kehilangan jawatan dan kuasa akan ada protes dan perpecahan.Tidak ada mereka yang menerima dengan lapang dada,terlepas dari bebanan dan amanah yang berat.Sebaliknya akan mengkritik pihak yang membuatkan diri mereka hilang kuasa.
Wujud dakwaan dan tuduhan bersifat negatif.Berniat jahat, fitnah,disuruh dan dibayar..serta segala mcm tuduhan lagi. Sikap ingin merampas kuasa,tidak senang dengan kejayaan orang lain, dengki dan cemburu dengan kemewahan orang lain,tidak boleh menerima kekalahan, tidak boleh ditegur dan seumpamanya akan membuat suasana politik negara tidak akan aman sampai bila-bila.
Berbalik kepada kancah politik di Terengganu dan pergolakan yang berlaku, jika semua pihak akur dan menerima ' titah diraja' maka isu keretakan yang menimpa UMNO negeri tersebut boleh dielakkan.Sikap berpuak2 dan taksub dengan pemimpin tertentu akan memburukkan lagi situasi dalaman parti.Andaikata suasana itu berterusan,luarannya nampak tenang namun hakikatnya umpama retak menanti belah pasti jika sedikit 'gegaran' terjadi maka yang retak itu akan berkecai,terbongkar, lebur.Peluang untuk memerintah akan menipis.Pasukan yang sentiasa kena serang selalunya akan melakukan banyak kesilapan dan terlepas pandang sewaktu membuat benteng menahan asakan.Peluang yang terhidang ini akan direbut oleh pihak lawan untuk 'jaring gol'.Hakikat ini bakal terjadi di Terengganu.Jika PAS adalah pasukan menyerang, kegagalan 'counter attack' akan membuatkan UMNO bakal tewas dalam PRU akan datang.
Melihat kepada kerukunan dan daya kerja PAS yang begitu padu dan agresif untuk kembali menawan semula kuasa pemerintahan negeri tidak boleh dipandang ringan.Sedikit kealpaan dan sikap memandang mudah pihak musuh akan memakan diri.Jika menganggap PAS atau pihak lawan tidak kuat sebalik UMNO dan sekutu lemah itu sebenarnya helah bela diri untuk menafikan kelemahan sendiri.Sikap tidak ingin mengaku kesilapan dan kelemahan dalaman akan memusnhakan parti dan masa depan organisasi itu sendiri.
Sepatutnya, hubungan istana yang terjalin erat antara MB yang dilantik perlu diraikan bersama.Kemakmuran yang wujud perlu direbut oleh semua pemimpin parti.Selalunya jika hubungan istana dengan MB renggang akan membuatkan pentadbiran negeri menghadapi kesulitan. Kerukunan dan kemakmuran negeri akan lebih kukuh dan aman sejahtera bilamana rajanya mempunyai hubungan erat dengan Menteri Besarnya sepertimana yang berlaku di Kelantan hari ini.Siapapun yang memerintah jika mendapat perkenan istana akan memudahkan urusan mentadbir.Dan itulah yang sepatutnya.Rakyat perlu melihat kepada siapa yang mendapat perhatian istana untuk melantik wakil mereka sebagai pemimpin.
No comments:
Post a Comment