Monday, October 11, 2010

JANGAN SYIRIK...

"Syirik itu umpama semut hitam,di atas seketul batu hitam yang berada dalam sebuah gua di malam yang kelam.". Satu perbandingan betapa perbuatan syirik itu terlalu sukar untuk dikesan.Sukar untuk disedari oleh pelaku itu sendiri. Syirik jika kita menyakini ada 'kuasa' atau 'benda'  lain yang lebih hebat,lebih berkuasa, lebih ampuh,lebih kebal, lebih membantu, lebih bijaksana,sehingga menyamai kuasa dan kekuasaan Allah.

Sedangkan semua benda dan kuasa itu adalah dijadikan Allah.Tiada kuasa lain yang lebih hebat selain kekuasaan Allah. Hari ini terlalu ramai dan terlalu mudah untuk manusia menjadi syirik dengan Allah. Riak,ujud,bangga, angkuh,sombong,takabur dan sikap seumpamanya adalah salah  contoh satu syirik kecil.Lama2 akan membawa kepada syirik besar jika ia kekal berterusan.

Percaya kepada batu permata,senjata kecil ,keris keramat atau apa sahaja alat senjata atau besi yang boleh memberi kesan kepada seseorang maka itu adalah satu perbuatan syirik,menyakini dengan menafikan kuasa Allah secara mutlak itu jelas telah bersyirik dengan Allah.Fenomena hari in,terutama orang Melayu begitu taksub dengan mainan mistik.Sedangkan jin dan syaitan itu mempunyai tipu daya yang licik dan mendalam. Ramai yang mudah terpengaruh. Melihat keris terbang,melihat keris berdiri,melihat batu permata yang pelik2 dan mempercayai keajaiban yang ada padanya,itu jelas boleh membawa kepada syirik kerana hanya Allah juga yang mampu membuatkan semua itu bergerak,berhembus,berjalan,bernyawa dan seumpamanya.

Jika kita meletakkan kuasa itu kepada manusia,jin atau bunian lebih hebat dengan menafikan kuasa Allah maka seseorang itu telah syirik dengan Allah.Kalau kita makan dan kita meyakini kita kenyang kerana kita makan itu juga adalah syirik sedangkankan makan itu hanyalah satu cara untuk kenyang tetapi belum tentu mengenyangkan tanpa izin Allah.Kita minum dan kita hilang dahaga,jika kita meletakkan 'hakikat' kita minum itu yang membuatkan kita hilang dahaga,itu satu perbuatan syirik.Sdgkan air itu masih makhluk Allah yang sekadar bersifat boleh menghilangkan dahaga dengan izin Allah jua.Bukan semata2 kerana minum air itu yang menghilangkan rasa dahaga.

Kita melihat,mata kita yang melihat.Melihat itu adalah sifat Allah,kita cuma ada keinginan untuk melihat.Jika Allah izinkan kita melihat maka dapatlah kita melihat.Jika Allah tidak izinkan,walaupun kita celik,kita tak akan dapat melihat.Ada orang boleh melihat alam ghaib,ada yang tidak boleh.Jika penglihatan itu sama maka sepatutnya semua manusia boleh melihat alam ghaib.Disebabkan kuasa melihat itu milik Allah maka siapa yang dizinkan untuk melihat alam ghaib akan mampu melihatnya,itu pun bukan sepanjang masa. Ini membuktikan melihat itu adalah milik Allah.Jangan sesekali kita mengatakan  "ikut aku mata aku,aku nak lihat apa,siapa dan nak buat apa dengan mata aku,itu aku punya pasal la,kau apa peduli? " Ungkapan ini sudah syirik dengan Allah.Mata yang mampu melihat dengan kuasa melihat yang Allah beri pinjam semata-mata.Jika tidak jadilah mata orang yang sudah mati,walaupun celik,tidak dapat melihat apa2 lagi.Kuasa melihat sudah Allah tarik balik.

Begitu juga dengan keupayaan mendengar,bercakap, menghidu dan seumpamanya.Jika Allah tarik semua keupayaan organ tersebut maka pekaklah kita,bisulah kita, hilanglah deria menghidu dan sebagainya.Itu menandakan apa yang kita ada adalah milik Allah SWT. Jangan sesuka hati kita angkuh dan gah dengan panca indera yang kita ada kerana semua 'milik' kita itu boleh hilang dan luput bila2 masa dengan kehendak Allah.

Hati2 dengan kehidupan kita.Kita tidak mempunyai sebarang kuasa dan kebolehan jika tanpa izin dari Allah.Kita adalah umpama sebatang kayu buruk.Tidak punya apa2 nilai,atau kebolehan jika Allah tidak berikan kita kuasa.Jika kayu buruk itu tetiba terbang di udara,maka itu dengan izin Allah,kayu itu tidak punya kekuatan untuk apungkan dirinya secara semula jadi.Kalau ada yang tolong apungkan pun juga dengan izin Allah,mungkin jin atau siapa sahaja yang diarahkan Allah.Hakikatnya dengan kuasa Allah semata-mata.

Berdoalah dan mohon dijauhkan diri kita dari bersyirik dengan Allah.Sehebat mana pun kita,seteguh mana pun kita dalam beramal jika kita tidak bersandarkan kepada Allah maka sia2lah segala apa yang kita lakukan itu.Kosong dan hampa.Rugi dan membuang masa kerana Allah tidak menerima semua amalan mereka yang bersyirik kepada-Nya.

No comments:

Post a Comment